Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.

Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi ‘Picky Eater’, Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Kepentingan penyusuan

Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan.

Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.

IKLAN

Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak

Pelbagai rasa

Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga. Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.

Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.

IKLAN

Pendedahan awal

Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu. Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.

Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.

Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.

IKLAN

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi ‘Picky Eater’, Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi ‘Picky Eater’, Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

Klik untuk daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI