CRYOCORD telah berjaya mengadakan Perfect Pregnancy 4.0 Antenatal Class baru-baru ini di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.
Kelas ini diadakan untuk membantu ibu bapa muda membuat persiapan untuk menghadapi saat kelahiran, ketika di bilik bersalin dan ilmu tentang keibubapaan. Lebih kurang 200 bakal ibu dan bapa telah mengambil bahagian dalam kelas ini.
Ads
Ahli professional daripada pelbagai latar belakang seperti pakar Obstetric pakar Nutrisi dan pakar Laktasi memberikan tunjuk ajar mengikut kemahiran untuk persedian awal keibubapaan.
Ads
Menurut James Then, Pengarah urusan CryoCord “Pada zaman ini, banyak maklumat segera yang diperolehi daripada internet yang boleh menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, Kelas antenatal adalah platform yang baik untuk ibubapa mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik.”
Kemuncak majlis ini diserikan dengan kehadiran duta CryoCord iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sesi perkongsian lebih meriah apabila icon selebriti Malaysia berkongsi pengalaman perjalanan sebagai ibu termasuklah cabaran yang dihadapi ketika itu.
Sebagai tanggungjawab social koprat, CryoCord menjual T-shirt edisi terhad dan t-shirt tersebut habis dijual untuk mengumpul dana dan akan disalurkan kepada Majlis kanser Negara (MAKNA).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekian lama menanti, akhirnya pasangan selebriti media sosial, Duriankimchi, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim dapat kembali pulang ke kampung halaman Maryam di Korea.
Menerusi Instagramnya, dan Maryam mahupun Ryzal turut berkongsi cerita balik kampung mereka yang dipenuhi dengan aktiviti bermain salji.
Ia pastinya satu perjalanan paling menarik buat anak pasangan ini, Nik You Rina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Korea itu.
Setelah pulang ke negara ini ketika musim pandemik yang melanda dunia, inilah pertama kali keduanya dapat pulang ke Korea. Begitu juga dengan Rina yang baru berkesempatan balik kampung di usianya baru setahun dua bulan.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Rina yang baru berkesempatan bermain salji.
Jelas Rina yang baru ‘dapat kaki’ berjalan itu nampak cukup aktif dan riang bermain dengan salji dan berjalan-jalan bersama neneknya.
Apa lagi ketika di agah bapanya dengan salji. Nampak cukup gembira Rina bersama ibu dan ayahnya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini serta pengikut setia Rina turut teruja melihat aksi comel Rina bermain salji apa lagi aksi balik kampungnya yang hanya bermain salji di sebelah rumah. Memang comel.
Kadang-kadang sampai setengah jam di depan kaca televisyen sambil mencari filem atau siri yang ada dalam Netflix untuk ditonton, tapi masih buntu tiada lagi pilihan yang dapat memenuhi citarasa dalam menonton.
baru-baru ini Netflix telah meminta pelawak terkenal Malaysia, Douglas Lim untuk menjawab beberapa persoalan yang sering dikirim terus kepada mereka bertanyakan perihal yang sama, ia mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi anda setiap kali membuat pilihan rancangan kegemaran.
Ini adalah cara yang boleh anda ikuti untuk mencari rancangan kegemaran anda di Netflix! 1. Apa itu Netflix dan peranti apa yang boleh saya gunakan untuk menontonnya?
Netflix adalah sebuah platform penstriman di mana anda boleh menonton pelbagai rancangan hiburan daripada filem hinggalah drama bersiri, rancangan varieti, dokumentari dan banyak lagi merangkumi pelbagai genre serta bahasa yang berbeza. Apa yang menariknya ialah anda boleh menonton Netflix pada SEBARANG peranti! Telefon pintar, tablet atau TV, semua pun boleh!
Untuk mendaftar, anda cuma perlu pergi ke www.netflix.com dan mengisi butiran maklumat anda, pilih pelan langganan anda dan siap, anda sedia untuk menonton! Senang je. Oh ya, anda boleh membayar tanpa kad kredit atau kad debit. Apa yang anda perlu lakukan ialah sama ada memilih untuk memasukkan bil anda ke dalam bil penyedia perkhidmatan mudah alih anda atau membayar menerusi bil pasca bayar anda. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk melakukannya, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda untuk mendapatkan bantuan. Anda juga boleh membeli kad hadiah di kedai serbaneka yang berdekatan dan masukkan kod dengan pergi ke Akaun>Tebus kad hadiah atau kod promo.
Pelan-pelan yang berbeza ditawarkan bagi memenuhi keperluan berbeza. Jika anda malas nak melihat dan menyemak apa yang ditawarkan oleh setiap pelan, jangan bimbang, kami akan ringkaskan untuk anda:
Pelan Mudah Alih: Pelan yang terbaik untuk mereka yang sentiasa dalam perjalanan, pelan mudah alih ini membolehkan anda menstrim SEMUA yang ada di dalam katalog Netflix menggunakan telefon mudah alih atau tablet anda. Anda boleh menstrim video pada Definisi Standard (yang sesuai untuk peranti mudah alih). Anda hanya boleh menstrim dengan menggunakan sebuah peranti pada satu masa dan ciri-ciri seperti ‘muat turun pintar’. Pelan Standard: Pelan ini membolehkan anda menstrim menggunakan mana-mana telefon, tablet, komputer atau TV dalam Definisi Tinggi (HD). Anda boleh menstrim menggunakan dua peranti pada satu-satu masa, bermakna anda tidak lagi perlu berebut untuk menonton rancangan kegemaran anda. Pelan Premium: Jika dua skrin tidak mencukupi (terutama sekali jika anda berkongsi dengan keluarga besar), maka pelan premium adalah pilihan yang terbaik untuk anda kerana ia membolehkan anda menonton di empat skrin berbeza pada satu masa, semuanya dalam Definisi Ultra Tinggi/4K! Sesuai jika anda menginginkan pengalaman menonton yang memuaskan!
Salah satu ciri-ciri terbaik perkhidmatan kami ialah anda boleh menetapkan profil berbeza. Ini bermakna, anda bukan sahaja boleh memastikan pengesyoran rancangan disesuaikan mengikut kegemaran anda, tetapi anda juga boleh menetapkan profil berbeza untuk anak-anak (menerusi Pengurusan Profil) yang sesuai dengan mereka. Anda juga boleh menghalang anak-anak daripada mengakses ke dalam profil anda dengan menggunakan PIN Profil yang terdiri daripada nombor 4 digit yang boleh anda aktifkan supaya anak-anak anda tidak mendapat akses ke profil anda. 5. Bagaimana untuk mendapatkan rancangan kegemaran saya di dalam Netflix? Ya, kami memahami kekecewaan yang anda alami apabila anda pergi ke Netflix untuk mencari rancangan kegemaran anda dan mendapati ia masih belum ada di dalam platform ini! Anda hanya mahu menonton sepuas-puasnya rancangan kegemaran anda itu. Kami faham. Sakit hati dibuatnya. Jika anda fikir ada rancangan yang sememangnya perlu ditayangkan di Netflix, sila pergi ke www.help.netflix.com/titlerequest dan minta kami dapatkan rancangan kegemaran anda. Macam biasa, anda tidak semestinya dapat apa yang diminta, tetapi tidak salah kalau mencuba, mana tahu nasib anda baik!
Kini anda telah mengetahui apa yang berlaku di dalam DM kami. Saksikan bagaimana Douglas Lim membantu menjawab segala persoalan anda DI SINI serta ikuti kami di @netflixmy dan beritahu kami sama ada dia patut kekal sebagai Ketua Bahagian Pertanyaan (CHOI) kami, boleh? Psst: Jangan percaya cakapnya yang kononnya dia akan mendapat rancangan istimewanya sendiri, ingat tu?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehari tidak bertemu dengan anak pun terasa seksa, inikan pula terpaksa berjauhan selama 14 hari. Inilah yang kini sedang dilalui oleh isteri kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Menerusi instagramnya semalam, DS Shahida difahamkan terpaksa melakukan ujian calitan dan kini menjalani kuarantin di rumahnya selepas menjadi kontak rapat adik lelaki dan isterinya yang disahkan positif Covid-19.
Pastinya ia bukan satu tindakan yang mudah namun demi memastikan keselamatan kelima-lima anaknya, beliau kini terpaksa berjauhan seketika sehingga tempoh kuarantin selesai.
Menerusi satu entri berlainan hari ini, DS Shahida turut meluahkan rasa rindunya pada anak-anak, lebih-lebih lagi anak keempatnya, Yusuf Al-Qardawy yang sentiasa mahu berkepit dengan ibunya.
“Rindu sangat nak dukung anak, nak cium, nak gomol.
“Paling geram dengan Yusoff ni, siap curi-curi datang bilik saya nak masuk. Dia kata Yusoff takut, Yusoff takut. Alasan nak dekat dengan mama dia. Nak minta kek la, mama cantik la, baju mama ada bangau la. Macam-maca akal dia.
“Sabar ye anak-anak semua. Tak lama lagi dah habis kuarantin,” katanya berkongsi menerusi instagram.
Semalam menerusi instagramnya, DS Shahira berkongsi sebuah videonya ketika melakukan ujian calitan selepas menjadi kontak rapat kepada adik lelakinya. Susulan itu, Shahida terpaksa menjalani kuarantin diri.
Menurutnya, keputusan dua ujian yang dilakukan pada 30 November dan 3 Disember adalah negatif.
S
“Saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik dan isterinya positif Covid-19. Isterinya merupakan seorang jururawat. Dia juga mendapat jangkitan Covid-19 daripada pesakit yang dirawat.
“Alhamdulillah dah dua kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yang terbaru semalam 3/12 dan kedua-dua test PCR saya negatif.
“Hanya saya seorang saja yang dikuarantin kerana saya sahaja kontak rapat yang berjumpa dengan adik saya dan isterinya. Suami saya @aliffsyukriterlajaklaris dan anak-anak tidak berjumpa mereka.
“Sabtu 28/11 saya jumpa mereka dan 30/11 mereka telah disahkan positif. Saya sendiri telah mengambil inisiatif untuk kuarantin dan menjalankan swab test sementara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya sebagai kontak rapat,” tulisnya di Instagram (IG).
Terdahulu, DS Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman pada tahun 2007. Kini pasangan ini dikurniakan lima orang anak, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat mereka, Ameena.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.