Tidak dinafikan kadang-kadang ada perangai anak yang buat kita nak marah. Maklumlah dalam tempoh nak membesar ni, ada saja yang kelakuannya yang pelik-pelik dan menguji kesabaran.
Akibatnya kita akan marah dan lebih teruk meninggikan suara sehingga mengganggu emosi mereka. Anak yang sering dimarahi ketika kecil akan mempengaruhi perwatakan mereka.
Salah satu kesan buruk apabila anak sentiasa ditengking adalah ia akan merosakkan berjuta-juta sel otak anak terutamanya dalam fasa tumbesaran mereka sekitar usia 2-3 tahun.
Menurut perkongsian Dr. Ahmad Luqman di akaun Tiktoknya, anak yang selalu dimarahi, dimaki mahupun dikasari ketika kecil biasanya akan membesar menjadi individu yang membenci dirinya sendiri.
Anak juga akan menjadi kurang keyakinan diri serta sentiasa berfikiran negatif. Paling kita tak mahu adalah anak-anak meniru kita. Dek kerana selalu dimarahi dan ditengking, mereka juga akan membesar menjadi individu yang bengis dan panas baran.
Diharapkan dengan perkongsian Dr. Luqman ni sedikit-sebanyak dapat membantu kita untuk menjadi ibu ayah yang lebih positif dan kekal tenang ketika handle situasi apabila anak buat perangai.
Ibu ayah pernah tak alami situasi macam ni? Anak yang sebelum ni ceria, lasak, berdikari, tiba-tiba berubah jadi ‘clingy’, asyik nak melekat je, menangis tanpa sebab, tidur pun tak lena, mimpi buruk. Hati ibu ayah pasti rasa tak sedap, kan?
Menurut Dr Hadi Kamal, doktor perubatan yang sering berkongsi ilmu kesihatan kanak-kanak, perubahan tingkah laku anak seperti terlalu berkepit atau ‘clingy’ secara tiba-tiba bukan sekadar fasa biasa. Ini mungkin petanda emosi anak sedang terganggu, malah boleh jadi mereka sedang alami penderaan emosi!
Ramai fikir penderaan hanya melibatkan kecederaan fizikal. Hakikatnya, menurut Dr Hadi, penderaan juga boleh berlaku dalam bentuk mental, psikologi dan emosi yang meninggalkan kesan mendalam pada jiwa anak kecil.
Lebih membimbangkan, kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat di negara kita, ada yang sampai meragut nyawa! Paling sedih bila penderaan dilakukan oleh individu yang sepatutnya melindungi mereka — termasuk guru, pengasuh atau ahli keluarga sendiri.
Anak aktif memang biasa ada lebam atau calar. Tapi ibu ayah perlu tahu, kecederaan akibat dera biasanya muncul di bahagian badan tertentu yang agak ‘pelik’ atau sukar berlaku secara tidak sengaja.
Dr Hadi kongsikan, antara bahagian tubuh yang sering jadi tanda penderaan fizikal termasuk:
🔴 Pipi 🔴 Leher 🔴 Lengan bahagian atas 🔴 Pergelangan tangan hingga ke hujung jari 🔴 Tapak tangan 🔴 Alat sulit 🔴 Punggung & celah peha 🔴 Peha 🔴 Pergelangan kaki hingga ke hujung jari, termasuk tapak kaki
Kalau kecederaan di kepala, bahu, lengan bawah atau betis, biasanya ia berlaku akibat kemalangan biasa.
Pesan Dr Hadi: Ibu ayah kena cakna, jangan abaikan walau ada satu pun tanda mencurigakan. Segera bertindak sebelum keadaan jadi lebih serius.
Penderaan emosi lebih halus, sukar dikesan, tapi kesannya sangat dalam. Dr Hadi kongsi beberapa ‘alarm’ yang ibu ayah wajib peka:
✅ Anak kerap mengigau atau mimpi buruk setiap malam ✅ Terlalu takut atau resah bila nampak individu tertentu ✅ Jadi terlalu ‘clingy’, tak mahu berpisah walau sekejap ✅ Menangis berlebihan tanpa sebab jelas ✅ Tingkah laku impulsif, cepat marah atau tantrum ✅ Tiba-tiba buat perkara tak sesuai dengan umur – hisap jari, kencing tilam, main cara keanak-anakan
“Kadang-kadang bila dia nampak orang yang dia takut tu, dia tiba-tiba jadi patuh macam robot,” jelas Dr Hadi. Ini tanda anak dalam ketakutan yang terlampau.
Selain penderaan fizikal dan emosi, pengabaian juga satu bentuk penderaan. Antara petanda anak terabai:
🔸 Ruam atau melecet di bahagian punggung akibat lampin tak ditukar lama 🔸 Badan tak terurus – kuku panjang kotor, kudis tak dirawat, pakaian lusuh 🔸 Bau badan tak menyenangkan, rambut kusut masai
Sebagai ibu ayah, pengasuh, pendidik, malah jiran tetangga, kita ada tanggungjawab melindungi anak-anak kecil. Jangan biarkan mereka terus jadi mangsa penderaan.
Saluran yang boleh dihubungi:
📞 Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999 🚓 PDRM – Laporkan ke balai polis berhampiran 🏢 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah 🌐 Media sosial rasmi JKM & KPWKM
Undang-undang sedia ada mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga, pengasuh atau sesiapa saja yang ada maklumat penderaan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Anak kecil tak pandai luah rasa takut mereka dengan kata-kata. Tapi melalui perubahan tingkah laku, mereka cuba minta tolong. Jadi, ibu ayah, dengarlah ‘jeritan halus’ anak. Jangan tunggu dah parah, cegah dari awal.
Kerana setiap anak adalah amanah, mereka berhak membesar dengan rasa selamat, dilindungi dan disayangi sepenuhnya.
Bila sudah berkeluarga dan punya anak-anak yang semakin membesar, perancangan kewangan keluarga haruslah tepat. Disaat mereka sedang membesar, macam-macam kegunaan yang diperlukan.
Pun begitu ada waktunya kita diuji. Duit yang semakin susut pasti buat kita tak tidur malam dan runsing memikirkan nasib anak-anak. Apa kata mak ayah amalkan beberapa tip ini agar rezeki untuk anak-anak sentiasa ada malah tak putus-putus.
5 tips untuk kita sentiasa tenang bila duit makin susut
Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega. Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.
Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun Bukak wallet. Tapi kosong. Duit tak ada.
#Tips1
Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
#Tips2
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari.
Then, lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.
#Tips3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA. So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kann.
#Tips4
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
#Tips5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh. Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat. Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib. Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan membebel! Bahaya..Bunyi macam menakutkan tapi jika kita tak cuba ubah keadaan ini boleh memudaratkan diri. Tak kisahlah dari aspek emosi atau kesihatan.
Kadang dah tabiat seorang wanita untuk membebel. Tapi jika kita kawal mungkin boleh. Masalahnya ramai juga yang cakap kalau tak membebel, suami dan anak-anak susah nak dengar cakap.
Apa kata kita positifkan sikit ‘membebel ‘itu dengan pendekatan lebih baik. Jika buat berterusan aura positif juga akan kuat dalam diri kita. Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang juga penulis The Pro Parenting ini sangat bermanfaat.
Tenang. Tarik nafas. Ini info yang agak scary untuk kita para wanita. Yang mudah meluah perasaan ke mulut.
Rasa Nak Membebel Tahan Mulut
Waktu Dr Rizal tunjuk gambar ni di Neuroversiti Conference, dan bercerita… saya telan ayaq liyuq. Terkenang, entah berapa kali otak saya jadi macam dalam gambar ni.
Ini adalah gambar imbasan otak. Gambar kiri ni adalah otak kita bila kita RASA marah. Gambar kanan adalah otak kita bila kita SEBUT apa yang kita marah. Lihat bahagian ‘emotional regulation’ mengecut begitu.
Maknanya lepas ni kalau marah, tahan mulut dari membebel. Bayangkan otak kita boleh merosot bila membebel.
Sebenarnya bukan otak je. Satu badan kita akan terkesan bila kita marah.
Bila kita marah, Amygdala dalam otak kita jadi aktif.
Amygdala aktifkan Hipotalamus.
Hipotalamus aktifkan kelenjar Pituitari.
Dan kelenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress, iaitu kortisol, adrenalin, noradrinalin.
Kortisol ini akan mengakibatkan otak kita kehilangan neuron di bahagian otak logik kita (korteks). Itu yang buat kita tak rasional bila marah.
Bukan di korteks je. Di hipokampus pun neuron kita habis mati kena bunuh. Menjadikan otak kita kurang kreatif dan pelupa sokmo.
Hormon gembira yang bernama serotonin pon hilang. Sampai kita lupa macam mana nak jadi gembira. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit hal nak mengamuk.
3 hormon stress yang jahat itu, akan buat kita: – Sakit jantung – Bertambah gemuk kerana metabolism badan menurun – Kulit bertambah kedut – Mulut kering – Imun badan menurun, risiko kanser meningkat – Bertambah rabun – Migrain dan sakit kepala – Tulang jadi kurang mampat.
Uwaaaa…scary gila!
Bukan membebel je tau! Luah perasaan kat Facebook pun sama juga. Kita yang membaca pun boleh ikut jadi stress. So avoid that!
Nak Marah Cuba Juga Senyum
Nasib baik Dr Rizal bagitau, kita boleh lawan peningkatan hormon stress dengan tambahkan hormon gembira.
Agak-agak badan dah mula bergegar marahkan suami, terus senyum. Anak mula tumpahkan air, senyum. Bila mulut rasa bergetar nak membebel, senyum.
Senyum paksa pun tak apa. Biar otot kita hantar signal untuk keluarkan hormon gembira.
Bila berjaya senyum, tarik nafas. Bernafas perlahan, supaya jantung kita yang rasa nak pecah tadi kembali berdegup normal.
Dr Rizal ada tunjuk satu gambar comel ni. Gambar tupai sedang peluk bunga kuning. Mukanya dilepek di atas kelopak bunga. Bukan main bahagia mukanya. Gambar tu ditangkap oleh wartawan NatGeo.
Rupanya, sebelum tu, tupai tu dikejar ular. Nasib tupai baik, ular tu masuk sungai dan tak naik-naik dah. Lepas dari tu, tupai tu segera cari sekuntum bunga untuk dipeluk. Habis peluk, dia berlalu dengan riang.
Rupanya, haiwan pun ada cara dia untuk meredakan emosi yang kacau.
Kita pun nampaknya kena jadi macam tu. Biasakan tengok benda indah. Lazimi mulut dengan kata-kata positif. Cari bau wangi untuk dicium.
Jangan Sebut Benda Yang Kita Tak Suka
Sebut benda positif yang nak anak kita jadi. Macam mak pak kita dulu, selalu panggil kita “Anak bertuah” bila diorang marah, kan.
“The brain has its own way to process language.
Words can change your gene.”
Betullah apa yang suami saya selalu sebut.
“Bila marah, jangan sebut benda yang kita tak suka anak buat. Sebut kualiti yang anak kita ada. Atau benda baik yang dia perlu buat.”
Jangan kata awak-awak. Saya sendiri pun rasa susah nak buat. Benda baik memang susah. Bila selalu praktis, insya Allah jadi mudah.
Jadi lepas ni, nampak anak bergaduh, peluk mereka. Instead of cakap “Mama tak suka tengok korang gaduh”, tukar. “Mama lagi suka tengok korang sayang-sayang.”
Instead of cakap “Kenapa yang malas sangat ni.” Jeritlah dengan happy “Alangkah baiknya anak mama ini rajin membantu.”
Abang-abang kalau nampak isteri ketung-ketang-ketung-ketang hentam kuali, do something.
Nak nyanyi lagu Hindustan ke, nak puji ke, nak peluk ke, nak geletek ke. Buatlah apa-apa untuk usaha bagi muka bini keluar senyum dulu. Lepas tu tanya elok-elok kenapa hentam kuali sampai gitu sekali.
Lepas tu, pandai-pandai you all lah macam mana nak extend bahagia tu. Haha!
Wawa Shauqi
Yang Nak Jadi Awesome, Bertenang & Solehah.
t.me/wawashauqi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...