Air mata netizen bergenang, sebak mendengar Achey nyanyikan lagu untuk anak angkatnya, Tiara.
Pelawak Achey kantoi menyanyikan lagu tersebut sambil membasuh pakaian anaknya. Mulanya nampak kelakar, namun bila diamati liriknya hati menjadi sebak. Mungkin ia adalah luahan hati Achey untuk Tiara.
Rakaman video yang dirakam isterinya Anne itu dikongsikan di Instagram dan ditonton hampir 200 ribu netizen. Achey dan Anne mendirikan rumah tangga sejak 7 tahun yang lalu.
Ads
ACHEY RAJIN TOLONG ISTERI BASUH PAKAIAN ANAK
Rajinnya Achey tolong isteri basuh pakaian anak. ” Ibu dan mandikan baby, ayah pula basuh baju baby,”kata Anne dalam video itu,. Alahai sweet sangat pasangan ini!
Ads
Ads
Anak angkat Achey, Tiara Zinnirah kini berusia 48 hari mula dijaga Achey & isteri sejak 22 Mei 2018 lalu. Kegembiraan terpancar jelas dalam keluarga ini semenjak itu.
Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, isteri mesti orang pertama yang akan perasan. Suami selalu yang terakhir. Ini lumrah dalam hidup mana-mana pasangan yang dah mempunyai anak.
Tapi bagi bapa yang jenis peka apa saja perubahan yang berlaku pada anak mesti dia juga cepat perasan.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hebatnya naluri seorang ibu.
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? ”
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju ”
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? ”
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok ”
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Mohd Fhais
Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengah bancuh susu untuk baby ke? Hmmm…pernah tak tertanya, susu formula tahan berapa lama ya setelah dibancuh?
Sebagai ibu bapa, kita pasti tahu tanggungjawab ini bukanlah mudah. Rasa letih itu adalah perkara biasa, khususnya buat mereka yang pertama kali bergelar parents.
Bahkan, sudah tentu anda pernah mengalami situasi di mana bayi baru lahir tertidur semasa menyusu. Selepas mengalihkan botol susunya dan disebabkan kepenatan, anda terlelap seketika – rasanya hanya untuk tempoh 5 minit.
Apabila bayi terjaga dalam keadaan lapar dan ingin menyusu kembali. Anda terfikir untuk memberikan kembali botol susu yang sama.
Tetapi apabila melihatnya rupanya anda sudah tertidur hampir 65 minit, dan bukannya 5 minit. Jadi bolehkah botol dengan baki susu formula yang separuh itu diberikan kepada si kecil?
Itu antara contoh senario yang berbangkit berkaitan susu formula boleh tahan berapa lama setelah dibancuh.
Susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh pada suhu bilik?
Sebaik sahaja campuran susu tepung dan air berlaku, kiraan jam akan bermula. Sebagai peraturan umum, susu botol yang telah dibancuh dapat bertahan selama 2 jam pada suhu bilik, tanpa disentuh dan tidak dipanaskan.
Tetapi untuk lebih kepastian, sebaiknya anda menyemak arahan pada label. Ini kerana terdapat sesetengah jenama, arahan pengeluarnya mengatakan susu dianggap selamat untuk diminum dalam tempoh 1 jam pada suhu bilik setelah dibancuh.
Susu formula tahan berapa lama ya jika disimpan dalam peti sejuk?
Jika disimpan di dalam peti sejuk, tempoh ketahanannya adalah lebih lama selagi bayi tidak meminumnya terus daripada botol.
Sebotol susu rumusan yang sudah dibancuh tetapi tidak digunakan boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti sejuk.
Ada sesetengah ibu bapa yang gemar membuat susu botol segar sebelum setiap sesi penyusuan.
Tetapi ada juga ibu bapa yang memilih untuk membancuh susu dalam jumlah yang banyak mengikut keperluan si kecil setiap pagi dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Ia sama ada dibahagikan terus ke dalam botol susu atau hanya dituangkan apabila diperlukan nanti.
Sebagai contoh, jika si kecil anda biasanya akan menyusu botol antara 3-4 jam sekali, anda boleh membuat antara 6 hingga 8 botol susu yang akan bertahan sepanjang hari.
Pastinya cara sebegitu lebih mudah dan boleh mengelakkan bayi daripada menangis kelaparan sementara menunggu susu botol siap dibancuh.
Pun begitu, harus diingatkan suhu peti sejuk hendaklah pada 4.4°C atau lebih rendah.
Peti sejuk beku
Kini anda sudah tahu susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk.
Adakah penyimpanan di dalam peti sejuk beku akan memanjangkan tempoh ketahanannya?
Malangnya, kaedah membekukan susu rumusan yang sudah dibancuh adalah tidak disyorkan. Ini kerana ia boleh mengubah tekstur dan tidak memanjangkan tempoh masa ketahanan susu.
Baki susu formula boleh tahan berapa lama setelah diminum & disimpan di dalam peti sejuk?
Mesti ada ibu bapa yang terfikir untuk menyimpan baki susu botol yang tidak habis, betul tak? Rasa sayang dan membazir, apatah lagi jika si kecil hanya minum suku atau setengah.
Namun sebenarnya susu itu harus dibuang dalam tempoh masa 1 jam. Ia juga tidak disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti. Kenapa ya?
Ini kerana produk berasaskan susu terkenal dengan pembiakan bakteria. Maka sebaik sahaja bayi telah minum daripada botol susu tersebut, bakteria telah muncul dan susu tersebut tidak boleh disimpan.
Susu yang dipanaskan
Apa lagi ya persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama yang mungkin bermain di fikiran anda?
Haaa..bagaimana susu yang telah dipanaskan, bolehkah ia disimpan semula dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti?
Untuk soalan ini, jawapannya juga adalah tidak boleh. Sekali lagi ia berkaitan dengan isu bakteria dan ia akan membiak lebih baik dalam persekitaran suam.
Seperkara perlu anda ketahui, serbuk susu siap dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk, sebaik sahaja dipanaskan, garis panduan 2 jam yang dijelaskan pada awal tadi untuk susu bancuhan belum disentuh, tidak terpakai.
Sebaliknya susu botol yang dipanaskan harus digunakan dalam jangka masa 1 jam dan apa sahaja baki susu hendaklah terus dibuang selepas itu.
Tempoh ketahanan susu rumusan
Selain isu baki susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh, pastinya ada ibu bapa yang ingin mengetahui berkaitan tempoh ketahanan susu tepung formula yang telah dibuka.
Secara amnya, sebaik sahaja bekas serbuk formula dibuka, ia harus digunakan dalam tempoh 1 bulan dan disimpan di tempat kering yang sejuk, bukan di dalam peti sejuk.
Manakala susu formula boleh tahan berapa lama sekiranya belum dibuka langsung? Untuk jawapan ini, anda hanya perlu menyemak tarik luput pada bekasnya.
Segala persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama sudah dijawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga ia bermanfaat buat anda.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.