“Ayah Jangan Nangis”.. Sampai Rumah Dipeluk Anak. Isteri Pujuk Jangan Sedih, Allah Ada!

Share

Anak mana tak rindu ayahnya. Setelah ditinggalkan beberapa hari atas tuntutan untuk membantu memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan di beberapa buah negeri, akhirnya pendakwah yang disayangi ramai, Ustaz Ebit Lew kembali ke rumah untuk bersama anak dan isteri.

Melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram Ustaz Ebit Lew memaparkan anak-anaknya semua nak melepaskan rindu dan masing-masing nak minta dipeluk dan didukung dengan ayah.

Anak-anak rindu ayah

Sayu rasa hati ini melihat anak-anak merindui pelukan ayah walaupun mereka tahu ayahnya keluar untuk melaksanakan amanah Allah dan membantu orang yang memerlukan.

ARTIKEL MENARIK [30 Resipi Untuk 30 Hari Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur. Mudah Disediakan & Confirm Sedap!]

Menurut Ebit, beliau merindui anak-anak dan isterinya selain menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari mengenai kehidupan.

“Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.

“Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata.

“Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah. Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku,” katanya.

Isteri bagi kata semangat…Jangan bersedih

Tambah Ebit, beliau dipeluk isterinya dan berkata tidak perlu bersedih kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Paking Mudah Nak Sedia, Perut Tahan Sampai Berbuka!]

“Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia,” ujar isterinya.

Sumber : IG Ebit Lew

IKLAN