Sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya tidak berkenan dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang Puan Amirah bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur ‘tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit.’
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first momen dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya.
Setelah melahirkan anak kedua Mei lalu, pelakon, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi kepada umum pengalaman bersalin anak perempuannya, Nur Aria Mikayla.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Elfira di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa tip yang dipraktikkan untuk melahirkan anak dengan lebih mudah dan apa perlu dilakukan saat menghadapi rasa sakit bersalin dengan tenang.
“Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife Puan Sharifah. Daripada video ini, korang boleh dengar sendiri cara Midwife El terangkan apa yang perlu buat sebelum push.
@elfiraloynurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah♬ original sound – Elfira Loy
“El ingin kongsi juga untuk kelahiran kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, kontraksi ada tapi bukaan lambat,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, Elfira yang kini berusia 29 tahun itu turut menyatakan pengambilan dos epidural sangat membantu dalam proses melahirkan anak keduanya itu berbanding melahirkan anak pertama.
Katanya, proses untuk melahirkan menjadi lebih mudah dan boleh menjangkakan saat yang sesuai untuk menolak bayi keluar dengan menggunakan teknik yang betul.
“El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2 cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6 cm, El dah kurangkan dos untuk epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih resah dan macam tak boleh bernafas.
“Sebab itu la, El dah boleh rasa kontraksi dan mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh agak bila nak push dan sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan kebas.
“Dalam klip ini, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan ‘kalau muka buruk salahlah teran tu’. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum, cuma kawal je,” ujarnya lagi.
“Tenang je El walaupun sakit..”
Sementara itu, diruangan komen, rata-ratanya memuji El yang begitu tenang sekali saat nak melahirkan bayi. Tiada pun bunyi suara yang kuat dan semuanya begitu lancar sekali.
“Hebatnya, bersalin pun tenang.”
“Weh dia tengah training atau memang dalam labor room tu.Tenang and relaks betul cara dia. Nak semangat macam tu juga!”
“Apa rahsia dia boleh tenang je eh? Kalau aku tu, dah bising satu wad dengan suara aku je.”
Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka juga turut mempunyai seorang anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.
Pastinya ibu yang sedang hamil dan menunggu hari bersalin bersyukur, kerajaan telah membenarkan suami atau waris terdekat menemani ketika proses kelahiran.
Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini kerana memahami ramai ibu yang bakal bersalin memerlukan sokongan dan kes Covid-19 dalam negara sekarang dilihat terkawal.
KEMUDAHAN SUAMI ATAU WARIS KELUARGA TERDEKAT MENEMANI ISTERI SEMASA PROSES KELAHIRAN DI WAD BERSALIN HOSPITAL KKM
Untuk makluman, semua hospital KKM merupakan Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital). Melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat untuk menemani isteri semasa proses kelahiran.
Ini adalah kerana proses kelahiran memerlukan sokongan yang kuat dari aspek emosi dan fizikal. Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.
Semasa peningkatan jangkitan COVID-19, pihak hospital berusaha untuk mengurangkan kesesakan di premis-premis kesihatan KKM. Salah satu daripada langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan suami masuk ke bilik bersalin. Tujuan utama adalah bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kumpulan ibu hamil dan kanak-kanak.
Berkuatkuasa 4 Oktober
Berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 dalam negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, sukacita dimaklumkan berkuatkuasa 4 Oktober 2021, KKM membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu;
(i) Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap COVID-19 iaitu; • 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca; atau • 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson. (ii) Suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag; ATAU (iii) Suami atau ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.
Selain itu, para suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani para ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil ini. Ini kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.
KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini.
Surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif ini telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober 2021. Ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.