Hati ibu ayah mana yang tak sedih apabila anak 4 bulan yang baru 3 hari di hantar ke taska akhirnya berada dalam keadaan koma akibat didera oleh pengasuh pusat jagaan.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek telah memukul bahagian kepala mangsa
Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa yang juga merupakan pegawai perubatan membuat laporan polis pada hari sama.
Ads
Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Dah Puas Tidur, Aysar Wildan Bangun Ya
Ads
Menjengah posting di laman sosial milik bapa bayi malang ini, Syamil Hadi meluahkan rasa sebak dan cukup kecewa dengan kejadian yang menimpa anak kesayanganya itu.
Rezeki Ramadan! Itu perasaan syukur yang terpancar di wajah pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) ini apabila menerima sebuah kereta Proton Saga BLM daripada Ebit Lew.
Pemberian ini dianggap rezeki tak terjangka setelah orang awam merakamkan aksi seorang suami yang begitu gigih menolak isteri dan anak menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat di Pulau Pinang.
Video yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian dan simpati orang ramai sehingga Ebit Lew telah tampil memberi sumbangan kereta untuk kemudahan suami isteri ini.
Menerusi perkongsian EBit Lew di facebooknya, beliau bersyukur diberi kesempatan untuk terus membantu insan yang kurang bernasib baik dalam aktiviti dakwahnya. Walaupun bulan Ramadan baru disambut beberapa hari, kebaikan yang dilakukan oleh Ebit Lew membuatkan orang ramai terus bersyukur ada lagi insan yang berjiwa besar.
“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di traffic light Bagan Dalam Penang. Pasangan suami isteri ni ada kad OKU. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka.
“Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ni. Kenal saya.
“Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadan ke-2.
“Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya,” tulis Ebit Lew.
Daripada perkongsian itu, ramai yang mengucapkan syukur dan berterima kasih pada Ebit Lew kerana begitu cepat dan prihatin membantu tanpa mengira latar belakang.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Syifa Melvin dan Safawi Rasid yang telah selamat selamat menimang seorang cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu.
Perkongsian khabar gembira itu dikongsiakan sendiri oleh Safawi menerusi Instagramnya.
Safawi turut memuat naik gambarnya ketika memangku bayi lelaki mereka yang sudah pun diberikan nama cukup indah, Saif Sulaiman.
“MasyaAllah, Tabarakallah. Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, pukul 5.28 petang,” tulisnya.
Menerusi beberapa perkongsian Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu turut meluahkan rasa syukurnya atas kelahiran bayi sulung yang dinantikan semua.
“Syukur alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Saif Sulaiman,” tulisnya yang turut memuat naik gambar suami bersama anak mereka.
Lahir 21 hari lebih awal
Malah kongsi Syifa lagi menerusi Insta Storynya, rupanya baby Saif Sulaiman yang sepatutnya dilahirkan pada Oktober nanti lahir 21 hari lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Ku sangkakan Oktober, ternyata awal 21 hari. Hujung September jugak dia nak keluar.
“Alhamdulillah for everything,” luahnya syukur dengan kelahiran bayi comel mereka.
Menjengah ke ruangan komen, media sosial kedua mereka turut dihujani dengan ucapan tahniah di atas kelahiran baby Saif Sulaiman.
Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda.
Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ gajet boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan gajet.
Kanak-kanak tak boleh lebih 2 jam
Berkongsi mengenai kesan gajet kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan gajet adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.
“Penggunaan gajet terutamanya telefon pintar dan peranti tablet dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam sehari,” katanya kepada Bernama.
Masalah rabun meningkat
Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus
“…kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak (ketika itu) masih rendah, kini statistik itu dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal. Ramai pesakit yang datang untuk rawatan penglihatan kabur mempunyai tabiat melihat skrin digital dengan lama,” jelasnya.
Mata cepat penat dan mudah pening
Tambah Dr Azura, selain myopia kanak-kanak turut terdedah dengan ketidakselesaan dan kekeringan mata (digital eye strain) akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat gajet.
“Selain itu, melihat skrin digital dengan dekat dan silau daripada skrin akan turut mengakibatkan digital eye strain. Gejala digital eye strain termasuklah mata rasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening,” katanya.
Menurutnya, American Academy of Pediatrics mengesyorkan tiada gajet bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, satu jam sehari bagi yang berumur tiga hingga lima tahun, satu sehingga satu setengah jam sehari bagi kanak-kanak enam hingga 10 tahun dan dua jam bagi kanak-kanak 11 hingga 13 tahun.
Katanya, syor tersebut boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa untuk mula mengawal waktu penggunaan anak-anak bermain gajet.
Kes yang sangat membimbangkan
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pengaruh gajet terhadap kehidupan harian kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan satu tinjauan pendapat dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gajet.
Seorang ibu, Nurul Aida Abd Razak, 35, berkata anak lelakinya Muhammad Fahmy Mohamed Fadzly, 9, mula memakai cermin mata akibat rabun jauh sejak berusia enam tahun kerana gemar melihat telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam untuk menonton kartun dan bermain permainan video.
“Kuasa kanta cermin mata anak saya kini 250 untuk kedua-dua mata…dan sekarang saya hadkan penggunaan gajet kepada dia, hanya boleh guna pada hujung minggu iaitu dalam satu hingga dua jam sehari,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar ibu bapa lain memantau dan mengawal penggunaan gajet anak mereka supaya kanak-kanak ini tidak berisiko berhadapan dengan masalah penglihatan seperti yang dihadapi anaknya.
Beri kesan negatif pada emosi dan mental anak
Sementara itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada proses perkembangan mental dan emosi mereka jika tidak ditangani dengan baik.
“Misalnya, jika tiada gajet, mereka yang agresif akan marah dan pamer tingkah laku seperti tendang pintu, hentak meja dan lain-lain manakala golongan kurang agresif akan pamerkan reaksi marah terpendam seperti merajuk, berdiam diri dan melarikan diri,” katanya.
Ketagihan gajet boleh diatasi
Mohamed Fadzil berkata, ibu bapa boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan gajet dengan mengurus secara produktif dan konstruktif iaitu mengawalnya secara tegas serta berkesan.
Tambah beliau, ketagihan kanak-kanak dengan gajet boleh diatasi secara perlahan-lahan melalui pendedahan kepada aktiviti lain misalnya melukis.
“Kanak-kanak boleh diajar dengan teknik ‘switch’ atau alih tumpuan kepada perkara lain apabila mereka mula tumpu kepada gajet. Ibu bapa perlu cekap untuk kawal dan selia anak tatkala menggunakan atau berhadapan dengan gajet,” ujarnya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!