Awal Pagi Dah Tinggalkan Anak-Anak, Memey & Norman Rentas Dua Negeri Nak Mengundi!

Share

Jika sebahagian besar rakyat Malaysia memulakan perjalanan sehari lebih awal untuk pulang ke kampung untuk mengundi hari ini, lain pula kisahnya dengan pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang memilih untuk memulakan perjalanan awal pagi ini.

Seawal pagi lagi, Norman dan Memey mula meninggalkan anak-anak dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi mereka untuk ke tempat mengundi.

Semuanya demi memastikan tanggungjawab mereka pada negara terlaksana.

Paling menarik keduanya mengundi di Lembah Klang akan tetapi dia Norman di Kuantan manakala Memey pula di Kota Tinggi, Johor.

Satu perjalanan yang cukup jauh namun malah terpaksa merentas dua negeri demi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Menerusi Instagramnya, Memey memuat naik video mereka ketika sedang bersiap-siap untuk memulakan perjalanan.

“Bismillah. Demi tanggungjawab sebagai rakyat. KL-Kuantan (tempat undi papa )- Kota Tinggi(tempat undi mummy).

“Doakan perjalanan kami selamat sampai & pulang semula ke pangkuan anak-anak tercinta ❤️
Selamat mengundi semua,” tulis Memey menerusi kapsyennya.

Memey dan Norman dilihat mula mempersiapkan diri seawal pagi sebelum mencium anak-anak untuk memulakan perjalanan.

Lengkap berpakaian sedondon, putih dan hitam, keduanya dilihat cukup bersemangat untuk memulakan langkah.

Malah ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut meninggalkan pesanan buat semua.

“Jangan gaduh-gaduh ok. Kita doa, kita dah usaha. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua untuk mendapat kepimpinan terbaik mudah-mudahan, ” tulisnya berkongsi.

Semoga urusan Memey dan semua yang mengundi hari ini dipermudahkan.

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN