Sebut sahaja nama Tomok pastinya ramai yang masih ingat vokalis dari kumpulan New Boyz cukup popular di zaman remajanya. Cukup sinonim dengan lagu berjudul Sejarah Mungkin Berulang, penyanyi ini sememangnya memilki bakat tersendiri.
Masih aktif dengan kerjaya seninya, malah Tomok juga kini bergelar usahawan dengan memiliki beberapa kiosk jenama minuman popular di sekitar Shah Alam.
Biarpun begitu, baru-baru ini dia ada muat naik satu video menerusi akaun Instagram Tomok telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam perkongsian rakaman itu dipaparkan anak bongsu Tomok yang diberi nama Khadijah sedang memegang mikrofon dan menyanyi mengikut lagu yang dipasang di pembesar suara!
Gelagat anak kecil ini membuatkan ramai teruja dan geram menyaksikannya. Berikut adalah perkongsian rakaman anak Tomok karaoke dengan gaya comelnya itu:
Di ruangan kapsyen, Tomok menulis seperti berikut:
“Awak tu baru 2 tahun tau tak?”
Ads
Perkongsian rakaman anak Tomok karaoke ini telah meraih lebih 150 ribu tontonan dan 11 ribu likes. Dengan gaya dia terkedek-kedek jalan, lengkap berkebaya, eh memang buat geram melihatkan si cilik bijak ini!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang turut kagum dengan aksi si cilik ini. Berikut antara yang diluahkan di ruangan tersebut:
“Dah nampak bakat adik Khadijah ni. Lepas ni ayah boleh resign lah..Jadi manager Dijah pulak”
Ads
“Terbayang plak dibu yang nyanyi..Sebab muka sejibik dibu”
“MasyaAllah dia hafal laaa..Clever girl”
Ads
“Wahhh dah tunjuk bakat tuuu habis lah ayah lepas ni jadi manager plak”
“Bayangkan, percutian impian bertukar trauma. anak pengsan di atas Salji. Perkongsian seorang ibu, Syira Charms, di Facebook begitu meruntun jiwa apabila anak tersayang mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti di salji semasa bercuti di Switzerland.
Inilah yang dilaluinya oleh ibu ini. Ada hari-hari tertentu dalam hidup seorang ibu hati rasa digenggam kuat sampai nafas sendiri pun terasa berat. Lama dia pendam, lama dia cuba kuatkan hati sebelum berani nak buka cerita sebenar.
Hari ini, selepas berbulan-bulan, barulah seorang ibu bernama Syira Charms ada kekuatan menceritakan semula detik hitam yang hampir meragut nyawa anaknya ketika bercuti di Switzerland pada bulan Jun lalu.
Ikuti perkongsian ibu ini penuh dengan luahan hati. Semoga ia menjadi pengajaran buat semua.
Bayangkan percutian impian bertukar jadi detik paling menakutkan untuk seorang ibu di Switzerland. Anak pengsan selepas terpelanting atas lantai salji keras dan hanya helikopter yang boleh selamatkan!
Hari ini barulah mommy ada kekuatan utk berkongsi kisah trauma kami di Switzerland pada Jun yg lepas.
Hari yang cerah 7 Jun 2025, kegembiraan anak-anak menyambut rancangan ke Jungfrau, Top of Europe, sangat terasa seawal jam 6.30 pagi. Mereka begitu teruja untuk bermain salji dan snowtube, aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh semua anak. Kami menggunakan Swiss Pass untuk bergerak ke stesen kereta api menuju Jungfrau, tiba di sana pada jam 1 tengah hari. Sebelum meneruskan perjalanan ke puncak, anak-anak meminta untuk menikmati snowtube terlebih dahulu.
Setibanya di kawasan snowtubing, salji renyai-renyai turun seakan menyambut kehadiran kami. Suasana nyaman, angin tidak terlalu kuat dan kami sekeluarga selesa bermain salji. Si kecil, Ahmed, ketawa tak berhenti sambil memegang salji. Kami membeli tiket masuk ke park dan setiap orang diberi masa setengah jam untuk bermain. Namun, kami perhatikan tidak ada pekerja di bahagian bawah slide, hanya pekerja di bahagian tiket dan pemberi tube sahaja. Tiada arahan jelas untuk giliran turun, jadi kami turun bersama lima orang sekaligus. Semuanya berjalan lancar ketika itu.
