Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan 16 Februari lalu berkongsi rasa gembira atas kelahiran anaknya.
Bergelar bapa kali kedua selepas 16 tahun tiada anak kecil, Angah bersyukur semuanya selamat dan dipermudahkan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Angah berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
“Assalamualaikum Aunties and Uncles! Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan di permudahkan, baby A selamat di lahirkan pada 16/02/2019.
“Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan, yang bagi kata-kata semangat, petua nasihat dan kepada pihak-pihak yang berbesar hati sponser baby A.
Ads
“Have a good day everyone,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Angah dan isterinya, Amira Asyura Abd Razak, serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.
Ads
Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Kelahiran seorang bayi adalah anugerah yang tidak ternilai. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, terdapat tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan oleh si bapa, iaitu menguruskan uri bayi dengan cara yang betul dan mengikut panduan Islam.
Uri, atau plasenta, adalah organ yang menghubungkan bayi dengan ibu semasa dalam kandungan dan perlu diuruskan dengan penuh penghormatan selepas kelahiran.
Berkongsi rasa tanggungjawab, Pa&Ma memberikan panduan khususnya untuk bapa dalam menguruskan uri sebaik ibu melahirkan anaknya. Ikuti panduan yang dikongsikan oleh En Yusof, dari Tungbayee dalam menguruskan uri bayi serta langkah-langkah mudah untuk membersihkannya dengan cara yang selamat dan bersih.
Langkah-Langkah Menguruskan Uri Bayi
1. Persediaan awal
Sebelum memulakan proses mencuci uri, pastikan anda menyediakan peralatan berikut:
– Sarung tangan getah
– Besen bersih
– Garam kasar
– Asam jawa
– Asam keping
– Kain putih atau kain mudah reput
– Apron (jika perlu)
2. Mencuci uri
– Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
– Letakkan uri ke dalam besen dan bilas dengan air bersih untuk menghilangkan darah yang melekat.
– Taburkan garam kasar dan lumurkan asam jawa ke seluruh permukaan uri. Ini membantu menghilangkan bau hanyir darah. Jika perlu, tambahkan asam keeping.
– Gosok perlahan-lahan sehingga uri bersih sepenuhnya.
3. Mengeringkan dan membungkus uri
– Setelah uri bersih, keringkan menggunakan kain bersih atau tisu.
– Bungkus uri dengan kain putih atau kain mudah reput yang telah disediakan.
– Pastikan bungkusan diikat dengan kemas untuk mengelakkan sebarang kebocoran semasa proses penanaman.
4. Menanam uri
– Gali lubang sedalam sekurang-kurangnya 1.5 kaki di kawasan yang selamat dan jauh dari gangguan haiwan liar.
– Letakkan bungkusan uri ke dalam lubang dan timbus dengan tanah sehingga padat.
– Sebagai langkah tambahan, letakkan batu besar atau penanda di atas tempat uri ditanam untuk mengelakkan ia digali oleh haiwan.
Hukum dan adab menguruskan uri
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menanam uri adalah sunat. Uri dianggap suci dan tidak boleh dibakar atau dibuang sewenang-wenangnya.
Menguruskan uri bayi adalah tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap bapa dengan penuh kesedaran dan penghormatan. Dengan mengikuti panduan yang betul, kita bukan sahaja menjaga kebersihan dan keselamatan, tetapi juga menghormati anugerah kehidupan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Untuk panduan visual yang lebih terperinci, anda boleh merujuk video Pa&Ma berikut:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah hati dibuatnya bila anak mengadu sembelit setiap hari. Puas minta anak minum air pada kuantiti yang banyak dan buah-buahan yang tinggi serat tapi anak masih tak boleh ‘membuang’ dengan baik. Apa nak buat?
Bagi memastikan ibu bapa faham dan menangani masalah anak sembelit, Dr Mazliana Mazlan senaraikan beberapa jenis makanan yang mempunyai kelebihannya untuk cegah sembelit daripada terus berulang.
Kerap sangat anak-anak sembelit, kalau tak cukup ambil makanan tinggi serat. 9 jenis makanan dalam gambar, wajib ada kat rumah korang kalau anak asyik sembelit tau.
