Kanak-kanak biasanya akan menunjuk dengan jari bila mahukan sesuatu ditambah dengan bunyi-bunyian di hujung-hujungnya. Namun jika anak hanya menarik tangan ibu dan menunjukkan apa dia mahu tanpa mengeluarkan suaranya, ada baiknya anak diperiksa segera.
Anak dikira lambat bercakap bila mana usianya dua tahun namun masih belum mengeluarkan sepatah pun perkataan malah kurang dari 50 kosa kata. Mak ayah jangan berdiam diri sebaliknya perlu cepat bertindak.
Perkongsian Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Ruby Atika menyarankan beberapa perkara untuk mak ayah bertindak. Ini apa mak ayah perlu buat.
Umur 2 tahun, tapi anak belum ada 50 kosa kata dan masih belum bercakap gabung perkataan jadi ayat pendek. Lepas tu nak buat apa?
1) Pergi jumpa doktor. Bagitau nak surat rujukan untuk jumpa speech therapist. Nanti doktor akan bagi surat untuk jumpa audiologist sekali.
2) Kalau nak cepat dan ada kemampuan, pergi cari pusat terapi swasta.
Ads
3) Kalau anak banyak masa duduk depan tv atau tengok hp, hentikan. Alih perhatian dia dengan bermain. Main tembak-tembak, main pondok-pondok, mandi kolam plastik, bawa ke playground dan sebagainya.
4) Setiap hari mesti ajak anak duduk selak buku bergambar dan tunjuk sama-sama. Jadikan rutin harian. Dia tak tunjuk, pegang tangan dia supaya tunjuk juga.
5) Tampal poster gambar objek harian di dinding rumah. Poster A ayam, b bola, c cawan, d daun. Utamakan gambar yang ada kegunaan untuk dia sebut di rumah. Tampal di ruang yang anak selalu berada kat situ. Ajak main cikgu-cikgu dengan anak.
Ads
6) Umur 2 tahun ni memang sebutan tak jelas lagi. Jadi tak perlu nak paksa anak betulkan sebutan supaya jelas semuanya. Dia memang cakap hujung-hujung. Kita hanya perlu ulang dengan sebutan yang betul saja.
Anak: ju
Ibu: baju adik.
Anak: pat
Ibu: lompat lagi, lompat.
7) Perhatikan cara anak berkomunikasi. Jika dia banyak tarik-tarik tangan, tidak menunjuk dengan jari telunjuk, mengelak eye contact, tidak minat bermain dengan kawan atau adik-beradik. Ini ialah antara ciri autism dan dia perlu dibantu segera.
Ads
Duduk di lantai, bermain dengan anak. Bukan tengok dari jauh atau sambil mata tengok hp. Fokus pada cara anak bermain dan berinteraksi la sambil bermain dengan anak.
9) Tak payah fikir apa orang kata. Konon biasa la budak laki lambat. Konon nanti masuk tadika pandai la dia cakap. Ingat ni, perkembangan bahasa ada umur kritikal 0-6 tahun.
Makin anda lewat mula, makin jauh jarak antara umur bahasa dan umur sebenar dia. Sekejap saja dia akan jadi 4 tahun, jadi 6 tahun, jadi 8 tahun. Sekejap saja. Bila anak dah 6 tahun, kita tak boleh putar balik masa.
10) Tak ada short cut. Anda mesti kuasai teknik rangsangan bahasa dan apply dengan anak setiap masa sepanjang melakukan rutin harian di rumah. Tak ada ubat minda, tak ada sup burung, tak ada magic, tak ada tangkal ajaib.
Sama seperti kita, anak kecil kita juga turut berdepan masalah ‘burnout’ ketika PKP ini. Mereka buntu kerana tidak dapat melalui kehidupan bermain dan bebas ke mana-mana dan kini hanya terperuk di rumah. Semuanya jadi serba tak kena pada mereka.
Menurut OT Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, bantulah anak-anak kita. Biarlah mereka lepaskan kebosanan hidup baru mereka ini dengan baik. Kita bantu mereka dengan beberapa tip ini!
ANAK “BURNOUT”
“Eva nak tidur bilik Mummy boleh” Minggu lepas anak saya, Eva (5 tahun) tiap-tiap malam menangis nak tidur dalam bilik saya. Sedangkan dah setahun lebih dia tidur dalam bilik dia sendiri, tak ada masalah.
Bukan itu sahaja, ada juga saya perasan Eva,
1. Tidak mahu berseorangan. – Sedangkan sebelum ini Eva elok sahaja main puzzle atau mewarna seorang diri dalam bilik semasa saya tidurkan adiknya.
2. Kurang fokus. – Bila buat apa-apa aktiviti mula mudah hilang fokus. Kalau sebelum ini, Eva akan buat 1 aktiviti sampai habis baru tukar aktiviti lain. Minggu lepas, kalau aktiviti mewarna tak habis lagi 1 muka surat terus buka muka surat lain. Buat sekerat-kerat.
3. Cepat bosan. – Sebelum ini hampir setiap hari Eva bawa buku minta saya bacakan tetapi kali ini belum habis saya baca satu buku dah bosan.
4. Mula rasa tidak seronok buat aktiviti yang dia rasa seronok dahulu. Eva suka melukis tapi baru-baru ini dia dah mula rasa tidak seronok melukis. Asyik kata “Eva tak pandai”.
5. Terlebih sensitif. – Mudah menangis, tiba-tiba air mata bertakung. Hari itu Eva kata dekat saya “Mummy dah lama tak bawa Eva beli barang”.
Iyalah sejak PKP hari itu, tiap minggu saya yang akan keluar seorang diri beli barang keperluan rumah. Dah hampir 2 bulan Eva tak keluar ke kedai. Rasa serba salah sangat.
Memang saya nampak Eva mula stress dan nampak kurang idea nak buat aktiviti di rumah. Kalau tak sebelum ini, macam-macam projek dia nak buat.
Itulah, kadang-kadang kita hanya fikir stress kita sampai terlupa anak-anak juga ada stress mereka. Mereka juga boleh “burnout” seperti kita.
Duduk rumah berbulan-bulan, Tak keluar jumpa kawan-kawan, Tak pergi ke tempat yang baru, Hari-hari buat rutin yang sama.
Mereka dah tak ikut fitrah kanak-kanak yang normal. Kita pun hidup dalam keadaan “norma baharu” yang sebenarnya tak normal sebagai manusia.
Jadi, lepas saya perasan Eva dah mula “burnout”. Saya cuba usaha baiki dan pulihkan emosi Eva semampu saya,
1. BAWA KELUAR RUMAH – Naik kereta pusing-pusing taman. – Keluar bawa Eva jalan-jalan, main basikal, tengok bunga, main bola di fasiliti apartment saya duduk, semasa tiada orang lain langsung. (Pakai mask dan bawa hand sanitizer, balik rumah mandi terus) – Sebelum ini saya akan bawa Eva keluar rumah ikut mood, tapi saya rasa kali ini kena letak target sekurang-kurangnya perlu bawa keluar 2-3 kali. – Penting juga untuk pastikan anak dapat cukup Vitamin D.
2. KURANGKAN “EXPECTATION” – Contohnya, sebelum ini saya ada tetapkan peraturan sebelum tidur kena kemas mainan tapi masalahnya sejak ada adik agak susah nak pastikan rumah 100% terkemas. Eva kemas, adik keluarkan. – Kali ini saya hanya minta Eva pastikan bilik dia sahaja kemas. – Untuk elakkan saya jadi marah bila mainan tak kemas, saya banyak lantakkan sahaja mainan bersepah. – Sepah tak apa, janji bukan kotor. – Bila buat apa-apa aktiviti juga sama, elakkan letak “expectation” yang tinggi untuk anak.
3. FAHAM KEPERLUAN ANAK – Anak umur 7 tahun ke bawah, apa yang kita harapkan dia buat di rumah? Duduk diam baca surat khabar? – Anak-anak ini perlu bergerak, melompat dan memanjat untuk penuhkah keperluan sensori mereka. – Sebelum ini, setiap kali Eva melompat di sofa saya akan marah sebab risau adik ikut. Sofa pula di tengah-tengah rumah. – Sekarang, saya dah ubah kedudukan perabot supaya 100% selamat. Adik dia yang umur 1 tahun pun dah boleh panjat dan turun dengan selamat. – Daripada saya asyik berdebar nak tinggalkan anak main sendiri semasa buat perkara lain, baik ubah sahaja kedudukan perabot. – Anak nak melompat ke, memanjat ke, berlari ke insyaAllah tak ada masalah.
4. KAWAL PENDEDAHAN SKRIN – Minggu lepas, semasa kes harian Covid semakin meningkat. Memang saya juga terkesan, rasa tak ada mood nak buat semua benda. – Banyak buka TV di rumah berbanding buat aktiviti lain dengan anak. – Kali ini, saya betul-betul disiplin maksimum 2 jam sahaja sehari. – Pendedahan skrin berlebihan pada anak juga boleh beri kesan kepada perkembangan emosi anak-anak. – Kalau ada hari yang terlebih skrin, saya akan buat hari tanpa skrin.