Pada cubaan kedua, kelajuan tube berbeza. Mommy, Safiyah, daddy dan Ahmed sampai ke bawah lebih awal. Fayyadh, Hannah dan Aisyah tertinggal di tengah. Kejadian tragis berlaku apabila tube Fayyadh bertembung dengan tube mommy dan Safiyah. Tube
Fayyadh meluncur laju dan slide agak curam, menyebabkan Fayyadh tercampak keluar daripada tube, terus jatuh di atas lantai salji yg keras, kepala sblh kanannya terhentak ke lantai dan terus pengsan. Fayyadh ketika itu sedang merakam suasana menggunakan telefon mommy. Safiyah, Hannah dan Aisyah pun terpelanting juga. Tu dengar anak yg menangis kat situ. Paling mommy syukur, Ahmed terselamat
Dua pelancong Korea yang baru turun segera membantu membawa Fayyadh ke sisi. Mommy memeriksa Fayyadh, menepuk mukanya dalam keadaan cemas, @nik gerila non stop panggil Fayyadh. Pekerja di atas turun membawa walkie talkie lebih kurang 10 minit kemudian. Fayyadh mulai sedar, mengerang kesakitan, dan menyatakan dia merasa gelap seketika, kemungkinan akibat pengsan. Kepala Fayyadh bengkak di sebelah kanan. Mereka segera membawanya ke pondok tiket kecil untuk menunggu pasukan kecemasan.
Pihak snowtubing menganggap kecederaan kepala Fayyadh adalah serius. Mereka letakkan ais di kepala Fayyadh dan bertanya keadaannya berulang kali. Setelah mendapat arahan, mereka perlu membawa Fayyadh ke bilik medical service sekitar 10 minit dari situ untuk pemeriksaan lanjut. Mommy terpaksa berpisah seketika daripada suami dan anak-anak lain bagi menemani Fayyadh ke pemeriksaan perubatan. Medical officer bertindak cekap. Beliau segera menyatakan Fayyadh perlu dibawa ke Hospital Kanak-kanak di Bern melalui helikopter kerana hospital di Interlaken adalah utk org dewasa.. Mommy sangat risau melihat bengkak di kepala Fayyadh walaupun sudah sedikit surut. Mommy bersedia naik train dua jam ke Bern, namun medical officer menegaskan helikopter sedang dalam perjalanan. Hati mommy berdebar. Demi keselamatan anak, mommy gagahkan diri menaiki helikopter bersama seorang doktor kanak-kanak, juruterbang dan pembantu.
Perjalanan mengambil 30 minit ke Inselspital Bern. Setibanya di sana, Fayyadh dikendalikan pantas di jabatan kecemasan. Pilot dan pembantu malah membantu urusan pendaftaran Fayyadh. Selepas 30 minit, Fayyadh mendapat wad dan dipantau setiap setengah jam oleh jururawat dan doktor selama 4 jam untuk memastikan tiada tanda-tanda komplikasi serius seperti muntah atau sakit kepala teruk.
Mommy sendiri berjalan mencari kedai halal untuk bungkus makanan. Suami dan anak-anak yang lain terpaksa kembali ke Interlaken menyebabkan mommy dan Fayyadh berdua sahaja di Bern. Fokus mommy hanya kepada kesihatan anak, tidak memikirkan diri sendiri atau hal lain.
Setelah doctor membuat pemeriksaan menyeluruh, Fayyadh dibenarkan balik. Mommy sangat bersyukur. Pesanan doktor agar terus pantau Fayyadh untuk 48 jam seterusnya. Jam 8 malam, mommy dan Fayyadh menaiki bas ke Bern Train Station untuk pulang ke Interlaken.
Banyak pengajaran dikutip dari insiden ini, keselamatan semasa bermain, pentingnya pengurusan kritikal, dan rasa syukur atas sokongan padu pihak Jungfrau dan orang ramai. Tidak terucap rasa terima kasih mommy dan keluarga kepada mereka yang membantu sepenuhnya.
✔ Keselamatan di kawasan permainan bukit/salji mesti diambil serius
✔ Jangan anggap semua park di luar negara selamat 100%
✔ Pengurusan krisis sangat penting
✔ Insurans perjalanan bukan pilihan ia wajib
✔ Sentiasa peka, walaupun momen itu nampak menyeronokkan
Gelagat Afwa minta ibunya buat susu ketika live cuit hati warga maya, “Ibu, susu ni dah lama.” Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tokti kerap meluangkan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan Tiktok.
Tambahan pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik @sitizoner yang menarik perhatian ramai. Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang membuat live kemudian keadaan menjadi huru hara apabila anak keduanya, Afwa memintanya membuatkan susu.
Rata-rata warga maya terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah anak-anak Tokti sama seperti anak mereka, tak boleh tengok ibunya ‘bersenang-senang.’
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah, tak sempat duduki ujian bertutur. Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.
Motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, Melaka. Kejadian itu berlaku ketika remaja itu dalam perjalanan ke sekolah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata dalam kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu, Adib Irfan Mohd Nizam, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dari arah Umbai menghala ke SMK Dang Anum terbabas dan mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Kilang Berapi.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada badan dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.