Pelakon Indonesia, Andien Aisyah mengakui pengalaman berlakon dalam filem Surga Di Bawah Langit ketika sedang hamil trimester pertama cukup memberi cabaran dan sukar.
Malah kongsinya, dia juga harus menjayakan watak sebagai seorang remaja yang memerlukan lebih tenaga dan emosi walaupun sedang hamil anak keduanya.
“Ini adalah filem pertama saya jadi ini adalah pembuka langkah untuk kerjaya seni saya. Bila dapat tawaran, tak fikir panjang. Terus sahaja terima walaupun perlu menjalani penggambaran ketika hamil.
“Pengalaman itu bukan mudah kerana saya masih di awal kehamilan, banyak mual dan pening kepala. Apatah lagi kalau cuaca ketika itu panas. Tetapi semangat saya melebihi semua itu. Kena kuat”
“Walaupun sedang hamil, tetapi saya beri komitmen jiwa dan emosi 100%. Bila tonton filem itu, saya geleng kepala sendiri. Berlakon sebagai seorang remaja tetapi realitinya sedang hamil anak kedua.”
Wanita hamil dan mengidam itu memang sinonim. Cumanya apa yang diidamkan itu kadang kala ada juga yang aneh-aneh. Tapi itu semua lumrah dan proses yang perlu dilalui oleh wanita yang sedang mengandung. Tugas para suami pula adalah menunaikan apa yang isteri tersayang hajati.
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah yang kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri, Zaskia Sungkar sering dilihat berkongsi tentang perjalanan kehamilan isterinya itu di media sosial.
Terbaru menerusi hantaran di Instagramnya, Irwansyah ada berkongsi cerita tentang isterinya yang hamil tiga bulan itu.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Irwansyah meninggalkan respon positif dan ramai juga yang mendoakan kesihatan buat Zaskia.
Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Ini merupakan percubaan sulung mereka mendapatkan zuriat melalui proses IVF setelah 10 tahun menikah.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada 11, Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.
Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?
Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Jep Sepahtu mengesahkan isterinya, Sari Yanti telah keguguran ketika usia kehamilan masuk 3 bulan.
Hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian kerana ketika pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan denyutan bayi tiada. Disebabkan itu, Sari Yanti terpaksa melakukan pembedahan.
Di instagramnya, Sari Yanti ada menjawab beberapa soalan yang ditanya peminatnya mengenai kesihatan selepas keguguran.
Dia menyatakan kandungan ketiganya kali ini diluar rahim sehingga terpaksa melakukan pembedahan.
Walaupun berasa sedih, Sari Yanti dan Jep reda dan mungkin ada yang terbaik lagi untuk mereka selepas ini.
Ini juga adalah kehamilan kali ke-5 buat Sari Yanti dan dah ada dua anak syurga menunggu.
Dalam tempoh berpantang selepas keguguran itu juga, dia berterima kasih atas doa dari orang ramai dan kata-kata semangat yang diberikan padanya dan keluarga.
Semoga yang baik-baik juga untuk mereka yang mendoakan kesihatan saya,” ujarnya baru-baru ini.
Sumber: Sari Yanti
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam petua yang diviralkan sejak akhir-akhir ini. Tapi fikirlah terlebih dahulu adakah petua tersebut memberi kebaikan atau kesan negatif. Seeloknya jangan main ikut je dan jika perlu rujuk pada yang pakar.
Jika petua tersebut benar-benar dibuktikan kesahihannya tak mengapa, tapi jika entah apa-apa lebih baik diabaikan. Mengenai petua mudah bersalin yang diviralkan sebelum ini iaitu makan telur mentah, plantah dan mee lor, Dr Hafiz Sulaiman tidak bersetuju sama sekali.
Ikuti kupasan yang dikongsikan oleh Dr Hafiz ini supaya ibu mengandung tak mudah percaya dengan petua ini demi keselamatan anda dan bayi dalam kandungan.
Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral
Nak mudahkan bersalin cuba makan plantah dan mee lor? Ada pula yang syorkan telur mentah 2 biji..?
Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa.. risau ada yang tersinggung. Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.
Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan
Bahaya tu puan…Risiko pada ibu.. risiko pada bayi dalam kandungan.. saraf bayi boleh terencat… penglihatan boleh jadi cacat!
Petua mesti ada asas..dan faham asbab petua serta risikonya.
KENAPA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH
Mengandung memberi stres kepada badan..meningkatkan kortisol (hormon steroid)..Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan..
Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.
MEE LOR TINGGI GULA
Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lorr. Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin..yang meningkatkan gula darah ke langit..
Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.
Takde bukti pun Mee lor ambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
PLANTAH?
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.
Apa bahaya lemak trans ini?
Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6gram kepada 1gram.
2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.
Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001: Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?
Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi “makanan” bayi..maksud saya.. RACUN pada kandungan.
BETUL KE BERKESAN PETUA TU?
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.
Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin meningkatkan keradangan..
Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom “leaky gut” dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.
Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu?
Mengapa tak pilih alternatif lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat..saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah
Dalami lah ilmu pemakanan untuk semasa bersalin..Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung..kita belajar daripada kesilapan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.