Asyik-asyik nak ke tandas buang air kecil. Inilah yang membuatkan ibu hamil bertambah resah bila disahkan hamil. Pantang sahaja beberapa minit terus rasa hendak buang air kecil berkali-kali.

Tapi apa sebabnya ibu hamil asyik rasa hendak buang air kecil? Peningkatan kekerapan membuang air kecil ini merupakan tanda awal kehamilan biasa. Ia berlaku disebabkan tahap hormon progesteron dan human chorionic gonadotropin (hCG) yang meningkat. Itu sebabnya kenapa hamil kerap kencing.

Asyik Nak Terkucil Je Masa Hamil, Ini Sebabnya Ibu Perlu Tahu!

Perubahan Hormon (Progesteron dan hCG)
Hormon hCG (human chorionic gonadotropin) meningkat awal kehamilan, menyebabkan peningkatan aliran darah ke kawasan pelvis dan buah pinggang.

Ini menjadikan buah pinggang bekerja lebih untuk menyingkirkan sisa buangan — hasilnya: air kencing lebih banyak.

Rahim Membesar dan Tekan Pundi Kencing
Bila rahim makin besar, ia menekan pundi kencing, menyebabkan ibu rasa ingin kencing walaupun air kencing tak banyak.

Ads

Peningkatan Jumlah Cecair Badan
Semasa hamil, jumlah darah dan cecair badan meningkat hampir 50%, dan buah pinggang bekerja lebih untuk tapis semua ni.

Aktiviti Bayi (Trimester Ketiga)
Bila kepala bayi mula turun ke pelvis (dekat waktu bersalin), tekanan ke atas pundi kencing bertambah – ini buat ibu rasa nak kencing hampir sepanjang masa.

Asyik Nak Terkucil Je Masa Hamil, Ini Sebabnya Ibu Perlu Tahu!

Berapa lama ia berlangsung?
Semasa hamil, bilangan kekerapan ini bergantung kepada ‘keadaan normal’ individu. Contohnya, jika biasanya anda pergi ke tandas 8x sehari, maka ketika mengandung, ia boleh meningkat kepada 10x sehari.

Ads

Kekerapan kencing berkaitan kehamilan mungkin berkurangan pada trimester kedua tetapi akan kembali kerap menjelang minggu-minggu akhir kehamilan.

Tips Mengurangkan Ketidakselesaan
Kurangkan minum air menjelang waktu tidur supaya tak perlu kerap ke tandas waktu malam.

Condong ke depan ketika buang air kecil
– Membantu kosongkan pundi kencing sepenuhnya.

Jangan tahan kencing
– Boleh menyebabkan jangkitan salur kencing (UTI).

Ads

Elakkan minuman berkafein
– Contoh: kopi, teh kuat, air bergas – bersifat diuretik (buat lebih kerap kencing).

Pakai pad atau pelapik seluar dalam (panty liner)
– Untuk elakkan rasa tak selesa jika ada kebocoran kecil bila batuk/bersin.

Asyik Nak Terkucil Je Masa Hamil, Ini Sebabnya Ibu Perlu Tahu!

Bila Perlu Risau?
Kerap kencing biasanya adalah perkara normal ketika anda hamil. Pun begitu berjumpalah doktor kalau ada:

* Sakit / pedih semasa kencing
* Kencing berbau kuat atau keruh
* Demam
* Kerap kencing sangat tak terkawal / bocor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI