Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat.

Paling penting anda kena tahu apa yang perlu di jaga dari aspek penyediaan makanan. Tip yang dikongsikan oleh Puan Azwa Ahmad boleh dijadikan panduan ibu-ibu yang menitikberatkan penyediaan makanan anak.

– Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

– Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh Mama Buat Semasa Menyediakan Makanan Anak. Wajib Tahu!

– Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun.

– Keledek dan labu adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai.

IKLAN

– Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

– Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

– Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan. Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

– Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5+bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

IKLAN

– Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan.

– Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh Mama Buat Semasa Menyediakan Makanan Anak. Wajib Tahu!

– Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

IKLAN

– Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

– Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh Mama Buat Semasa Menyediakan Makanan Anak. Wajib Tahu!

– Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

– Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Sumber: Azwa Ahmad

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI