Kita beranggapan bahawa bila anak kita tidak mampu fokus belajar tentu sekali mereka tidak mahu belajar. Tapi sebenarnya setiap kanak-kanak mempunyai ‘Learning Style’ mereka sendiri.
Sebagai mak ayah, kita kena tahu Learning Style anak kita:
– Ada anak yang jenis Visual Learner
– Ada juga anak yang jenis Auditory Learner
– Ada juga yang jenis Kinesthetic Learner
– Dan ada juga anak yang boleh kesemuanya
Anak yang Visual Learner ni banyak belajar dengan melihat
Anak yang Auditory Learner ni banyak belajar dengan mendengar
Anak yang Kinesthetic Learner ni banyak belajar dengan membuat
Ada saya kenal seorang budak lelaki ni bila tengok TV, dia akan halakan telinga dia pada TV. Pelik sungguh cara dia tengok TV. Rupanya bila saya tanya ayahnya, ayahnya bagitahu saya yang anaknya sangat Auditory Learner.
Anaknya tak tengok sangat TV tapi dia ‘mendengar’ TV. Anak begini biasanya bila membesar nanti, dia akan sangat hebat belajar kalau dia banyak gunakan audio ataupun podcast dalam pembelajaran dia sebab pancaindera telinganya yang paling sensitif.
Cuma tak perlu pun kita label anak kita sebagai Visual Learner ke Auditory Learner ke Kinesthetic Learner ke. Takutnya anak kita terbatas dan takut untuk meneroka.
Biarlah anak kita meneroka dunia mereka dengan cara mereka. Tugas kita untuk kenal mereka, guide mereka dan pimpin mereka sahaja.
Apa pun, ilmu ni sangat penting untuk kita sebagai mak ayah semua. Kalau boleh, pasangan kita pun wajib tahu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui, selebriti terkenal Dato’ Seri Eizlan Yusof pernah mendirikan rumahtangga bersama Datin Vie Shantie Khan pada 2007 dan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8. Selepas itu, Vie Shantie telah mendirikan rumahtangga bersama seorang ahli politik manakala Eizlan Yusof mendirikan rumahtangga bersama pasanganya tahun lalu.
Beberapa jam yang lepas Vie Shantie berkongi gambar bersama-sama keluarga Eizlan ketika berkunjung ke rumah Eizlan dan isteri.
Menurut Vie, walaupun mereka sudah mempunyai kehidupan bersama pasangan masing-masing namun ukuwah kekeluargaan tetap terjalin.
Tambahnya lagi, semuanya demi hati anak-anak, ibu bapa harus bersifat matang dalam setiap tindakan. Anak-anak mereka tetap adik beradik yang perlu disatukan.
“Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukuwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibubapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan, bukan hati kita yang harus diutamakan. Tapi HATI mereka dan JIWA mereka yang perlu disatukan. Semoga ikatan persaudaraan mereka terus terjalin didunia dan akhirat, inshaa Allah.”
Vie Shantie turut mengucapkan tahniah kepada Eizlan dan pasangan atas kehadiran cahaya mata baru ini.
“Congratulations to both parents Daddy @eizlanyusof and Mama @sashaboudville Welcome to the family Baby Zaelynn Rosa 🧡 May you be blessed with good health, love and laughter, inshaa Allah 🧡”
Rata-rata warga maya memuji keakraban keluarga ini dan mendoakan agar keluarga ini sentiasa bahagia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak zaman sekarang, segala-galanya mereka hebat. Jadi cabaran ibu bapa hari ini sungguh besar kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi. Bagi yang ada anak lelaki atau perempuan, tanggungjawab ini sangat besar.
Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang baik akhlaknya, mudah dengar kata dan berjaya dalam hidup. Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain dan terikut dengan kawan sebayanya. Risau kan?
Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.
Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa
1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu
2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu
3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu
4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu
5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu
6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu
7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu
8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu
9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu
10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sumber kekuatan seorang wanita. Atas alasan ini sahaja, seorang wanita yang bergelar ibu itu mampu ketepikan apa yang hati dia nak, apa yang perasaan dia rasa dan apa yang diri dia perlukan.
Dia sedih tak apa, janji anak-anak gembira. Dia menangis tak apa, janji anak-anak ketawa. Bila fikir soal anak je, letak bab anak je, terus dah tak fikir dah soal lain dan bab lain. Ini keutamaan, ini yang perlu didahulukan, ini yang lebih penting daripada perkara-perkara lain.
Seorang ibu itu boleh berlakon, berpura-pura dan jadi macam-macam depan anak asalkan anak tu tak terkesan dan tak tahu akan apa yang dilaluinya.
Dia lebih sanggup untuk berjuang memberikan kebahagiaan kepada anak daripada kebahagiaan dirinya. Dia lebih sanggup untuk bertungkus lumus memberikan kesenangan kepada anak daripada kesenangan dirinya.
Meskipun dia sendiri yang terkorban dalam mencapai tujuannya. Menderita mana pun hidup dia, sesukar mana pun hidup dia, dia perlu terus kekal berdiri untuk anak-anaknya.
Dia tak boleh lemah, dia juga tak boleh rebah. Anak-anak perlukan dia. Hanya dengan melihat senyuman dan mendengar gelak tawa anak-anak sahaja dah cukup untuk “membalas” apa yang dia telah buat untuk mereka.
Di situlah munculnya kekuatan luar biasa seorang wanita yang bergelar ibu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.