Seorang budak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya dekat Kampung Bukit Changgang, Banting.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.
“Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.
“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.
Ads
Gambar Hiasan
“Kejadian mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa.
Ads
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Akibat kecuaian kakitangan sebuah pusat penjagaan bayi dan ibu berpantang di Jalan Sutera, Taman Sentosa, Johor Bahru, seorang bayi berusia 26 hari melecur pada tahap kedua di bahagian belakang badan.
Kejadian itu dialami seorang ibu, Tan Xin Ping, 25, ketika mengambil pakej berpantang di pusat jagaan itu selepas melahirkan bayi sulungnya pada 26 Oktober tahun lalu.
Ambil pakej berpantang 30 hari
Menurut Xin Ping, ketika kejadian dia berada di sebuah bilik di pusat jagaan itu sebelum dia dimaklumkan seorang pengasuh bayi lelakinya melecur pada bahagian belakang.
“Saya mengambil pakej berpantang selama 30 hari di pusat jagaan itu dengan harga RM7,733. Pada hari ke-26, saya berada di bilik tiba-tiba seorang pengasuh datang beri tahu anak saya melecur pada bahagian belakang.
“Bila saya tanya dia cakap tidak tahu, saya terus hubungi suami dan kami terus bawa ke hospital swasta untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Pejabat MCA, Pasir Gudang.
Beritahu selepas 2 jam, anak menangis tiada suara
Xin Ping berkata, selepas dirawat pihak hospital memaklumkan bayinya melecur akibat terkena air panas dan pihak hospital turut mencadangkan supaya membuat satu laporan polis.
Katanya, dia membuat satu laporan polis berhubung kecuaian pusat jagaan itu di Balai Polis Larkin pada pukul 8.57 malam hari sama kejadian (21 November 2020).
“Selepas di desak, barulah salah seorang kakitangan mengaku yang anak saya terkena air panas ketika mereka memandikannya.
“Saya terkejut dan kecewa selepas dua jam anak saya kena baru mereka beritahu, masa itu bayi saya tak ada suara dah menangis,” katanya.
Berjanji bayar pampasan RM45,000
Susulan kejadian itu, pihak pengurusan pusat jagaan itu mengakui kesilapan mereka dan berjanji untuk membayar pampasan RM45,000 selama setahun secara ansuran.
Xin Ping berkata, mereka juga berjanji akan membayar balik caj pakej berpantang serta bil hospital sebanyak RM4,000.
“Mereka ajak berbincang dengan saya dan suami (Oon Yew Hao, 32) untuk ‘settle tepi’ (selesaikan cara baik) supaya tidak memanjangkan kes.
“Kami bersetuju dengan cadangan mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM3,000 sebulan selama setahun. Tetapi kami terima bayaran hanya sebulan dan ‘refund’ dan bil hospital sebanyak RM14,733,” katanya.
Seolah-olah nak lepas tangan
Namun pasangan suami isteri itu kesal apabila pusat jagaan itu memberi seribu alasan untuk mengelak daripada melunaskan janji yang sudah dibuat termasuk perjanjian bertulis.
Xin Ping berkata, dia dan suaminya berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat jagaan itu selepas dilihat soalah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap seminggu pelakon popular, Elfira Loy melahirkan cahaya mata keduanya itu. Elfira Loy atau mesra di sapa EL menerusi hantaranya di laman instagram beberapa minit yang lepas akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya.
“BismillahiMashaAllah”
“On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess”
Dalam masa yang sama, EL turut mengumumkan nama puteri keduanya disusului dengan beberapa keping gambar EL serta suami, Faris Khairol Anuar bersama puteri tersayang.
“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris”
Nama Nur Aria Mikayla binti Muhamad Faris menjadi pilihan pasangan ini. Namanya seindah wajahnya.
Pelakon cantik ini juga sempat menitipkan doa buat puteri tersayang agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.
“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti”
Elfira, atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, selamat melahirkan cahaya mata perempuan sekitar 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 May lalu.
Dalam ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta warga maya teruja melihat kecomelan baby Aria Mikayla.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang pada 1 Januari 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf, pada Oktober 2019 serta seorang bayi perempuan Aria Mikayla, 20 May 2022.
Kredit: Elfira Loy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Begitu juga dengan pelakon terkenal, Datin Intan Najuwa, yang kini bergelar ibu muda kepada cahaya mata sulungnya, Imane Lunara. Sejak awal kelahiran, Intan bijak menguruskan si kecil dengan pendekatan tersendiri yang memberi inspirasi buat ramai ibu bapa.
Menariknya, Intan mendedahkan bahawa dia mula melakukan sleep training kepada Lunara seawal usia 3 bulan. Amalan ini dilihat membantu anak kecilnya tidur lena, lebih mudah dijaga dan tidak terlalu bergantung kepada dukungan atau dodoi setiap kali hendak tidur.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan menunjukkan gelagat Lunara yang sedang mengantuk dan akhirnya tidur sendiri. Jelasnya, sejak bayi lagi dia tidak membiasakan Lunara tidur dengan didodoi lama.
“Dari umur tiga bulan, saya dah buat sleep training. Tak ajar dukung atau dodoikan lama-lama. Saya bagi dia tidur dekat crib (katil bayi) dan tepuk-tepuk je,” katanya.
Hasil daripada latihan konsisten ini, Lunara kini semakin mudah tidur sendiri. Malah, menurut Intan, anak perempuannya sudah terbiasa dengan rutin tidur yang teratur tanpa banyak kerenah.
“Sekarang setiap malam, dia akan khayal sendiri dan tidur sendiri. Tahu-tahu dah tidur. Good girl sangat!” kongsi Intan dengan penuh syukur.
Sleep training bukan sekadar memudahkan ibu bapa, tetapi ia juga memberi banyak manfaat kepada bayi. Antara kelebihannya ialah:
Tidur lebih berkualiti: Bayi belajar tidur nyenyak tanpa gangguan.
Membantu perkembangan otak: Tidur yang cukup penting untuk tumbesaran mental dan emosi.
Rutin teratur: Bayi lebih mudah menyesuaikan diri dengan jadual tidur yang konsisten.
Ibu bapa lebih tenang: Kurang stres kerana anak tidak terlalu bergantung untuk didukung setiap kali mahu tidur.
Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara, pada 15 Disember tahun lalu.
Sejak kehadiran Lunara, Intan banyak berkongsi pengalaman bergelar ibu di media sosial. Pendekatan sleep training yang diamalkannya ini menjadi inspirasi buat ramai ibu muda yang juga sedang mencari cara terbaik mendidik anak sejak awal usia.
💡 Pa&Ma Tip: Jika ibu bapa ingin mencuba sleep training seperti Intan Najuwa, pastikan rutin dilakukan secara konsisten, suasana tidur selesa dan jangan mudah putus asa. Ingat, setiap anak berbeza – yang penting, sabar dan ikut keselesaan bayi.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.