Asalnya Setahun Kahwin Nak Dating Puas-Puas, Shakilla Kini Excited Bakal Puasa Bertiga

Share

Rezeki Allah sudah tentukan, kehadiran anak memeriahkan rumah tangga. Shakilla Khoriri makin excited apabila bakal menyambut Ramadan bersama anak.

Beberapa hari lagi umat Islam akan mula mengerjakan ibadah puasa selama sebulan. Kemeriahan pasti akan dirasai bagi setiap keluarga. Aktres Shakilla Khoriri menyatakan keterujaan menempuhi Ramadan bersama suami dan anak tercinta, Ameena Sofia.

Walau pun ibu ini asalnya mahu ‘dating’ sepuas-puasnya dengan suami setahun pertama berkahwin, rezeki anak tiba awal. Kehadiran Ameena Sofia menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna buat isteri penyampai radio, Fizi Ali ini.



Shakilla menjangkakan tentu keadaan agak mencabar pada tahun ini berbanding tahun lepas berpuasa dan beraya sebagai seorang isteri.

Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang.

Eh….tahun ni dah bertiga. ?

To be honest, lepas kawin memang kitaorang plan nak dating puas-puas setahun than baru plan nak baby.

Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka.
Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang.SYUKUR.

Lagi berapa hari nak Ramadan.
Excited.
Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena. ?
Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia ?

Anyway kita sama2 bersihkan hati,
Maafkan semua orang.
Cuci hati sebersihnya.
Lihat kesalahan sendiri,
perbetulkan.
Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama2 lah buat untuk kebaikan diri sendiri.

Peminat yang merupakan ibu kebanyakannya turut mengakui apa yang dikatakan Shakilla. Ada yang berniat untuk honeymoon dulu tapi diberi rezeki awal. Ada juga yang menjangkakan cabaran seorang ibu menyediakan sahur & sajian berbuka dengan bayi kecil.

KELAM KABUT LAH UMI NANTI

REZEKI DATANG AWAL

TUP TUP 2 TAHUN, 2 ANAK

HATI-HATI AMEENA KALAU NAKAL-NAKAL MOMMY NAK TELAN

UMI NANTI BOLEH READY KAN TABUNG UNTUK AMEENA

Sumber: shakillakhoriri


IKLAN