“Andainya Esok Saya Tiada…” Pesanan DS Abu Hassan Din, Anak Cucu Jaga Ibadah & Hubungan

Share

Semalam negara diselubungi kesedihan atas pemergiaan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Pesanannya sebagai bapa buat anak & keluarga ini amat meruntun jiwa.

Allahyarham meninggal dunia sekitar 7.30 pagi semalam pada usia 73 tahun. Allahyarham yang merupakan tokoh agama yang disegani dan pernah bertugas sebagai imam di Masjid Negara. Beliau juga aktif berceramah  termasuk di pentas dakwah di stesen-stesen televisyen.

Antara pesanan beliau kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarga ialah menjaga hubungan serta mengekalkan momentum ibadah & hubungan. Katanya, anak-anaknya membanggakan dan tiada yang menyusahkan. Harapannya untuk melihat anak-anak meneruskan suasana semasa beliau masih ada. Rakaman video yang dimuat naik aktor Adam Corrie ini amat menyentuh hati.

Sumber: adamcorrielee

IKLAN