Orang kata, kalau nak murah rezeki sentiasa dahulukan ibu, isteri dan anak. Sedekah pada ahli keluarga lain dan juga orang yang memerlukan. Dalam bahagian duit gaji kita, adanya hak orang lain.

“Ayah Terlalu Berkira Dengan Mak” Duit Banyak Tapi Tak Cukup Sebab Isteri Tak Reda

Lagi banyak kita memberi lagi banyak yang kita dapat. Tak rugi berhabis untu isteri dan anak-anak. Lagi murah rezeki suami. Namun ada juga segelintir suami yang kedekut dengan isteri. Senang kata terlalu berkira. Ini realiti kehidupan, ikuti perkongsian penuh.

Berkira dengan isteri

Assalamualaikum semua, terima kasih admin sudi siarkan. Mohon hide fb.

IKLAN

Saya just nak share mengenai suami yang berkira dengan isteri rezekinya takkan pernah cukup. Ini kisah mak & ayah saya usia perkahwinan mereka dah lebih 30 tahun. Kami adik beradik membesar dengan penuh kasih sayang, ayah memang sayang kami dan beri apa yang kami minta tapi dengan mak dia susah sangat nak bagi.

Bila kami makin membesar baru kami faham patutlah mak masa kami kecik dulu berniaga kuih ambil upah menjahit sambil mengasuh anak orang. Sekarang bila kami semua dah berkahwin mak & ayah makin tua tapi ayah masih sama. Isu duit tak pernah habis.

IKLAN

Simpanan mak kat ASB ayah pinjam sikit-sikit tak pernah bayar, bila mak minta ayah nafi pernah pinjam. Ayah ambil mesin air mahal size untuk pejabat tu & paksa mak saya bayar sampai habis, alasan anak-anak kasi mak duit. Masa tu tak bincang pun dengan kami tahu-tahu mesin dah sampai tapi dia bayar sebulan je. Dekat dia pun kami kasi jugak lebih dari yang mak dapat sebab ayah akan mintak banyak kali kat kami. Setiap kali mintak RM500 paling sikit😞.

Ansuran rumah mak ayah, bil api dan air semua kami anak-anak tanggung. Baru-baru ni dapat duit BPN RM1600 pertama kali ayah cakap ok bahagi 2 jadi RM800 seorang. Mak punyalah happy bagitahu kat kami sebab tak pernah nak merasa BRIM ke BSH selama ni sebab ayah memang guna sorang. Bayaran pertama 1k ayah dah pusing cerita nak byr ansuran kereta dia katanya tertunggak 2 bulan.

IKLAN

Kisah kereta ni panjang senang kata dia jual kereta lama yang dah habis bayar ambil kereta lain dan kena bayar bulan-bulan. Puas kami anak-anak nasihat jangan berhutang tapi tak nak dengar. Lepas tu dia cakap nanti RM600 masuk dia bagi mak. Last-last RM600 masuk pun dia pakai, bantuan pesara masuk pun dia diam.

Mak cerita kat kami yang dia sedih sangat. Kami pakat bagi kat mak bahagian yang patut mak dapat tu.

Semalam terbaru depan saya ayah call mak saya bising-bising pasal akaun bank dia kena potong 2 bulan ansuran mesin air (tiap bulan memang akaun ayah akan dipotong) dia kata balik nanti ganti balik duit dia RM280 tu. Masa dia balik rumah saya ada kat rumah mak, dengar dia bebel pasal penat beratur kat atm last-last duit pencen dia tinggal separuh “bankrup aku macam ni” 😢.

Alhamdulillah saya dapat suami yang tak pernah culas nafkah. Adik-adik saya semua lelaki pun sama dah berkahwin memang tak culas nafkah untuk isteri mereka. Benda ni jadi depan mata akibat berkira dengan isteri, bagilah duit setinggi gunung pun takkan pernah cukup & puas bila tiada keredhaan isteri.

Sumber: Kisah Rumah Tangga Fans

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI