Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum azan dan iqamat adalah sunat seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Menurut Ustaz Azhar lagi, tindakan mengazan dan mengiqamatkan bayi adalah bertujuan untuk mendedahkannya dengan keimanan kepada Allah SWT seawal kelahiran.
“Biar dia dengar kalimah yang baik ketika datang ke dunia,” kongsi beliau menerusi perkongsian video itu.
Tambah Ustaz Azhar lagi, amalan ini tidak wajib namun ianya sunat dilakukan sebaik anak dilahirkan.
“Tidak wajib, ianya sunat.
Ads
“Tindakan itu mengikut perbuatan Rasulullah SAW yang mengazankan di telinga cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussein.
“Kalau kita nak iqamat pun boleh, nak buat kedua-duanya sekali pun boleh juga,” ujarnya.
Bahkan ustaz yang cukup disegani ramai ini juga turut menjelaskan tentang cara azan dan iqamat yang menjadi sunat untuk ibu bapa lakukan.
Ads
Antara amalan sunat adalah mengazankan di sebelah telinga kanan bayi dan iqamat pada telinga kiri bayi.
“Kalau kita nak azan sahaja, azanlah di telinga kanan bayi.
“Tapi kalau nak azan dan iqamat, azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri,” tambahnya lagi.
Ads
Daftarkan anak-anak ke Jom Mewarna sekarang. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4-8 tahun dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1000!
Ada banyak lagi aktiviti fun yang lain, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Astro Home of Kids di Pavilion Damansara Heights bermula 1-3 Ogos 2025 ini!
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul! Masa untuk menguruskan rumah sahaja sudah ambil masa berejam lamanya. Makin letih bila mana sudah kemas rumah, anak sepahkan pula. Semua ini buat mak-mak mula rasa stress dan istilah bertukar jadi ‘singa’ seakan sudah sebati.
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Normaliza Mahadi yang berkongsi kehidupan masyarakat kaum ibu di Jepun terlalu banyak bezanya dengan masyarakat kita.
Tidak banyak barang yang hendak dikemas dan memudahkan menjadikan mak-mak di sana punya lebih masa untuk anak. Sesekali perkara yang positif boleh kita jadikan panduan.
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
Rumah orang Jepun kecik-kecik aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang-jarang bertukar jadi dragon. Dia orang ada banyak masa main ngan anak, cakap baik-baik ngan anak dan melayan kerenah anak. Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya.
Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam-jam kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori-lori. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang untuk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.
Menjadi impian setiap ibu dan bapa untuk menyimpan atau menabung bagi kegunaan anak-anak di masa hadapan. Bukan sahaja untuk kegunaan si kecil bagi menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi malah juga untuk digunakan ketika waktu kecemasan dan sebagainya.
Tabiat menabung ini perlu bermula daripada ibu bapa sendiri dan seterusnya diajarkan kepada anak-anak seawal usia mereka. Bermula dengan menyimpan duit dalam tabung kecil dan seterusnya dijadikan rutin untuk mereka, sudah pasti kebiasaan tersebut akan membuatkan mereka teruja dan gembira apabila melihat jumlah duit yang terkumpul pada akhirnya.
Malah ibu bapa juga sedikit sebanyak perlu menerapkan ilmu-ilmu kewangan secara tidak langsung kepada anak-anak supaya mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya menyimpan untuk kegunaan masa depan. Justeru itu, ibu bapa sendiri perlu mempunyai sedikit ilmu tentang pengurusan duit anak-anak.
Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN
Pada Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN bekerjasama memberikan pendedahan dan ilmu tentang kepentingan menyimpan duit kepada ibu bapa khususnya yang baru mempunyai cahaya mata melalui Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN.
Menerusi kempen ini, Pa&Ma dan SSPN bakal menganjurkan dua acara yang padat dengan maklumat dan juga ilmu yang boleh digunakan untuk pengurusan duit anak-anak demi masa depan mereka khususnya.
E Workshop Financial Parenting
Pada 25 Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN akan mengadakan kelas secara dalam talian berkaitan ilmu pengurusan duit untuk anak-anak. Pelbagai tip menguruskan duit simpanan anak-anak bakal dikongsikan oleh Dr. Azu Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi.
Seramai 50 peserta akan bersama Dr. Azu menerusi aplikasi Zoom untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebanyak mungkin tip dan maklumat berkaitan pengurusan dan simpanan duit anak-anak. Menariknya semua peserta yang menyertai kelas ini akan mendapat akaun simpanan SSPN bernilai RM20 setiap seorang. Kelas E Workshop Financial Parenting ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato’ Dr Fazley Yaacob, selebriti dan bapa kepada empat orang cahaya mata. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh menghubungi segera nombor telefon seperti tertera di dalam poster.
Selain padat dengan tip dan maklumat tentang pengurusan wang untuk keluarga, para peserta juga berpeluang menyertai Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Julai 2020 sekiranya membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit dalam SSPN-i Plus.
Terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Tempoh promosi ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala Cabutan Tahunan pula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i Plus boleh dilakukan dengan mudah secara online di www.lovesspn.com.
Peraduan Simpan Challenge #DoItBaruBerduit
Bagi memeriahkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, peserta dan pengikut media sosial Pa&Ma dan PTPTN boleh memenangi hadiah menarik dengan menyertai peraduan yang akan berlangsung selepas selesai kelas E Workshop Financial Parenting.
Caranya peserta hanya perlu merakam video reaksi anak-anak diberi upah oleh ibu bapa setelah melakukan tugasan di rumah (contohnya cuci tingkap, menyapu sampah dan sebagainya) dan gelagat anak apabila disuruh menabung seterusnya memuat naik video tersebut di akaun Instagram masing-masing. Seramai 13 orang peserta dengan kandungan video yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah-hadiah menarik yang menanti peserta Simpan Challenge #DoItBaruBerduit adalah seperti berikut:
Tempat pertama – Akaun SSPN RM500
Tempat kedua – Akaun SSPN RM300
Tempat ketiga – Akaun SSPN RM200
10 pemenang saguhati berupa akaun SSPN RM100
Borak Pa&Ma Bersama Sharifah Shahirah & Puan Mastura
Bagi merancakkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, video live temu bual eksklusif bersama Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN turut akan disiarkan di Facebook Pa&Ma dan PTPTN.
Menampilkan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Shahira sebagai moderator yang akan menemubual Puan Mastura membincangkan topik menarik berkaitan pengurusan simpanan wang anak-anak di SSPN.
Program yang akan disiarkan secara langsung pada 29 Julai jam 3 petang ini pastinya akan memberikan pelbagai input menarik dan berguna buat ibu bapa.
Jangan lepaskan peluang keemasan dengan mengikuti dan juga menyertai kempen Simpan Challenge yang dijalankan oleh SSPN bersama Pa&Ma. Bukan sahaja ilmu bermanfaat dan info menarik yang akan diperolehi dan dikongsikan untuk semua, tetapi hadiah-hadiah yang ditawarkan juga jangan dilepaskan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika diantara kita memilih untuk membawa anak menikmati bunga api penuh bercahaya di malam tahun baru, lain pula kisahnya dengan pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn Waty yang memilih untuk berkumpul bersama ahli keluarga.
Tidak hanya makan-makan bersama keluarga, bahkan paling dipuji kesemua mereka berjemaah dan bertazkirah yang diketuai oleh Johan.
Aktiviti sebegini dalam keluarga seharusnya dipuji. Bukan sahaja mengeratkan silaturrahim bersama anak-anak dan keluarga bahkan rohani juga seiring. Hebat!
Kongsi Ozlyn menerusi kapsyennya, malam tahun baru itu diisi dengan bercerita mengenai kebesaran Allah dan kemudiannya disusuli dengan bermaaf-maafan sesama keluarga.
“Malam new year kita berkumpul, buat harfiah. Sesambil bercerita tentang kebesaran Allah S.W.T, membuatkan kami semua lebih bersyukur atas nikmat yang Allah pinjamkan (keluarga).
“Selepas solat kita tengok semua bermaafan, mana yang tak biasa kita biasakan. Pelan-pelan kayuh bak kata papa.
“Nak melakukan perubahan yang baik kelilinglah dengan orang yang baik-baik. Kalau ada sorang dua yang tak baik pun kita boleh pelan-pelan, sama-sama ajak berbuat baik.
“Selalu papa pesan, jangan pandang serong luaran orang kalau tak kenal. Sebab tu kalau dalam media sosial papa selalu pesan, kalau orang tu boleh buat you rasa tak happy, unfollow terus atau block. Kalau tak kenal jangan berlebih-lebihan bercakap takut sampai jatuh fitnah,” kongsinya.
Tidak hanya berkumpul dan makan-makan, aktiviti malam hari diteruskan dengan pelbagai aktiviti sebagai bonding sesama keluarga.
Kongsi Ozlynn lagi, Johan dan ahli keluarga lelaki menghabiskan masa bermain snooker, manakala geng perempuan pula keluar membeli belah dan masak-masak keesokkan harinya.
“Bersyukur ada keluarga yang sentiasa support. Haaaa lepas habis urusan akhirat kami teruskan kehidupan duniawi pulak. Kita makan-makan, buat bbq.
“Habis melantak kaum adam ajak abah pergi main snooker. Nasib boleh bangun subuh, kalau tak memang last la korang pergi tempat tu.
“So esoknya kami kaum hawa main masak-masaj pulak. Alhamdulillah atas rezeki yang ada, berkongsi sorang sikit.
“Shopping jalan-jalan menghabiskan tahun 2022 untuk tahun 2023. Moga tahun 2023 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua aamin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian video pendek pasangan ini sudah pastinya dipuji ramai. Malah ramai yang cukup sukakan didikan pasangan ini buat anak-anak mereka dan keluarga. Seharusnya dicontohi.
Ramai ibu hamil sibuk cari makanan berkhasiat sepanjang kehamilan, tapi kadang-kadang terlupa buah paling simple dan murah pun boleh jadi superfruit, contohnya jambu batu.