Selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata kedua, selebriti dan pengacara versatil, Jihan Muse mendedahkan wajah, jantina serta nama anak keduanya kepada umum.
Jihan atau nama penuhnya Nuur Jihan Musa mengulang siar semula posting dimuat naik suaminya, Ungku Hariz di laman Instagram berhubung kehadiran bayi lelaki mereka.
“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal,” kata pasangan itu.
Sebelum ini, pengacara berusia 39 tahun itu melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam pada 6 September lalu.
Susulan perkongsian Jihan dan suaminya, rata-rata rakan artis dan pengikut berkongsi rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada Jihan atas kelahiran bayi lelaki kedua dalam keluarganya.
Ads
Nama penuh makna
“Masya allah sedap nama! 😍😍”
“Assalammualaikum Ungku Altamis Barr!!!Nama yg penuh bermakna!!Moga Membesar Menjadi Anak Yg Soleh,Bijak Dan Bertaqwa Kpd Kedua Ibubapa Serta Keluarga.”
“Macam ni lah tak payah tutup-tutup muka. Setiap doa orang itu kesejahteraan untuk baby Aminnn”
Ads
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan telah dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Ungki Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Disebabkan Jihan kini sedang dalam tempoh berpantang, tempat Jihan sebagai hos program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) digantikan dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.
Ads
Sumber: Instagram Jihan Muse
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.
Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini. Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 4 atau 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.
Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:
Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.
Apabila bercakap tentang keselamatan anak-anak ketika bermain air, kebanyakan ibu bapa akan lebih fokus kepada risiko lemas semasa berada dalam kolam atau laut. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat satu lagi bahaya yang lebih senyap dan berlaku selepas aktiviti air – ia dikenali sebagai dry drowning atau lemas kering?
Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang gemar membawa anak ke taman tema air, sungai, air terjun atau kolam renang awam, risiko ini sangat penting untuk difahami. Tempat sebegini sering membuatkan anak-anak terlalu teruja, bermain air tanpa henti, terjerit-jerit dan terbatuk-batuk sambil menelan air tanpa sedar. Walaupun insiden itu nampak kecil, ia boleh mengundang gejala dry drowning beberapa jam kemudian tanpa kita sedari.
Seorang wanita berkongsi video menunjukkan detik mencemaskan seorang kanak-kanak tiba-tiba sesak nafas selepas bermain air di halaman rumah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Aqilana Ruhaniyah, kelihatan tiga kanak-kanak sedang bermain di dalam kolam renang plastik.
Namun, suasana bertukar panik apabila salah seorang daripada mereka secara tiba-tiba menekup muka dan tidak lama selepas itu kelihatan tidak lagi bergerak.
Dua kanak-kanak lain segera berlari mendapatkan bantuan orang dewasa selepas menyedari ‘mangsa’ dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurut Aqilana, insiden yang berlaku itu dikenali sebagai dry drowning atau tenggelam kering.
“Kadang lepas anak main air, walaupun dah keluar kolam, dia boleh tiba-tiba sesak nafas.
“Walaupun air tak masuk paru-paru, saluran pernafasan boleh tertutup sebab refleks badan,” jelasnya mengenai kejadian ‘tenggelam kering’.
Dry drowning bukanlah istilah perubatan rasmi, tetapi ia merujuk kepada kejadian di mana kanak-kanak mengalami kesukaran bernafas selepas keluar dari air, walaupun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda lemas semasa berada di dalam air.
Ia berlaku apabila sedikit air masuk ke dalam saluran pernafasan (biasanya melalui hidung atau mulut) dan menyebabkan refleks otot pada saluran udara menutup secara tiba-tiba. Akibatnya, oksigen sukar masuk ke dalam paru-paru, dan ini boleh menyebabkan sesak nafas yang serius, malah boleh membawa maut dalam beberapa kes.
Dry drowning biasanya terjadi dalam masa 1 hingga 24 jam selepas insiden kecil seperti:
Anak tertelan atau tersedak air semasa mandi atau bermain di kolam renang.
Terbatuk kuat selepas melompat ke dalam air.
Mengalami ‘hampir lemas’ tetapi kemudian kelihatan pulih seperti biasa.
Air yang masuk ke dalam tekak boleh menyebabkan keradangan atau pengecutan saluran pernafasan secara refleks, menyekat kemasukan oksigen.
Antara gejala penting yang perlu diberi perhatian selepas anak bermain air:
Batuk berterusan walaupun selepas beberapa jam keluar dari kolam.
Pernafasan menjadi cepat atau sukar (termasuk bunyi ‘wheezing’).
Kelesuan melampau – anak kelihatan letih luar biasa dan mengantuk.
Muntah – sebagai tanda stres atau gangguan pada sistem pernafasan.
Perubahan tingkah laku – anak menjadi murung, tidak responsif, atau kelihatan bingung.
Jika anda melihat mana-mana tanda ini, segera bawa anak ke hospital. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Ramai keliru antara dry drowning dan secondary drowning. Perbezaannya:
Dry drowning – saluran pernafasan tertutup serta-merta, biasanya dalam masa beberapa minit hingga jam selepas insiden.
Secondary drowning – air masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan keradangan atau jangkitan paru-paru (edema pulmonari) beberapa jam selepas kejadian.
Kedua-duanya berbahaya dan memerlukan perhatian perubatan segera.
Langkah pencegahan sentiasa lebih baik daripada merawat. Berikut beberapa tip untuk ibu bapa:
Pantau anak-anak setiap saat ketika mereka berada di dalam atau berhampiran air.
Ajar anak teknik berenang dan pernafasan dengan betul, lebih-lebih lagi sejak usia muda.
Jangan benarkan anak bermain air tanpa pengawasan orang dewasa, walaupun dalam kolam kecil.
Dry drowning mungkin jarang berlaku, tetapi impaknya sangat serius. Sebagai ibu bapa atau penjaga, memahami risiko ini dan bertindak cepat boleh menyelamatkan nyawa anak anda. Jangan anggap selamat hanya kerana mereka kelihatan baik selepas keluar dari air – teruskan berjaga-jaga, dan ambil tindakan segera jika ada sebarang tanda luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak memang sangat rapat dengan ibu dan ayahnya. Sama seperti Ney Ney, tidak boeh berenggang langsung dengan bapanya, Nedim Nazri. Wajah pula makin seiras!
Ney Ney, bayi Nora Danish & suaminya Nedim semakin comel. Malah dengan penampilan kepala botak, Ney Ney semakin seiras dengan daddy nya.
Beberapa hari lalu, Nedim Nazri memuat naik foto Ney Ney atau nama penuhnya Mohamed Neqayl Nedim ke Instagram dengan menyatakan kapsyen Ney Ney merinduinya hinggakan ke tandas pun tidak boleh.
Netizen turut mengakui hal ini dan berkongsi perkara yang sama. Foto ini juga menarik perhatian para netizen yang memuji kecomelan Ney Ney. Tambah-tambah lagi dengan penampilan terkini Ney Ney yang botak, maka semakin seiraslah wajah bapa dan anak kecil ini.
Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD esok, Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!