Jika terindu-rindukan resipi ayam masak kicap ala kenduri yang selalu kita makan, apa kata kita cuba masak sendiri di rumah. Resipi ringkas perkongsian ‘air tangan’ En Zulfi Azfar ini nampak cukup menyelerakan.
Nak tahu macam mana resipinya? Jom kita cuba. Memang sedap dan padu!
Hari ni masak ayam masak kicap style kenduri. Lama tak pekena ni ada masa masuk dapur time cuti weekend aja. Hari biasa busz jaga kesihatan orang ramai. Tp saya tak tonggang kicap sampai dekat habis sebotol kicap ye. Kicap mahei.
*Sebab ramai nak resepi saya edit kat sini je. Tapi ni resepi cara kampung memang kene “agak-agak” bahan-bahan ikut citarasa masing-masing.
Bahan blend:
Bawang besar 3 – 4 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia besar ibu jari
Cili giling (ikut kepedasan masing-masing)
(Bahan blend ni kalau nak banyak sambalnya lebihkan bahan-bahan ni)
Bahan lain:
Minyak masak
Kulit kayu manis 1
Bunga lawang 4 kuntum
Bunga cengkih 6 biji
Asam jawa (kalau pes dalam setengah sudu besar. Untuk ni kene agak-agak sebab nak bagi rasa masam sikit je)
Garam
Gula
Kicap manis
Daun kari 1-2 tangkai (bagi naik bau)
Ads
Panaskan minyak kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Naik bau terus masukkan bahan blend. Masa ni boleh masukkan sekali gula. Agak-agak dalam 2-3 sudu besar. Lepas tu tumis sampai pecah minyak dengan api sederhana. Sambil-sambil kacau takut hangit.
Bila dah pecah minyak boleh masukkan asam jawa dan air sikit (air untuk cairkan asam jawa jangan banyak bebeno). Masukkan sekali garam dan gula lagi kalau tak cukup manis.
Lepas tu masukkan kicap. Tak perlu banyak nak bagi kaler dia hitam sikit je pastu bagi ada rasa kicap. Part ni den tak boleh nak menolongnya. Kena boh pastu rasa ikut tekak masing-masing.
Ads
Bila rasa semua dah ok boleh masukkan bawang hiris bulat-bulat. Masak sikit lagi bagi bawang tu hilang maung.
Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan sekali daun kari. Kecikkan api lepas tu gaul bagi dia mesra gitu. Siap! Sedap dihidangkan dengan nasi panas bersama sirap ais!
Anak tak sihat mulalah susah nak makan. Lagi-lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan. Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan/makanan yang bantu tambah selera makan, tingkatkan imun dan sebagainya.
Ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Yatie Eimra yang mungkin boleh menambat selera anak-anak yang tak sihat.
Pasta Sup Ayam
Hari pertama Fydh demam, langsung tak nak makan. Selalu kalau dia tak selera makan nasi, saya masakkan pasta/spaghetti atau bihun. Alhamdulillah saya buatkan pasta sup, dak Fydh ni makan gak akhirnya. Saya masukkan kismis dalam sup ni untuk tambah selera makan anak di samping berikan rasa masam-masam manis sikit.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Isi ayam
Kiub bone broth
Kiub sup homemade
Sedikit lada hitam
Secubit mixed herbs (optional)
Lobak merah/cauliflower/sayur pilihan
Kismis
Pasta/makeroni
Air secukupnya
Garam pink
Minyak zaitun untuk menumis
Daun sup
Cara-cara:
Tumis bahan² yang dikisar dengan sedikit minyak zaitun.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup. Masukkan air secukupnya untuk pastikan pasta masak sekata.
Lepas masak, taburkan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
* lebihkan sayur jika suka. Saya parut carrot supaya dak Fydh ni tak boleh pilih-pilih & buang masa makan tu pun cauliflower & daun sup tak boleh masuk mangkuk dia, kang kompem langsung tak nak makan.
Ayam Masak Halia
Resipi ayam masak halia biasanya ada sos tiram. Tapi since masak untuk anak tak sihat, saya tak letak sos tiram & tepung jagung (makanan proses lemahkan imun). Sesetengah resipi, kena goreng ayam dulu. Untuk versi yang lebih sihat ni ayam dibiarkan masak dari stim/wap air je. Boleh lebihkan halia (upkan imun) & lada hitam (tambah selera) jika anak dah pandai makan pedas sikit. Sebabkan tak tambah tepung, bawang perlu dikisar untuk pekatkan sikit kuahnya. Untuk sayur, saya gunakan cendawan & carrot (kurangkan mukus). Resipi ni sesuai gak tuk anak setahun++ makan dengan nasi lembik.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar & dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Ayam 3-4 ketul/isi ayam
Cendawan/carrot/sayur pilihan
Buah tomato
Air secukupnya
Garam pink, madu asli
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Bawang merah & bawang putih dikisar bersama sedikit halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tumiskan pula cendawan sehingga keluar airnya. Biarkan merenih seketika.
Masukkan ayam, lada hitam dan halia yang dihiris & air secukupnya. Tutup tudung periuk supaya ayam masak sekata.
Setelah ayam empuk masukkan carrot/tomato/sayur pilihan dan gaul sebati.
Perasakan garamnya. Biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Tambah madu untuk imbangi rasa menggantikan gula.
*tip apabila memasak cendawan dari chef – cendawan perlu dimasak lama untuk naikkan flavournya dalam masakan.
Agar-agar Sedut Nabeez Kismis
Siapa cakap orang sakit tak boleh makan dessert? Masa sakit dah tentu selera makan anak dah kurang. Tak salah pun bagi anak makan sikit dessert asalkan yang berkhasiat. Kali ni nak share agar² sedut nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang elok untuk anak demam & melegakan tekak. Agar² boleh sejukkan badan & nabeez kismis lak bertindak sebagai antibakteria & antioksidan yang membantu menentang jangkitan, redakan demam juga boleh tingkatkan selera makan.
Tempoh hari masa Fydh demam & selesema, hari ke-3 tu demam dah kebah pun. Tapi start batuk jenis chesty cough (kahak masih sikit tapi pekat sampai susah nak keluar) lak. Doc check tekak dah bengkak & luka. Sebabkan batuk dia teruk sangat, hari ke 4 tu Fydh demam balik. Selain penjagaan demam yang betul, pengambilan ubat ikut dos & masa yang ditetapkan, boleh juga berikhtiar dengan jaga pemakanan. Kali ni mak² bolehlah buat dessert lak tuk anak yang demam & tak selera makan tu.
Nabeez kismis:
1-2 sudu makan kismis
½ cawan air masak
Rendam semalaman atau paling kurang 8-12 jam pada suhu bilik (supaya khasiat dapat larut ke dalam air dengan baik).
* kalau rendam pagi, petang dah boleh guna.
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
3 biji kurma merah (kering) – optional
½ cawan nabeez kismis
Sedikit madu
Buah²an pilihan (pastikan buah yang anak makan)
Cara-cara:
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masukkan ke dalam periuk bersama kurma merah & secawan air.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan air nabeez kismis. Tambahkan sedikit madu. Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
Tambah buah²an potong sebelum hidang.
* untuk anak yang dah besar boleh sedut agar² macam tu je. Tapi untuk anak kecik, makan dengan sudu supaya tak tercekik pulak kismis tu.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
Hari ni saya buat agar² sedut perisa oren & nanas lak. Agar² oren & nanas ni tinggi vitamin C, elok untuk anak demam. Tapi kalau anak sakit tekak/tekak dah luka jangan buat perisa oren & nanas ye. Asid boleh menyebabkan keradangan pada tekak yang dah luka.
Jus oren
2 biji oren
Gunakan lemon squeezer, ambil jus dari 2 biji oren. (Jgn blend sebab nak dapatkan pulp/sari oren). Tambah sikit air untuk cukupkan setengah cawan (jika saiz oren kecil)
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
Sedikit nanas dipotong
½ cawan jus oren
Sedikit madu
Cara-cara
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masak bersama secawan air.
Campurkan agar² ke dalam air & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan nanas yang telah dipotong & jus oren tadi. Tambah madu jika suka. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
* yang saya buat ni, saya tambah sesudu sunquick sebab anak memang tak makan buah oren/minus jus oren kecuali tambah sunquick jer.
Anak dah bosan makan nasi, ada baiknya mama cuba berkreatif dengan menu roti pula supaya anak lebih kenyang. Roti sosej dengan sos istimewa ini antara yang boleh dicuba.
Resipi sosnya cukup ringkas dan sedap malah kaya dengan sayur-sayuran yang baik untuk anak kita. Nak rasa? Jom cuba resipi roti sosej dengan sos istimewa yang dikongsikan oleh Pn Zurina Zulkiflie ni. Memang awesome!
Roti Sosej Sos ala Oriental untuk minum petang. Dah lama rasa nya saya tak makan sosej. Alang-alang nak makan biarlah makan dengan roti dan sos istimewa saya buat sendiri.
Kali ni sos saya sedikit lain sebab saya lebih suka ada rasa lobak merah dan daun bawang, rasa lebih rangup. Makan roti sosej ni teringat-ingat makan dalam wayang. Huhu.
Bahan-bahan:
Sosej
Bahan untuk sos:
✓ 1 biji lobak merah dipotong dadu *nak lagi sedap, boleh tambah cendawan butang.
✓ 1 biji bawang kuning dipotong dadu
✓ 3 ulas bawang putih dicincang
✓ 1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk hancur
✓ 1 batang daun bawang dihiris halus
✓ 2 sudu besar planta
✓ 1 sudu besar tepung gandum
✓ Air – tuang sedikit demi sedikit
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ 2 sudu besar sos tiram
✓ 1 sudu besar kicap pekat
✓ Garam mengikut citarasa
Sediakan sosej. Saya lebih suka masak sosej di atas kuali sehingga hangus-hangus sikit supaya ada rasa grill gitu.
Panaskan planta sehingga cair. Api kecil ya sebab kita tak nak planta cepat hangus.
Masukkan bawang putih, bawang kuning, tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah, masak sebati.
Taburkan tepung gandum dan gaul sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.
Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam. Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.
Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata.
Siap sos istimewa saya.
Untuk roti, kita hiris dari tepi ya. Kemudian boleh letakkan sosej.
Kukus untuk dapatkan tekstur roti yang lembut. Kalau anda gunakan periuk kukus biasa, pastikan roti dialas kain ya, bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!