Kehilangan anak antara momen yang paling ditakuti oleh semua ibu bapa. Sekuat mana pun hati, bila dapat berita ini, pasti dunia akan rasa gelap seketika sebelum dapat bangkit semula menerima ketentuan ilahi.

Menerusi perkongsian seorang bapa, Bob Zackariyya, satu-satunya anak telah pergi dijemput ilahi sekelip mata kerana pada awalnya demam dan batuk. Sedih baca luahan bapa ini.

“Ayah, Mama Akan Kuat.” Demam & Batuk, Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

Kita yang membacanya pun rasa sebak. Apa yang buat kesedihan benar-benar dirasai, arwah Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan ingin mendapat rawatan lanjut.

Demam panas dan batuk berpanjangan 

Menurut bapa ini, anaknya sudah demam dan batuk sejak seminggu yang lalu. Sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.

Jelasnya, doktor meminta untuk membawa permata hati mereka sekali ke hospital pada Isnin untuk mengambil darah, namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Illahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

“Ayah, Mama Akan Kuat.” Demam & Batuk, Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

Bagaimanapun, kata ayahnya punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan darah.

“Apa yang paling terkesan sangat, pemergian Faiz buatkan rumah cukup rasa sunyi dan sudah tidak kedengaraan suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” kongsinya.

IKLAN

Faiq pergi sebagai anak Syurga

Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu ayah anak syurga ini rasa seperti sungguh lama bersamanya.

Malah bapa ini juga bersyukur, selama tempoh PKP baru-baru ini, banyak masa dapat dihabiskan bersama dengan arwah dek kerana selama ini terpaksa tinggal jauh dan PJJ. Setiap tahun minta pindah, tapi mungkin belum ada rezeki.

“Ayah, Mama Akan Kuat.” Demam & Batuk, Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.

“Ayah, Mama Akan Kuat.” Demam & Batuk, Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

IKLAN

“Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Arwah Faiq pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir ini.

“Ayah, Mama Akan Kuat.” Demam & Batuk, Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya. Walaupun kita tak mengenali mereka, tak putus-putus orang mendoakan kita Faiq,” ujar bapa ini.

Kredit: Bob Zackariyya

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

IKLAN

“Ayah, Mama Akan Kuat.” Demam & Batuk, Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI