Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Walaupun anak-anak dah besar, kasih sayang ibu bapa tak pernah pudar sebaliknya makin kuat. Ada juga sesetengah anak, tetap manja biarpun dah meningkat remaja atau yang sudah mendirikan rumah tangga.

Lagi satu ayah ni bila dengan anak dia akan kalah. Sebab tu kalau ibu-ibu perasan jika ayah yang ambil turn jaga memang betul-betul merdeka anak. Nak buat apa pun bebas. Sampai ibu pula yang boleh ‘naik hantu’. Bukan itu je, segarang-garang ayah pun kalau dengan anak dia boleh lembut.

“Assalamualaikum Anak Berdua.” Gelagat Ayah Kejut Bangun Sahur Guna Mikrofon

Seperti perkongsian satu video yang viral di Tik Tok atas akaun Adebonbon, menunjukkan gelagat ayahnya ketika mengejutkannya dan adik-beradik untuk bangun sahur dengan menggunakan mikrofon sehingga membuatkan ramai yang terhibur.

“Assalamualaikum Anak Berdua.” Gelagat Ayah Kejut Bangun Sahur Guna Mikrofon

IKLAN

Dalam video tersebut, menunjukkan si ayah masuk ke bilik anaknya dan menyuruh bangun dengan segera untuk bersahur. Paling mencuit hati siap menggunakan mikrofon bluetooth lagi.

@adebonbonyang lain di bangunin pke suara, papa pake mic ✅✅ ##fyp ##fypsounds ##foryourpage ##beranda ##sahur2021 ##foryoupage ##papa ##dalimunthe ##banguninsahur ##sahur♬ Home – Edith Whiskers

Ternyata keakraban hubungan anak beranak ini cukup kuat. Di usia yang semakin meningkat, si ayah tetap mengambil berat perihal anak-anak dan tetap bersabar walaupun masing-masing dah boleh berdikari.

Mungkin kita rasa lucu, tetapi momen ini yang akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat.“Assalamualaikum Anak Berdua.” Gelagat Ayah Kejut Bangun Sahur Guna Mikrofon

IKLAN

“Anak berdua sekarang sudah masuk waktu sahur!”

Rata-rata netizen yang menonton video itu memberi pujian mengenai aksi si ayah yang benar-benar mengambil berat. Jika diikutkan anak-anak yang dah remaja boleh bangun sendiri tanpa dikejutkan tapi itulah kasih ayah yang tiada bandingannya.

@adebonbonBalas @nanaaa1124 setiap hari di bangunin sahur dengan metode yg berbeda cheeck ✅ ##fyp ##foryourpage

♬ Wonder – Shawn Mendes

Malah, ramai yang menyifatkan anak-anak ini beruntung kerana memiliki seorang ayah yang masih kerana tak semua orang berpeluang.

IKLAN

“Assalamualaikum Anak Berdua.” Gelagat Ayah Kejut Bangun Sahur Guna Mikrofon

Bagi yang tak sempat merasai kasih ayah kerana dah dijemput ilahi,  insyaAllah akan bersatu kembali di sana nanti.

Kredit: Tiktok Adebonbon

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI