Keibubapaan

‘Kentut Pun Jadi Nikmat’ Ayda Jebat Curi Perhatian Netizen Lepas Dua Hari Bersalin Anak Ketiga

Share

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi keadaan terkininya selepas selamat melahirkan anak ketiga melalui pembedahan caesarean (Czer).

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai kerana kejujuran dan gaya santai Ayda yang tetap ceria walaupun baru memasuki hari kedua selepas pembedahan.

Hari Kedua Czer, Ayda Jebat Tetap Ceria & Bergaya

Menerusi kapsyen terbaharunya di Instagram, Ayda tampil lengkap berbaju hospital tetapi tetap bergaya.

“Hospital baju but make it fashioooon!” tulisnya bersahaja, memperlihatkan sisi positif dan tenang walaupun masih dalam fasa pemulihan.

Ayda turut meluahkan rasa syukur apabila sudah mampu bangun, berdiri, dan ke tandas sendiri.

“Alhamdulillah happy dapat bangun, diri, pergi toilet! Lega!” tulisnya ringkas namun penuh makna buat para ibu yang pernah melalui pengalaman sama.

“Kentut Pun Jadi Nikmat” Undang Reaksi Netizen

Namun, apa yang benar-benar mencuit hati netizen adalah pengakuan jujur Ayda mengenai satu perkara kecil yang terasa sangat besar selepas bersalin.

Malah Ayda berkongsi kapsyen yang dengan menyatakan pekara yang membuat dirinya berada legas bersalin adalah membuang angin atau ‘kentut’

“Mommies tulis 1 benda yang mommies lega dapat buat lepas beranak?

Me: kentot…”

Ayat ringkas itu mencetuskan gelak ketawa dan menjadi topik perbualan hangat di ruangan komen, terutamanya dalam kalangan ibu-ibu yang benar-benar memahami situasi tersebut.

Ramai mengakui mereka boleh ‘relate’ dan menghargai kejujuran Ayda yang berkongsi realiti pemulihan selepas bersalin tanpa tapisan.

Netizen Kagum Ayda Sudah Aktif Lepas Dua Hari Czer

Ramai netizen turut meluahkan rasa terkejut melihat Ayda Jebat kelihatan sudah mampu berjalan sendiri dan kelihatan aktif walaupun baru dua hari menjalani pembedahan caesarean.

Ada yang bertanya tips pemulihan, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri yang jauh lebih mencabar.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Hari kedua Czer saya nangis, bangun pun susah…”
“Macam mana boleh nampak kuat sangat ni Ayda?”
“Saya hari kedua masih sakit mencucuk-cucuk.”

Ramai mommies mengakui hari kedua selepas bersalin adalah antara tempoh paling mencabar, terutamanya apabila kesan bius mula hilang sepenuhnya.

Kentut Tanda Sistem Pencernaan Mula Berfungsi

Menariknya, terdapat juga netizen yang berkongsi fakta perubatan secara santai di ruangan komen.

Menurut mereka, kentut selepas pembedahan caesarean merupakan tanda sistem pencernaan sudah mula berfungsi semula, dan ia antara petanda penting sebelum doktor membenarkan ibu untuk discaj.

“Kalau dah kentut, maknanya usus dah jalan. Biasanya doktor boleh bagi discharge,” tulis seorang netizen.

Walaupun kedengaran lucu, hakikatnya perkara kecil ini memang sangat bermakna buat ibu yang baru melalui pembedahan besar.

Kejujuran Ayda Buat Ramai Ibu Rasa Difahami

Keberanian Ayda Jebat berkongsi pengalaman sebenar tanpa ‘filter kesempurnaan’ menjadikan dirinya semakin dekat di hati para ibu.

Tiada drama dan tiada lakonan  hanya seorang ibu yang jujur meraikan proses pemulihan diri sendiri.

Dalam dunia media sosial yang sering memaparkan sisi indah semata-mata, perkongsian ini menjadi peringatan bahawa bersalin bukan sekadar tentang bayi, tetapi juga tentang tubuh dan emosi seorang ibu.

Dan ya, kadang-kadang nikmat paling besar selepas bersalin hanyalah dapat bangun sendiri  dan rasa lega apabila semuanya kembali berfungsi seperti biasa.

 

Sumber: aydajebat

Published by
Nor Yusoff