“Setiap kali menangis mengadu sakit, saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu memujuk anak supaya kembali tidur,” kata Noraini Aziz, 39, selepas anaknya menghidap ketumbuhan di leher sejak berusia tiga tahun.
Mulanya ingatkan bengkak biasa
Ibu tunggal itu berkata, pada awalnya ketumbuhan di leher kiri Nurul Safika Abdullah, 9, hanya sebesar guli dan bidan kampung hanya memberitahu bengkak itu disebabkan angin dalam tubuh.
Menurutnya, bagaimanapun bengkak itu kian membesar ketika Nurul Safika berusia lima tahun sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Balik Pulau dan Hospital Pulau Pinang hampir setiap minggu untuk mendapatkan rawatan.
“Setiap enam jam saya akan memberi Safika minum ubat melalui saluran tiub mengikut nasihat doktor,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Ibu kepada empat anak berusia lima hingga 14 tahun itu berkata, Nurul Safika boleh menguruskan diri seperti berjalan tanpa dipapah, mandi, menukar pakaian dan menyuap makanan sendiri.
“Tapi Safika tidak boleh terlalu lasak dan doktor mengingatkan bahawa dia berisiko mengalami kelumpuhan jika tidak dijaga dengan rapi.
“Anak saya juga tiada masalah menelan makanan. Tetapi ada makanan seperti pisang, kekacang dan sesetengah makanan laut yang jika dimakan akan menyebabkan gatal-gatal dan timbul kesan tompok merah,” katanya.
Ads
Noraini yang mengalami masalah pendengaran berkata, dia tidak bekerja dan bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan selain dibantu pelbagai pihak seperti wakil rakyat dan individu persendirian.
“Saya pernah menjadi mangsa penipuan apabila semua wang dalam akaun bank lesap sekelip mata pada 7 Julai tahun lalu.
“Saya terima panggilan meminta gambar bahagian hadapan dan belakang kad ATM selain nombor kod pengesahan transaksi (TAC). Panggilan itu sebenarnya anak sulung saya yang jawab dan perkara itu berlaku begitu pantas.
Ads
“Bagaimanapun saya bersyukur ramai sudi bantu dan saya tidak terasa berseorangan menghadapi masalah ini,” katanya.
Punca ketumbuhan masih belum diketahui
Sementara itu, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Empat, Idzham Ahmad berkata, Nurul Safika sudah menjalani pembedahan pada Februari lalu namun bengkak yang sedikit surut kembali membesar dan dia dijadual menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Jun ini.
“Safika perlu dirujuk kepada pelbagai doktor pakar seperti pakar otak, telinga, mata dan salur darah. Selepas MRI nanti, baru doktor menetapkan bila pembedahan kali kedua boleh dilakukan.
Ads
“Punca ketumbuhan tidak diketahui dan ia tidak pula mengeluarkan air bisa atau nanah. Pihak MPKK sentiasa prihatin dengan keluarga ini dan membuat lawatan dari semasa ke semasa untuk melihat bantuan apa yang boleh dihulurkan,” katanya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stresnya bila memikirkan diri tidak makan ikan haruan. Bila bersalin nanti mesti wajib makan ikan haruan. Ibu-ibu jangan sters, doktor kata tak wajib pun sebenarnya.
Zaman dahulu, memakan ikan haruan selepas oleh wanita selepas kelahiran anak adalah wajib. Ia begitu sinonim dengan fasa berpantang.
Penjelasan Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita dan Kehamilan ini sedikit sebanyak mengelakkan kemurungan para ibu yang tidak gemar ikan sungai.
Protein dalam ikan haruan lebih tinggi dari ikan-ikan lain. Ia juga ada kelebihan bunuh bakteria dan kuman. Sebab itulah ia diamalkan semasa ibu berpantang pada zaman dahulu.
Banyak lagi makanan lain yang kaya dengan protein. Kalau takut jangkitan kuman, jangan risau. Ini bukan zaman paleolitik lagi.
Dulu proses bersalin & berpantang itu sendiri menyebabkan senangnya jangkitan kuman berlaku.
Kini semua peralatan bebas kuman & guna kaedah aseptic technique. Kalau ada tanda-tanda jangkitan, antibiotik diberikan siap-siap.
Lain orang lain ujian yang diterima. Sudahlan pendapatan suami tidaklah banyak, diduga pula dengan seorang anak yang sakit sejak kecil dan memerlukan kos rawatan yang agak besar setiap bulan. Haryani Mat Hussin, 40 berniaga karipap, serunding, dan popia mini secara dalam talian untuk pendapatan tambahan bagi menanggung kos rawatan untuk anak perempuannya, Ana Sufiyyah Mohd Tarmizi, 6, yang mengidap ‘golden har syndrome’ iaitu cacat pada cuping telinga.
Dalam satu laporan akhbar tempatan, Haryani menyatakan tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk meminta derma orang ramai sebaliknya, dia berusaha melalui perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan menerusi dalam talian.
Pendapatan suami tidak seberapa, Haryani bantu jual barang secara online
tambahnya lagi dengan pendapatan suaminya, Mohd Tarmizi Mustafa yang tidak seberapa menerusi perniagaan kecil-kecilan, itu semua tidak dapat menampung kos rawatan Ana Sufiyyah selain perlu menanggung keluarga mereka dan juga 7 orang anak-anak yang lain.
justeru itu, dia dengan rela hati ingin membantu suaminya dan menjual karipap, serunding dan popia mini untuk pendapatan tambahan bagi rawatan anaknya itu.
“Perniagaan sekarang agak perlahan, jadi saya berdoa ada insan sudi membeli produk saya. Selagi kudrat ada, selagi itulah saya dan suami berusaha,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar tersebut.
Sebelum ini, tular mengenai posting yang dibuat Haryani menerusi akaun Facebook miliknya mengenai jualannya itu.
posting Haryani tentang barangan jualannya
Anak tiada cuping telinga kiri, alami sejak lahir
Menerusi hantaran itu, Haryani minta orang ramai dapat menyokong dan sudi membeli hasil jualannya itu. Mengenai keadaan Ana, Haryani yang mempunyai lapan anak berkata, telinga anaknya itu mempunyai lubang kecil tetapi tiada cuping pada telinga kiri.
“Ia membuatkan pendengaran Ana kurang jelas. Dia juga turut menghidap ‘horse shoe kidney’ apabila hanya mempunyai satu saluran menyambung kedua-dua buah pinggang.
“Berbanding mereka yang normal, terdapat dua saluran dan jika salah satu buah pinggang rosak, satu lagi boleh digunakan tetapi tidak bagi Ana yang boleh menyebabkan kedua-dua rosak jika berlaku sesuatu ke atas organ itu,” katanya.
sebahagian anak-anak Haryani
Perlu bantuan pakar dari luar negara
Ketika berkongsi kisah itu, Haryani berkata, Ana yang juga anak keenamnya mengalami masalah itu sejak lahir dan memerlukan bantuan pakar luar negara untuk mengesan punca penyakit yang dihidapinya.
Menurutnya, doktor yang merawatnya memaklumkan ujian darah perlu dijalankan dan dihantar ke luar negara untuk mengesan punca masalah ‘golden har syndrome’ itu.
Ana perlukan bantuan pakar dari luar negara untuk rawatan
“Saya diberitahu kepakaran bagi mengesan masalah itu tidak ada di negara kita, sebaliknya saya perlu menyediakan RM3,000 hanya untuk menghantar darah ke luar negara sekali gus boleh mengesan punca dia (Ana) mengalami masalah terbabit,” katanya yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan.
Sumber: Hmetro
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema banyak dialami semua golongan, terutamanya bayi dan kanak-kanak. Perkongsian ibu dan bapa ini boleh dijadikan panduan tentang caranya mengawal ekzema hingga kini semakin pulih.
Menurut bapa ini, anaknya, Saeed mengalami ekzema sejak dari usia 2 bulan kini semakin baik. Pemakanan juga menjadi perkara utama yang dikawal si ibu di mana ibunya mula mengamalkan pemakanan sihat dan tidak bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Jauhi makanan & minuman bergula. Banyakkan makan keledek dan pisang
Pisang memang bagus untuk struktur kulit. Memang nampak mengggaru tapi makin lama makin baik.
Ibunya juga berjaya menurunkan berat dengan menjaga pemakanan. Teruskan memberi susu ibu dan amal pemakanan sihat. Apa yang ibu makan akan dimasuk perut anak.
Selain itu, pasangan ini juga turut memastikan anak kecil mereka mendapat vitamin D yang cukup melalui sinaran cahaya matahari.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.