5. AJAK ANAK BERSAMA – Bila dah kurangkan buka TV, gantikan masa tersebut dengan aktiviti bermanfaat. – Ajak anak buat sama-sama kerja rumah, basuh beras, kemas pinggan, lipat baju semua ajak anak sekali. – Peluk atau “high 5” dengan anak setiap kali anak berjaya bantu kita. – Umur anak sekarang adalah umur untuk bersosial dengan kawan-kawan, kita mak ayahlah perlu jadi kawan anak.
6. JAGA EMOSI – Tahukah yang kalau seorang ibu stress, anak yang sedang menyusu pun akan dapat hormon stress. – Anak-anak yang lain pun akan rasa aura stress kita. – Sejujurnya memang minggu lepas, saya rasa stress dan “burnout”. Mungkin salah satu punca juga anak-anak pun meragam sama.
Sebelum uruskan emosi anak, saya tahu yang saya perlu uruskan emosi saya dahulu. Jadi, apa saya buat: – Berzumba dengan anak setiap pagi. – Menangis bila rasa nak menangis. – Cuba lantakkan sahaja mainan bersepah. – Buat “deep breathing” bila rasa nak marah. – Sentiasa ingat dalam kepala yang kita marah dengan Covid, PKP dll bukan sebab anak. – Amalkan “laughing therapy”, cuba gelak kuat-kuat hari-hari. Gurau geletek-geletek dengan anak-anak. – Buka background music yang menenangkan.
Seminggu saya buat semua ini, alhamdulillah Eva dah 2 malam tidur bilik dia sendiri tanpa ada episod menangis. Kelmarin dia ada main 2 puzzle besar dekat bilik dia. Semalam tiba-tiba bawa keluar buku mewarna dan boleh main sendiri.
Kalau mak ayah lain ada perasan anak mula ada tanda-tanda “burnout”, kalau boleh lakukan sesuatu segera sebelum ia semakin melarat. Tapi itulah sebelum fokus pada anak, kita mak ayah perlu fokus pada diri sendiri dahulu. Take your time, ada masa kita juga perlukan masa untuk pulihkan emosi kita.
Kita semua sedang mengalami perkara yang tidak normal. Entah berapa lama lagilah kita perlu hadap semua ini. Setiap kali baca berita, memang asyik rasa nak marah. Sekarang ini, saya dah cuba elakkan baca berita sebab memang ia akan mengganggu emosi dan mental saya.
Cuba belajar menerima yang kita hanyalah rakyat marhaen tiada kuasa untuk mengubah apa-apa. Fokus pada apa yang kita boleh lakukan semasa pandemik ini berbanding apa yang kita tidak boleh lakukan.
Semoga kita semua dikekalkan kewarasan untuk melalui semua ini. Harap bermanfaat.
Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist + Ibu struggle seperti anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan, mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita. Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja anak kita ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah membesar. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Kredit: Abdul Muiez Ruslee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim akui anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang mengalami sumbing di bahagian kiri bibir memerlukan lebih perhatian berbanding bayi lain.
Menurut Sheila, bayi yang sumbing akan menyebabkan lidah dan bibirnya menjadi cepat kering.
Atas keprihatinan tersebut, Sheila juga berkongsi tips mudah buat ibu bapa yang memiliki bayi istimewa seperti Nur Amna.
SUSAH TAK JAGA BABY CLEFT?
“Sebenarnya tak susah, cuma perlu perhatian lebih je.
“SEBAB?
“Keadaan bibir yang tak sempurna membuatkan bibir dan lidah baby senang kering.
“Macam Xandra, bila dia tidur mulut dia sentiasa terbuka. Ditambah pula bibir dia yang ‘cleft’ tu. Jadi lubang udara lebih luas dan angin senang masuk.
“Jadi ‘mommy’ kene selalu basahkan dengan air. Macam saya, saya basahkan dengan air suam. Setakat ini Xandra selesa.
“’Parents’ yang ada ‘baby cleft’, jangan rasa susah dan berat. Banyak je benda yang boleh kita mudahkan. Jadi ‘enjoy’ dengan ‘baby’ kita yang ‘special’ ni.
“Bonus tau. Orang lain tak ada. Kita dapat rasa. Kena selalu positif,” tulisnya diakaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sheila juga memohon pengikut IGnya mendoakan kesejahteraan bayi comel itu supaya dapat menjalani pembedahan untuk memperbetulkan keadaan bibir anaknya itu.