Walaupun drama Pujaan Hati Kanda sudah pun tamat siarannya, namun aura selebriti cilik ini sentiasa melekat di hati semua. Malah pertama kali melihat wajah Ayden Mikael Mohamad, hati sudah tercuit melihat kecomelannya. Apa lagi melihat setiap keletahnya ketika sesi penggambaran penghias kulit Majalah Pa&Ma.

Ayden tegap di kerusi yang disediakan buatnya sambil tangannya pantas mencapai daun-daun hiasan. Rupanya si kecil ini cukup sukakan alam malah cukup lasak ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Ayden Mikael Makin Lasak, Tak Suka Duduk Di Rumah Lama-Lama, Sukakan Aktiviti Outdoor!

Sukakan Outdoor Activity


Bukan hanya ketika shooting sahaja, Ayden sememangnya bayi yang cukup mudah dijaga. Malah menurut ibunya, ketika demam atau adakalanya dia sakit perut, dia tidak pernah merengek lama dan menangis.

Ayden Mikael Makin Lasak, Tak Suka Duduk Di Rumah Lama-Lama, Sukakan Aktiviti Outdoor!
Foto: @aydenmikael_mz

Paling menarik Ayden sebenarnya berjiwa lembut. Pantang sahaja diperdengarkan lagu sedih seperti lagu nasyid yang sayu, dia akan terus sedih dan menangis.

IKLAN

Namun dalam jiwanya yang lembut, Ayden sebenarnya anak yang cukup kental malah sangat aktif ketika berada di luar rumah.

“ Saya boleh katakan Ayden sememangnya sukakan aktiviti outdoor dan belajar dari nature disekelilingnya. Kalau berada di rumah lama dan duduk dalam satu tempat pada tempoh yang lama, dia mudah bosan dan tidak selesa. Mulalah dia merengek-rengek. Bila keluar rumah sahaja, dia cukup happy.

Ayden Mikael Makin Lasak, Tak Suka Duduk Di Rumah Lama-Lama, Sukakan Aktiviti Outdoor!
Foto: @aydenmikael_mz

Mungkin terkenan dengan aktiviti saya ketika mengandung yang terlalu aktif setiap hari. Saya memang pantang duduk di rumah, ada sahaja aktiviti yang saya lakukan termasuklah membawa Uber.

IKLAN

Sejak kecil lagi saya sudah biasakan Ayden dengan dunia luar. Saya bawa dia mandi kolam, bermain pasir di pantai dan mandi laut dan dia langsung tidak takut malah cukup suka. Malah dengan binatang seperti arnab dan kucing pun dia cukup suka.

Ayden Mikael Makin Lasak, Tak Suka Duduk Di Rumah Lama-Lama, Sukakan Aktiviti Outdoor!
Foto: @aydenmikael_mz

Pada saya kita kena cari minat anak dan macam Ayden sendiri saya nampak dia cenderung pada aktiviti luar. Bila bawa berjalan dia memang tak pernah meragam dan suka perhatikan benda-benda disekelilingnya.

Setiap kali dia mula serasi dengan satu-satu tempat dia akan pandang sekeliling dan mula biasakan diri. Dari situlah saya tahu dia sememangnya lebih fokus dan sukakan dengan permandangan sekeliling berbanding di rumah.

IKLAN

Ada ibu bapa yang rasa takut terdedah dengan pelbagai jenis penyakit di luar tapi pada saya kita kena ada ilmu dan pastikan anak dilindungi dengan pelindung seperti sanitizer dan pencuci antibakteria. Jadi saya rasa ia bukan halangan,” katanya yakin dan seronok memperkenalkan benda baru pada Ayden.

Ayden Mikael Makin Lasak, Tak Suka Duduk Di Rumah Lama-Lama, Sukakan Aktiviti Outdoor!
Foto: @aydenmikael_mz

Baru mencecah usia 9 bulan, Ayden membesar dengan sihat seperti bayi-bayi lain. Bukan hanya pandai ketawa ketika diagah bahkan si comel yang memiliki kulit putih melepak dan alis yang cukup lentik ini sudahpun pandai memaut untuk berdiri.

Ayden juga sudah memiliki dua batang gigi sebagai penyeri tawanya. Kata ibunya lagi, Ayden cukup sukakan buah oren dan paling teruja jika diberikan padanya.

Kredit: @aydenmikael_mz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI