Ibu mana yang tidak susah hati jika anak tidak mahu makan? Mungkin anak anda tergolong dalam kategori “picky eaters” iaitu anak yang sangat cerewet dan memilih makanan tertentu.

Perkongsian dari Puan Khadijah Gani mengenai masalah anaknya yang kurang berat badan sehingga dirujuk pada pakar dan beberapa kemungkinan yang menyebabkan keadaan ini berlaku boleh jadi panduan semua ibu. Kita ikhtiar dari awal.

Bila anak seorang picky eater.

Akhirnya, setelah 10 tahun mak perlukan nasihat daripada yang pakar. Mak perlukan bantuan. Mak tak malu untuk mengaku yang mak perlukan bantuan tambahan daripada seseorang yang ahli dalam bidang ini demi seorang anak.

Boleh saja mak kira BMI Fathi guna apps sedia ada. Tapi apa pointnya jika tak tahu apa langkah seterusnya yang boleh dibuat untuk bantu Fathi.

Membawa Fathi berjumpa pakar pemakanan (nutritionist) buat pertama kalinya ini sangat heartbreaking. Mak akhirnya tewas dalam pendaman emosi & perasaan selama ini.

Apa Yang Mama Perkenalkan Ketika Masuk 6 Bulan Mempengaruhi Anak Cerewet Makan

Mak bertanya,

“Mengikut pengalaman puan sebagai pakar apakah yang menjadi punca kepada seorang anak picky eater? Apakah punca kesilapan itu memang daripada ibunya?”

IKLAN

Jawabnya, kena tengok –

1. Semasa ibu mengandung. Adakah masa mengandung ibu tiba tiba memilih makanan tertentu. Kadangkala disebabkan alahan sepanjang mengandung ada makanan yang ibu tak boleh makan atau nak makan makanan tertentu saja, tak boleh bau bauan tertentu & macam2 lagi.

2. Selepas kelahiran bayi.
Susu apa yang pertama sekali masuk ke dalam perutnya. Hinggalah dia membesar dengan Susu apa. Anak yang membesar dengan Susu ibu kurang boleh jadi picky eater sebab melalui Susu Ibu anak boleh rasa macam macam Sama dengan apa yang ibunya makan.

3. Selepas 180 hari.
Apakah jenis makanan pertama yang diperkenalkan semasa anak genap 6 bulan. Masa ini deria anak dah banyak develop. Bergantung jenis makanan yang kita berikan untuk anak. Biasanya, mulakan dengan puree, bubur, barulah nasi. Dan bagaimana keseimbangan zat yang ada dalam hidangan tu. Dipelbagaikan & bergilir gilir. Jangan bagi anak makan benda yang sama.

Sampai sini je, mak dah kalah. Mengenangkan ini semua, mak mengaku betapa dangkalnya ilmu mak semasa anak pertama dulu. Lalu, seluruh kesalahan itu mak ambil untuk diletakkan atas bahu mak. Hanya keluarga saja tahu betapa struggle nya mak semasa mengandung yang pertama dulu.
???

Puan pakar pula serba salah lalu menenangkan mak dengan mengatakan perkara yang sudah berlaku usah tanggung seorang diri. Apa yang penting, adalah masa sekarang & akan datang.

IKLAN

Akhirnya, termeterailah satu jadual pemakanan baru untuk Fathi.

BMI Fathi 13. Kurang 1kg saja daripada graf BMI normal bagi anak usia 10 tahun. Maka, katanya ini bukanlah yang terburuk kerana tumbesaran Fathi adalah normal. Pembelajaran Fathi juga tiada masalah.

Namun, keadaan begini tidak boleh berlarutan kerana badan anak semakin membesar Dan perlukan zat yang lain untuk perkembangan minda & fizikal termasuklah untuk ketahanan daya tahan penyakit di masa akan datang. Puan pakar menerangkan keperluan ini semua kepada Fathi.

Apa Yang Mama Perkenalkan Ketika Masuk 6 Bulan Mempengaruhi Anak Cerewet Makan

Inilah yang mak perlukan.

Adakala, bila kita bercakap sebagai seorang ibu ia seperti angin berlalu pada seorang anak yang sudah mulai ada pemikirannya sendiri. Jadi, adakala perlunya seseorang selain daripada keluarga untuk bercakap pula supaya ia memberi impak pemahaman yang berbeza untuknya.

IKLAN

Kita raikan peranan semua pihak kerana circle pendidikan & tumbesaran anak anak bukanlah mengenai diri kita sahaja sebagai ibunya yang lebih tahu gaya drama seorang anak.

Kecilkan ego dan terimalah peranan orang luar yang reliable demi membentuk pendidikan kendiri anak kita. Terimalah kegagalan kita dahulu supaya dapat memberi keberanian untuk kita keluar dari rasa bersalah ini. Tentulah keberanian itu perlu disertai dengan ilmu yang benar.

Mak betul betul lega selepas balik berjumpa nutritionist semalam. Maka, tenanglah Dan senanglah hati mak nak benarkan Fathi berpuasa penuh sebulan tahun ini memandangkan itu yang Fathi mahukan & terbukti Fathi mampu.

Syukur walaupun badan Fathi nampak tulang & rangka saja tapi mak dah dapat kepastian yang keadaan Fathi ok sebenarnya dan masih boleh diperbaiki lagi dengan jadual pemakanan yang baru ni.

Hanya perlu tambah ;

3 kali hidangan smoothie buah
1 hidangan sayur
1 hidangan protein

Alhamdulillahi ‘ala kulli haal.

Sumber: Khadijah Gani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI