Sedih nya bila anak yang selama ini sentiasa ada di depan mata akhirnya kini pergi meninggalkan semua dengan mengejut akibat tersedak susu.
Kisah sedih seorang bapa yang berkongsi di Twitter ini di mana bayinya, Dewi Faleesya didapati meninggal dunia di taska akibat tersedak susu. Walau pun kehilangan anak perempuannya, bapa ini tidak menyalahkan pihak taska dan reda yang Allah lebih menyayangi puterinya itu.
MASIH BELUM PUAS JAGA DEWI, TUNGGU AYAH IBU DI SYURGA SAYANG…
PAGI DEWI SIHAT, PETANG DEWI DAN TINGGALKAN AUAH IBU SELAMA-LAMANYA
Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita ibu kepada Usahawan Kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman beliau di instagramnya bersama cucu-cucu ketika bercuti di Australia.
Bonda Rozita pernah menjadi pengasas Sendayu Tinggi sebelum diserahkan kepada anak perempuanya dan kemudian beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan Jamu Ratu Malaya dan Rumah Hutan.
Masa sy kat Australia sy perhati Kri (Aliff Syukri) didik anak-anaknya walaupun dia pelawak sewel ..dia bagus sangat dgn anak, penyayang! Dia tak mewah makan baik pakaian, anak2nya pandai kemas bilik pakai baju urus sendiri.
Tegas penting supaya mereka terdidik. Sy sembang-sembang dgn menantu ..nanti anak besar bila dia just tau serba sedia, susah dia nk survive klu biasa senang
kita nk didik..Urus diri dn sopan wajib didikan sejak kecil lg dh besar kalau dia buat cara dia kita xleh wat apa dah..setidak2nya kita dh cuba didik yg elok ikut budaya kita
Cucu berdua ni lah comel, baik sangat budak ni..macam anak patung
Sayang baem dgn yusuff ..kuat tenaga dia nak protect adiknya
Ramai yang memuji sikap Bonda Rozita melayan anak, menantu dan cucu dengan sangat baik. Ada juga yang memuji cara didikan Aliff Syukri dalam mendidik anak-anak supaya tak terlalu mewah.
Bonda doakan saya dapat anak baik mcm anak dan cucu bonda k
Alhamdulillah bagus didikan Aliff walaupun pada mata kasar kita, Aliff sangat kasar
Bila dah biasa didik dgn kesenangan dari kecil, bila dah besar tetiba nak ajar susah memang diaorang tak boleh terima
Rasanya semua ibu akan ada tempat khas simpan stok barangan dapur kan? Sama juga seperti pelakon Ozylnn yang turut mempunyai sebuah ‘bilik rahsia’ dalam rumahnya yang meletakkan semua stok tersebut.
Menerusi perkongsian Ozylnn di instagramnya, bilik rahsia itu adalah tempat menyimpan pelbagai jenis stok makanan dan juga barangan dapur.
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan, berkata, ruangan tersebut juga digunakan untuk berkongsi rezeki buat tetamu yang memerlukan barang bantuan jika betul-betul terdesak.
Katanya dalam bilik tersebut ada pelbagai jenis barang makanan dan keperluan rumah seperti beras, susu, biskut, kuih muih, tisu tandas dan pelbagai lagi untuk kegunaan seharian.
Tambah Ozlynn lagi, dalam pada itu dia menganggap ruangan bilik rahsia itu sebagai ‘syurga’ buat dirinya dan turut mendoakan kaum hawa yang menyimpan hasrat untuk memiliki bilik seperti itu agar dikurniakan rezeki lebih supaya dapat merealisasikan impian mereka itu.
Rasanya semua rumah akan ada bilik rahsia atau almari khas simpan stok barangan dapur. Sebab ada ibu-ibu yang selesa beli stok banyak, lebih-lebih lagi jika anak ramai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memuji sikap prihatin dan pemurah aktres itu yang suka berkongsi rezeki kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Sekadar info tambahan, Ozlynn telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Kredit: IG jozylnnhanania
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besar dugaan ibu ini kerana selama 9 bulan bayi dalam kandungan bersama, hanya mampu peluk erat satu jam lebih sahaja, akhirnya Allah ambil untuk jadi penghuni syurga.
Sedih hanya Allah yang tahu tapi apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya. Kisah pilu yang dikongsikan oleh Muniey Nurnasuha yang kehilangan anak keduanya akibat komplikasi jantung pergi dengan cukup mudah seolah-olah seperti sedang lena tidur.
Menurutnya, anak lelaki yang juga anak kedua menjadi penghuni syurga selepas selamat dilahirkan pada 6 November lalu. Ibu mana yang tak sedih tapi keredaan itu tetap perlu. Biarpun berpantang tanpa bayi, hati perlu kuat.
“Mama redha atas pemergian mu anak..”
“Mama hanya rindu, maafkan mama”
Bercerita lebih lanjut, Puan Muniey menjelaskan masa kandungan 5 bulan ketika buat detail scan, waktu tu doktor detect jantung berlubang. Selepas pemeriksaan terus rujuk pakar jantung di Hospital Serdang.
“Sejak itu saya sentiasa follow up dengan pakar sana. Setiap kali check up saya mengharap yang baby saya akan pulih tapi sebaliknya, doktor kesan benda lain pula. Injap bocor dan banyak masalah berkaitan jantung.
“Saya perlu kuat demi anak dalam kandungan. Sampailah usia baby 37 minggu, doktor pakar jelaskan yang baby kemungkinan akan meninggal dalam perut. Doktor nasihat supaya saya buat persediaan dari segi mental.
“Hari-hari saya berdoa agar Allah panjangkan usianya. Moga ada keajaiban untuknya. Sepanjang saya mengandungkannya dia sangat aktif, siang malam main dalam perut dan Allah nak bagi lebih masa saya bersama dia sehingga 40 minggu 3 hari,” katanya.
Sementara itu, ketika proses kelahiran, memandikan dan pengebumian anak syurga ini, semuanya sangat mudah dan berjalan lancar.
Allah mudahkan perjalanan adik. 40w3d..6/11/21 (sabtu) pukul 8 pagi mama ada rasa sakit perut dan keluar darah. Dalam pukul 10 lebih baru pergi hospital.
Pukul 4 dah masuk labour room dan pecah air ketuban. Sebelum bersalin doktor terangkan lagi masalah baby dan doktor berharap bila lahir bayi akan menangis.
Pukul 6.19pm lahirlah Mohd Affan dan sempat saya dakap dia dan dengar sedikit tangisan dari dia. Waktu tu lega dan bersyukur sangat dapat dengar tangisannya.
Sebagai ibu saya terus berharap dia sihat dan panjang umur. Namun apakan daya jam 7.40pm doktor telah sahkan yang anak saya dah dijemput Allah.
7/11/21(Ahad) mama discaj sekali uruskan adik kat forensik. Masa tu mendung sangat, macam dah nak hujan sangat. Siap kebumi adik, terus hujan, hujan rahmat. Allah mudahkan urusan kita. Mama rindu anak mama.
Walaupun diuji dengan ujian berat, Muniey turut meluahkan rasa bersyukur kerana diberi pelepasan awal oleh pihak hospital untuk menguruskan jenazah bayinya.
Dia juga turut berterima kasih kepada pihak hospital kerana memberinya peluang untuk menatap wajah serta memandikan jenazah bayinya. Dia juga turut meluahkan rasa rindu yang teramat but anaknya.
Bersyukur Allah mudahkan urusan mama, mama dapat discaj awal, dapat uruskan adik. Terima kasih pada pihak berkenaan dapat mama mandikan adik untuk kali pertama dan terakhir. Dan tatap wajah adik buat kali terakhir, mama redha sayang. Mama hanya rindu, sakitnya rindu mama ni.
Moga Puan Muniey sekeluarga terus diberi kekuatan dan ketabahan atas ujian ini dan berharap Allah akan berikan rezeki lain selepas ini. Insya-Allah!
Difahamkan, Puan Muniey dan suami dalam fasa nak pulihkan semangat anak sulung berusia 3 tahun 8 bulan, sebab dia sangat memahami pemergian adiknya.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!