Mudah letih, rasa tidak sihat, emosi terganggu dan tubuh lemah kerap dirasai oleh ibu hamil. Kebanyakan daripada mereka menganggap perkara ini mungkin normal, namun ibu harus memandang serius dengan segala perubahan ini.

Ia dikhuatiri disebabkan oleh anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Anemia Buat Ibu Hamil Cepat Lesu, Makanan Ini Mampu Naikkan HB!

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.

Apabila anda mengalami anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya cepat berasa penat. Lebih-lebih lagi bagi wanita hamil, ada kemungkinan untuknya mengalami anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Dr Ida Lilywaty Md Latar, semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan badan seseorang itu. Ini kerana apabila usia kandungan semakin meningkat, isi padu darah juga bertambah dan ia menyebabkan pencairan darah berlaku.

IKLAN
Anemia Buat Ibu Hamil Cepat Lesu, Makanan Ini Mampu Naikkan HB!
Dr Ida Lilywaty Md Latar, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Wanita mengandung disarankan supaya menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.Anemia Buat Ibu Hamil Cepat Lesu, Makanan Ini Mampu Naikkan HB!

GOLONGAN BERISIKO TINGGI

Menurut Dr Ida, semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi dalam keadaan seperti berikut:

IKLAN
  • Kehamilan kembar
  • Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah rapat
  • Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan
  • Hamil pada usia terlalu muda (remaja)
  • Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi
  • Pernah alami anemia sebelum hamil

Anemia Buat Ibu Hamil Cepat Lesu, Makanan Ini Mampu Naikkan HB!

GEJALA DAN KESAN ANEMIA TERHADAP KEHAMILAN

Kira-kira 75 peratus wanita hamil mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia akan beri kesan kepada ibu hamil seperti pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Malah, jika tidak dirawat akan beri risiko kepada keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

IKLAN

Anemia Buat Ibu Hamil Cepat Lesu, Makanan Ini Mampu Naikkan HB!

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

  1. Tingkat pengambilan makanan kaya zat besi seperti:
  • Ayam
  • Sayur berdaun hijau
  • Kekacang
  • Hati
  • Bijirin penuh
  • Buah-buahan kering seperti prun dan kismis
  • Tomato
  • Tembikai
  • Labu
  • Bijan
  • Tauhu
  • Lada benggala
  • Kiwi
  1. Ambil roti dan bijirin diperkaya zat besi, asid folik

3. Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

SUMBER: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI