Siapa kita nak menidakkan takdir Allah tapi jika itu ketentuan-Nya, semua harus diterima dengan reda. Bagaimanapun buat pasangan yang kehilangan orang tersayang, jika ia berlaku sekelip mata, mungkin agak sukar lagi-lagi dalam keadaan belum bersedia.

Bagi seorang isteri, Nurul Fatin Nabila Harun yang kehilangan suami tercinta dalam keadaan yang sarat hamil, ia cukup berat tetapi demi anak dalam kandungan dia harus kuat.

“Kandungan saya sudah lebih enam bulan dan kami merancang mahu membeli barangan bayi minggu depan, malah dia sempat pindahkan wang simpanan ke dalam akaun saya.

“Namun, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan dia pergi buat selama-lamanya,” kata Nurul Fatin Nabila Harun, 25, yang kematian suaminya, Zaid Berahim, 33.

“Arwah Beriya Minta Maaf Tak Dapat Teman Bersalin”. Isteri Hamil 6 Bulan Reda 
Gambar Hiasan

Badan tersepit dalam mesin

Allahyarham Zaid yang juga juruteknik kilang di Jalan Bukit Gedung, Bayan Lepas dilaporkan maut selepas sebahagian badannya tersepit pada mesin pengacuan (moulding) pada 4.08 pagi (8 Ogos).

IKLAN

Nurul Fatin Nabila berkata, ketika kejadian, dia yang turut bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang itu dimaklumkan oleh rakan mengenai kejadian malang menimpa suaminya.

“Saya tidak mampu berkata-kata semasa melihat keadaan Zaid selain berdoa terutama ketika melihat jarinya sudah tidak bergerak.

“Arwah seorang yang periang namun sejak beberapa hari lalu, dia berubah menjadi kurang bercakap dan hilang selera makan,” katanya yang tinggal di Sungai Ara, Bayan Lepas.

“Arwah Beriya Minta Maaf Tak Dapat Teman Bersalin”. Isteri Hamil 6 Bulan Reda 
Gambar Hiasan

Arwah berulang kali minta maaf sebab tak boleh teman bersalin

IKLAN

Nurul Fatin Nabila berkata, masih terngiang-ngiang ungkapan meminta maaf berulang kali daripada arwah kerana tidak dapat menemaninya yang dijangka bersalin pada November depan.

Katanya, dia tidak meragui kata-kata itu kerana menyangka suaminya akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) hospital ketika pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan suami menemani isteri di dewan bersalin.

“Terjawab sudah maksudnya, namun saya reda dan akan membesarkan anak sulung kami dengan sempurna,” katanya yang melangsungkan perkahwinan bersama Zaid pada Disember tahun lalu.

“Arwah Beriya Minta Maaf Tak Dapat Teman Bersalin”. Isteri Hamil 6 Bulan Reda 

IKLAN

Dalam kejadian itu, Zaid dipercayai sedang membaiki mesin pengacuan dan kerja mengeluarkan tubuh mangsa mengambil masa selama dua jam.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika kerja menyelamat dilakukan pasukan Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi

“Arwah Beriya Minta Maaf Tak Dapat Teman Bersalin”. Isteri Hamil 6 Bulan Reda 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI