top

Menjadi seorang ibu bapa di zaman milenial ini pastinya bukan satu tugas yang mudah. Pendedahan terhadap teknologi yang begitu pesat kepada anak-anak seakan menjadi satu trend pada hari ini. Kadang ia hanya dijadikan salah satu cara untuk mengalih perhatian si kecil yang menangis atau tidak mendengar kata tapi akhirnya cara itu dilihat banyak meninggalkan kesan yang tidak baik buat si kecil.

Seperti yang dikongsikan oleh Diana Md Noor tentang kebimbangannya sebagai seorang ibu yang pernah mempunyai anak yang obses dengan gajet. Kesannya kepada perkembangan si kecil itu sendiri hingga menyebabkan anaknya yang berusia lima tahun menjadi pendiam bukan disebabkan tidak mahu bergaul dengan orang lain tapi kerana tidak pandai bercakap dan menyebabkan si kecilnya itu menjadi kurang yakin diri.

Disebabkan apa yang berlaku kepada anak sulungnya itu, Puan Diana belajar daripada keadaan tersebut dengan tidak mendedahkan gajet pada anak keduanya dari awal. Ternyata apa yang dilakukan menunjukkan kesan yang positif apabila anak keduanya yang bakal berusia 3 tahun lebih pandai bertutur dengan perkataan yang lebih baik dan banyak dari abangnya.

Asyik Mengadap Gajet, Anak Jadi Malu Nak Bergaul Sebab Tak Pandai Cakap. Mak-mak Milenial Tolonglah Sedar!Bimbang tengok parents beri anak-anak gajet setiap masa

Hari ni saya nak cerita tentang kebimbangan saya sebagai seorang ibu. Kebimbangan terhadap gadget and screen time anak-anak. Seriously saya bimbang tengok parents yang beri anak-anak gadget setiap masa.

Saya punya bimbang sampai tak boleh cover. Bila makan dengan husband, saya mesti akan cuit husband saya, “tengok tu, orang tu bagi anak dia layan iPad, sampai ke sudah budak tu tak makan b, makan berapa sudu je, mata tengok iPad. Dipimpin ke tempat basuh tangan macam orang buta, tangan sebelah masih pegang iPad”. Ya Allah parents, sedarlah..taubat lah.

Okay sekarang saya nak buat pengakuan. Ini kisah saya sendiri,kisah anak sulung kesayangan kami, Farish.

Lepas pantang anak dah layan gajet

Farish ni dari lepas pantang dia dh layan gadget. Gila kan mak dia? Ye..sebab kobodohan mak dia. 1st time parents. Saya kerja di shah Alam, dari rumah ambil masa kadang2 sejam lebih nak sampai office bila jem. Begitu juga dengan balik kerja. So dia ni kalau dalam kereta, hari gelap je menangis macam nak terkeluar anak tekak. Saya pula bila anak meraung macamtu, macam orang gila driving.

IKLAN

Akhirnya kami dapat satu solution. Pasang tablet. Betul..memang selesai masalah. Bayangkan baby umur 3bulan layan tablet dalam kereta. Ibu pun memandu dengan selesa. Tapi penangan tablet ni memang power. Farish boleh mengenal huruf pada usia 1 tahun. Kenal shape and banyak benda. Tunjuk apa saja, dia boleh jawab dan semuanya dalam bahasa inggeris. Yerr..in English..balik kampung bersorak nenek and sedara-sedara. Kagum, farish budak bijak katanya. Ibu ayah kembang sekejap.

Asyik Mengadap Gajet, Anak Jadi Malu Nak Bergaul Sebab Tak Pandai Cakap. Mak-mak Milenial Tolonglah Sedar!
Farish malu nak bergaul sebab tak banyak perkataan yang dia tahu

Tapi bila tiba dekat nenek dia yg sebelah ibu, ibu kene bebel. “Apasal anak kau ni tak boleh bercakap macam orang lain? Budak lain setahun dua dah bercakap ni. Ini balik2 YouTube.. YouTube..” Saya ambil enteng apa yg mak Saya bebelkan. “Mak nak cakap dgn dia pun susah. Dh macam anak mat saleh”. Dalam hati, “eleh nanti pandai lah..budak lelaki memang slow sikit”. Masuk umur 3tahun kami sedar yang farish dah pandai membaca. Wah..laju gila. Ok saya masih leka lagi. Terasa happy, umur 3 tahun dah pandai membaca. Tapi pelik dia membaca, Jalan Jalan Cari Makan, bertukar menjadi ‘Jalan Jalan Kari Makan’. Mmg pelik. Semua di English kan nye.

Anak tak nak pijak rumput, tak mahu buka selipar, bukan sebab dia penggeli tapi ada masalah sensory, kena bawa jumpa terapi!

Masuk 4 tahun saya sedar something. Farish tak pandai bergaul. Ajak main kat luar, taknak. Kalau nak pun sambil tarik tangan saya. Nak berteman. Ditakdirkan saya berhenti kerja sebab katanya nak fokus dgn family and mula buat bisnes. Saya hantar pada pengasuh yg baru. Pengasuh baru tegur saya elok2. Based on pengalaman dia yg pernah menjaga anak2 autism. Cuba tengok-tengok Kan. Dia takut anak sy mile autism. Sebab behavior dia ada 1-2 perkara sama macam autism kids yg pernah dia jaga. Lebih-lebih lagi part yang English pronunciation berhabuk tu.

Baru teringat, pengasuh lama ada beritahu dia mmg taknak bergaul dengan budak2 lain. Saya ingat dia manja. Sy terus bawa ke OT and Speach Therapist di Hospital Sg Buloh. Sempat layan beberapa sesi alhamdulillah ok dia bukan autism. Cuma masalah sensory. Masalah la juga tu, perlu diperbaiki. Macam taknak pijak rumput, taknak buka selipar (Kita ingat anak Kita penggeli or pembersih, jangan nak perasan), tak boleh tolarate dengan bunyi yang kuat, menangis kerasukan bila nak hunting rambut.

IKLAN

Kami syak masalah communication. Sebab tu pergaulan dia terbatas. Tak mampu nak communicate dengan kawan2 sewaktu bermain sebab limitations. Alhamdulillah Masa di tadika dia dh mula bergaul, bermain, and banyak perkataan baru and ayat baru dia bawa balik. Yang penting mostly dalam bahasa melayu. Bahasa budak2.

Banyak masalah anak-anak yang kurang berkomunikasi ni. Nak ajar ke toilet pun susah. Sebab dia tak bercakap. Farish free diaper pada usia 5 tahun. Sangat lambat, diaper pun takde size dah. Dah la badan dia besar . Bila nak express his feelings, dia akan terkinja-kinja, confuse kami. Nak terkencing ke apa, rupanya happy..sampai terkinja-kinja. Kesian dia. Selalu kena marah sebab nak buat apa2 tak bagitau. Buka fridge tuang air sendiri sampai tumpah satu jug, ambil barang tempat tinggi tak bagitau sampai jatuh semua. Kena marah, sebab tak bagitahu.. seriously kadang2 kami kesian sebab termarah dia.

Rampas gajet, simpan remote tv, hadkan skrin time anak

Sejak dari tu kami rampas hp, simpan remote (kadang2 terbabas juga). Kami had kan screen time dia. Teringat masa ambil dia di tadika, ada parents yg tegur saya tanya anak dah pandai membaca ke belum, saya balas.. alhamdulillah dah. Dalam hati saya tuhan saja yg tahu, Saya bukan hantar anak saya ke sekolah untuk dia pandai membaca semata-mata. Misi Saya hantar dia ke sekolah pd usia 4tahun ni sebab nak dia pandai berkomunikasi, develop social skills and etc yg saya tak mampu nak buat untuk dia. Alhamdulillah he is getting better, walaupun boleh nampak minat dia tak macam anak2 seusia dia. Kadang-kadang too advance sampai kami naik bimbang. Takut itu bukan yg sepatutnya.
Satu lagi obses pada gadget ni anak-anak ada masalah fokus. Menulis, mewarna, tak sampai berapa minit..dah bosan..risau sungguh. Kita cakap apa-apa dia tak fokus, kena jerkah baru menjawab.

IKLAN
Asyik Mengadap Gajet, Anak Jadi Malu Nak Bergaul Sebab Tak Pandai Cakap. Mak-mak Milenial Tolonglah Sedar!
gambar keluarga yang mana Farish tak lepas daripada melihat skrin telefon bimbit

Now dia tengah obses dengan solar system, and human anatomy. Which kadang2 sy tak faham dengan apa yg dia cuba sampaikan. Tanyalah pasal any planet and sifat2 planet tu, sampai ke dwaf planet, komet semua dia boleh jelaskan. Ye lah mak dia kacukan jawa, cakap melayu all the time. Tak terikut dgn conversation dia Tahun depan nak darjah 1, saya bimbang dia Tak mampu susun ayat, buat karangan bahasa melayu, nak hantar international School memang idok la. Belum mampu

Saranan Puan Diana Md Noor

Sebagai ibu yg dah bertaubat dari memberi anak2 gadget, ini saranan saya :-
1. Jangan berikan anak gadget pada usia yg terlalu muda. Mcm sy yang gila bg anak lepas pantang tengok phone.
2. Jangan beri alasan yang gadget boleh mendiam dan menenteramkan anak2.
3. Kawal screen time anak-anak baik gadget and TV.
4. Banyakkan bercakap dan roll play dengan anak. Bila bermain, main sama2 dengan mereka.
5. Banyakkan bercakap dan sebaiknya kurangakn bertanya soalan. Bila bercakap dan berbual, banyakkan sentuhan, memek muka and intonasi yang over.
6. Selalu buat bedtime story. And ada sesi review and sinopsis by anak2.

InsyaAllah berhasil. Saya yakin ramai parents macam saya. Terbabas atau kurang kesedaran. Buktinya, terlalu banyak pusat terapi kanak-kanak muncul bagaikan cendawan. Terlalu ramai Occupational Therapist and Speech and Language Theraphist diperlukan. Dan jumlah permintaan terhadap ini semakin meningkat. Sebab apa? Sebab ada demand yg melambung hasil dari kebodohan ibu bapa macam saya.

#pesananemakemak
#pleasewakeup

sumber: Diana Md Noor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI