Ajal maut semuanya rahsia Allah. Namun pemergian mengejutkan empat ahli keluarga serentak benar-benar memberi trauma buat seorang lelaki yang menjadi saksi kehilangan insan tersayang dalam kemalangan menyayat hati.

Ibu ayah, isteri dan anak meninggal 

Menerusi laporan Sinar Harian, empat sekeluarga termasuk kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut manakala kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah sekitar jam 7.45 minit pagi.

“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak

Kesemua mangsa iaitu warga emas, Ibrahim Daud, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantu mereka, Syazana Tharin, 30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, lima tahun meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Estima yang dipandu Muhammad Izwan Ibrahim, 30, dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.

Bagaimanapun, setibanya di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Crusier yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal keluar dari persimpangan secara tiba-tiba sebelum membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.

“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak

IKLAN

Dah cuba mengelak dan membrek 

Tambah beliau, Muhammad Izwan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun terlanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Dalam kejadian tersebut, Muhammad Izwan dilaporkan terselamat dan tiada sebarang kecederaan sementara anak lelakinya seorang lagi, Aniq Fahim sedang dirawat di zon merah di hospital yang sama.

Berkali-kali sebut minta maaf

Apa yang lebih menyayat hati apabila Muhammad Izwan dilihat tidak henti-henti meraung meminta maaf sambil memegang tubuh salah seorang anaknya.

IKLAN

“Nak, ayah minta maaf nak. Allahu akbar nak, ayah minta maaf. Adik, ayah minta maaf,” katanya berkali-kali”

“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak

Dalam pada itu, Arshad memaklumkan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.

“Pemandu berusia 59 tahun kemudian ditahan polis lebih kurang jam 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah,”ujar Arshad.

Kesemua jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat juga ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

IKLAN

“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak

Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis.

Kredit: Sinar Harian, Facebook NGWE HEE SEM & OMM

“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI