Bila nak minta tolong sesuatu dengan anak-anak selalunya ambil masa baru mereka siapkan. Dah diminta dengan perkataan yang lembut dan penuh kasih sayang, tapi hasilnya sama juga. Apatah lagi yang disuruh dalam keadaan marah, sudahnya langsung tak dibuat.

Rupanya nak minta tolong atau menyuruh anak melakukan sesuatu kena kenal personaliti mereka terlebih dahulu, baru mudah semua benda jadi beres.

Asal Minta Tolong, Anak Cakap Kejap. Rupanya Ada Cara Nak ‘Suruh’. Baru Cepat Buat!

Kenal Tahu Personaliti Anak

Nak menyuruh anak ni, kena betul gayanya. Baru mau ikut cakap kita.

Kalau tak kena gaya, habis tenaga kita terbazir sebab terpaksa menyuruh mereka dalam keadaan marah-marah.

Sebenarnya, ada cara yang lebih senang nak menyuruh anak. Asalkan mak ayah tau personaliti anak tu macam mana

1) Nak suruh anak yang STRONG WILLED.

Bagi kuasa memilih.

Nak suruh mandi.

“Abang lepas mandi nak pakai baju yang ni ke, yang ni?”

Nak suruh kemas bilik

“Mama nak kemas rumah ni. Abang nak mama kemaskan bilik abang tak? Kalau nak, abang kemas dapur mama. Ke, nak kemas bilik sendiri?”

2) ANak suruh anak AUDITORI.

Mereka mudah motivated dengan kata-kata. guna ayat pendek-pendek.

“Jom kita tidur awal. Esok boleh bangun awal.”

“Siapa nak jadi jadi ahli syurga? Jom solat.”

IKLAN

3) Nak suruh anak yang SUKA BERSAING.

Nak suruh kemas mainan.

“Jom kita lumba, siapa kutip mainan paling banyak.”

Nak suruh mandi.

“Jom bersiap hensem-hensem. Siapa paling hensem, dia menang! Dapat seringgit.”

4) Nak suruh anak yang TINGGI EMPATI.

“Allah. Banyaknya kerja mama kena buat ni. Kalaulah ada yang sudi tolong, leganya hati.”

5) Nak suruh anak yang SUKAKAN PENGIKTIRAFAN. (especially lelaki)

“Abah rasa, tak ada siapa yang boleh buat kerja lagi bagus dari kamu. Tolong buangkan sampah. Sebab kamu buat paling kemas.”

Asal Minta Tolong, Anak Cakap Kejap. Rupanya Ada Cara Nak ‘Suruh’. Baru Cepat Buat!

6) Nak suruh anak TINGGI IMAGINASI.

IKLAN

“Jom kita mulakan pengembaraan mengutip serpihan asteroid (mainan yang berterabur)”

“Mari askar-askarku. Kita bina kubu.”

(Padahal nak suruh susun bantal je.)

7) Nak suruh anak VISUAL.

Nyatakan satu demi satu apa tugas yang dia kena buat.

“Buat kerja sekolah!”

“Ambil kerja sekolah yang dalam beg. Kemudian duduk atas meja.”

“Jangan lari-lari.”

“Berjalan kena perlahan-lahan.”

Lebih berkesan apabila bercakap sambil memandang mereka sama paras dengan mata mereka.

Cuba :

IKLAN

Elak bebel. Penat dan stress.

Rendahkan expectation.

Beri task yang sesuai dengan keupayaan anak. Task yang susah, menghilangkan motivasi anak.

Puji setiap usaha anak. Pujian buat anak addict nak buat baik.

Sumber: Wawa Shauqi

Asal Minta Tolong, Anak Cakap Kejap. Rupanya Ada Cara Nak ‘Suruh’. Baru Cepat Buat!Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Asal Minta Tolong, Anak Cakap Kejap. Rupanya Ada Cara Nak ‘Suruh’. Baru Cepat Buat!Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI