
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ayda Jebat, yang telah selamat melahirkan anak ketiganya pada pagi tadi. Kehadiran cahaya mata baharu itu nyata membawa kegembiraan bukan sahaja kepada Ayda dan suami, malah turut diraikan oleh para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Ayda menerusi satu hantaran di Instagram. Ayda memuat naik sekeping foto suami bersama bayi ketiga mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
“Assalamualaikum.. Welcome to the world Anggun Mikayla. @anggunmikaylaofficial 💓
“Alhamdulillah 26.01.26 lahirnya seorang puteri yang manis. Terima kasih semua yang mendoakan. Sayang semua,” tulisnya di kapsyen.
Walaupun hanya satu gambar ringkas, momen tersebut sudah cukup untuk membuatkan ramai berasa sebak dan terharu. Ramai peminat meluahkan rasa syukur dan gembira melihat Ayda Jebat lahir anak ketiga dengan selamat, sekali gus mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai ialah nama indah yang diberikan kepada bayi perempuan tersebut. Bayi ketiga Ayda Jebat itu dinamakan Anggun Mikayla, satu nama yang kedengaran begitu lembut, manis dan penuh makna.
Nama Anggun Mikayla seolah-olah menggambarkan kehadiran si kecil yang membawa ketenangan, kebahagiaan serta sinar baharu dalam rumah tangga pasangan selebriti itu. Tidak hairanlah ramai peminat memuji pilihan nama tersebut yang dianggap unik dan sedap didengar.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik. Ada yang mendoakan kesihatan Ayda sepanjang tempoh berpantang, dan tidak kurang juga yang mendoakan agar Anggun Mikayla membesar dengan sihat dan sempurna.
Kehadiran anak ketiga ini jelas menambahkan lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga kecil Ayda. Ramai peminat turut meluahkan rasa gembira melihat perjalanan hidup Ayda Jebat yang kini semakin lengkap sebagai seorang isteri dan ibu.