Walaupun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam kehidupannya, pelakon cantik Anna Jobling tetap meletakkan ibu tercinta, Ariz Arop, di tempat paling istimewa di hatinya.
Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, Anna berkongsi momen manis di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada insan yang melahirkannya.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan). Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulis Anna dengan penuh rasa kasih.
Bintang drama popular Setia Itu Mahal ini juga mengakui setiap ucapan yang diterima pada hari lahirnya amat bermakna buat dirinya.
Ads
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” luahnya.
Walau dikelilingi isu dan konflik, anak kacukan Melayu-Inggeris ini tetap berasa bertuah kerana mempunyai insan-insan yang sentiasa memberi sokongan padu.
Ads
“Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi insan hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu,” kongsinya lagi.
Namun, di sebalik ucapan manis ini, hubungan antara Anna dan ibunya masih dalam kemelut selepas pendedahan mengenai perintah injunksi yang diterima pada Disember tahun lalu.
Mengambil air manis atau minuman dengan kuantiti gula yang tinggi sememangnya perlu dikurangkan, terutamanya buat pejuang garis dua yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Menurut beberapa kajian kesihatan, pengambilan gula secara berlebihan khususnya daripada minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki tanpa disedari.
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau trying to conceive, anda sangat disarankan untuk menghadkan pengambilan gula supaya tahap kesuburan kekal optimum dan tubuh berada dalam keadaan lebih seimbang.
Pengambilan gula secara berlebihan, terutamanya melalui air manis, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap sistem hormon dan metabolisme badan. Kesan ini bukan sahaja dirasai oleh wanita, malah lelaki juga terlibat secara langsung.
Antara kesan yang sering dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan termasuk kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan, serta rintangan insulin yang boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan sperma.
Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa pasangan TTC disarankan untuk mengurangkan pengambilan air manis secara berlebihan.
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas dan berperanan penting dalam mengawal paras gula darah dalam badan.
Rintangan insulin berlaku apabila sel otot, lemak dan hati gagal bertindak balas dengan baik terhadap insulin. Akibatnya, glukosa tidak dapat diserap dengan cekap dan pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbangi keadaan ini.
Paras insulin yang tinggi secara berterusan boleh mengganggu keseimbangan hormon reproduktif, terutamanya bagi wanita. Keadaan ini boleh menjejaskan proses ovulasi dan mengurangkan peluang kehamilan secara semula jadi.
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk gaya pemakanan dan pengambilan gula harian.
Satu kajian mendapati pengambilan gula yang berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma dalam kalangan lelaki. Penurunan ini sangat ketara apabila gula diperoleh daripada minuman ringan dan makanan proses.
Menariknya, pengambilan minuman manis dalam kajian tersebut tidaklah terlalu tinggi, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari. Namun begitu, ia masih menyebabkan penurunan kepekatan sperma sekitar 18 hingga 23 peratus.
Ini jelas menunjukkan bahawa air manis dan kesuburan TTC mempunyai hubungan yang lebih rapat daripada yang disangka.
Pengambilan gula berlebihan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan serta peningkatan lemak dalam badan.
Berat badan berlebihan boleh menjejaskan keseimbangan hormon, meningkatkan risiko rintangan insulin, serta memberi kesan negatif terhadap kitaran haid dan kualiti sperma.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat bagi individu yang kurang berat badan, pengambilan gula bukanlah kaedah yang sihat untuk tujuan tersebut.
Sebaliknya, pasangan TTC disarankan untuk meningkatkan berat badan melalui pemakanan seimbang, diet sihat yang padat nutrien, serta pengambilan kalori berkualiti tinggi.
Jika anda dan pasangan sedang berada dalam fasa TTC, cubalah untuk mengurangkan pengambilan minuman bergula dalam kehidupan seharian. Langkah kecil ini mampu memberi impak besar terhadap kesihatan hormon dan kesuburan jangka panjang.
Pilih air kosong, kurangkan minuman manis, dan fokus kepada gaya hidup yang lebih sihat. Biar sihat, baru subur.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka mata tentang kepentingan menjaga pemakanan sepanjang perjalanan TTC.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon popular, Fasha Sandha memberikan tip kepada ibu-ibu tunggal untuk travel dengan mudah bersama anak-anak. Perkongsian beliau menerusi laman instagram miliknya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Perlis Indera Kayangan.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type Trending di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Alhamdulillah selamat sampai Indera Kayangan. Anak-anak pun baik je 5 jam dalam ETS. Kepada ibu-ibu yang takde suami, nak travel dengan mudah, jangan bawak luggage, bawak je backpack yang besaq, semua boleh masuk.
Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, pelbagai ragam si kecil dirakam. Fasha kelihatan menahan marah apabila Rayfal tertumpah air yang diminum di bajunya. Dengan tenang Fasha bertanya “What happened?” pada anak sulungnya itu. Bersabarlah ye Fasha! Memang begitulah ragam si kecil.
Menerusi tip yang dikongsikan oleh Fasha, ramai netizen yang memberikan komen yang positif. Netizen memuji sikap tabah dan kuat Fasha sebagai ibu tunggal dan tak kurang juga ada yang berterima kasih kerana beliau sudi berkongsi tip kepada semua termasuk untuk yang ada suami tapi suami tak dapat ikut pulang ke kampung bersama.
Good Advise sis
The power of mothers
Setuju, saya pun camtu kalau travel, maklum la single mother kan
Tq Fasha, akak pun nak beli backpack besar jugaklah, senang nak travel dengan 3 anak balik kelantan naik bas, suami ada tapi kerja shift susah nak cuti, anyway stay strong Fasha
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.