Banyakkan bagi anak makanan macam ni, sebab kandungan yang ada dalam setiap jenis makanan ni, mampu bantu kurangkan sembelit anak. InsyaAllah.
1. Epal
– Pectin dalam epal bantu perbaiki keseimbangan bakteria di usus, seterusnya akan mudahkan pergerakan najis di usus.
2. Pear
– Kandungan fruktosa dan sorbitol semulajadi dalam buah pear, menjadi pelawas untuk mudahkan pembuangan anak
3. Kiwi
– Kiwi ada enzim actinidin main peranan dalam pergerakan usus supaya najis anak lawas dengan baik.
4. Buah tin
– Ada kandungan enzim ficin, yang beri kesan baik pada usus untuk lancarkan pembuangan.
5. Buahan citrus
– Serat pektin dan antioksida naringerin dalam buahan citrus, bantu untuk pejalanan usus yang baik dan elakkan sembelit berpanjangan pada anak.
6. Bayam dan sayuran hijau
– Sayur macam ni tinggi dengan serat mudah larut yang penting untuk najis yang lembut.
7. Brokoli
– Pertambahan berat pada najis bila anak makan brokoli, akan mudah dan lancarkan pembuangan anak.
8. Kacang peas
– Jenis kekacang macam ni, tinggi dengan serat mudah larut. Mampu elakkan anak sembelit jika diambil dengan lebih kerap.
9. Ubi keledek
– Keledek ada serat cellulose, lignin dan pectin, untuk bantu pergerakan keluar najis di usus dengan lebih baik.
10. Flaxseed
– Flaxseed serap air seakan span di usus, yang mana akan bantu untuk lembutkan najis. Cuba masukkan dalam makanan anak, makan dengan yogurt pun sedap.
Korang boleh cuba ya. Kita ikhtiar, taknak anak berpanjangan sangat sembelit. Masalah ramai ibu ayah yang saya selalu jumpa di klinik.
Bila sembelit, najis tak keluar, badan tinggi dengan toksin. Anak akan mudah jatuh sakit.
Paling kurang, pastikan sekali sehari anak membuang. Banyakkan 10 jenis makanan ni di rumah.
Tinggalkan makanan proses ya. Kita cuba sama-sama ok.
Ramai ibu mengeluh bila tiba-tiba disahkan hamil walaupun setia menelan pil perancang setiap hari. “Eh, macam mana boleh jadi ni?!”
Soalan yang sering jadi misteri bagi ramai wanita. Sebenarnya, kesuburan wanita boleh kembali dalam tempoh tertentu selepas berhenti mengambil kaedah perancang, bergantung pada jenis yang digunakan.
Setiap kaedah perancang kehamilan bekerja dengan cara berbeza. Jadi, waktu kembali subur selepas berhenti perancang juga tidak sama. Jom lihat satu per satu!
Kaedah seperti kondom lelaki atau wanita, spermicide atau diafragma tidak mengandungi hormon. Ia hanya menghalang sperma daripada sampai ke ovum.
Bila berhenti menggunakannya, kesuburan akan kembali serta-merta! Maksudnya, jika bersama tanpa perlindungan selepas itu, kehamilan boleh berlaku bila-bila masa.
Selain mencegah kehamilan, kaedah ini juga membantu melindungi daripada jangkitan seksual yang boleh menjejaskan kesuburan jangka panjang.
Kaedah ini mengandungi hormon estrogen dan progestin untuk menghalang ovulasi. Bila anda berhenti mengambilnya, badan akan ambil sedikit masa untuk kembali ke kitaran semula jadi.
Biasanya, kesuburan kembali dalam 1 hingga 3 bulan selepas berhenti. Namun, ada juga wanita yang hanya berjaya hamil selepas 6 hingga 12 bulan. Namun, bergantung pada hormon masing-masing.
Kajian menunjukkan separuh daripada wanita yang berhenti mengambil pil perancang gabungan boleh hamil dalam tempoh 3 bulan pertama selepas berhenti.
Terdapat dua jenis IUD:
Bila IUD dikeluarkan oleh doktor, kesuburan wanita biasanya kembali dalam masa sebulan sahaja. Malah, ada yang berjaya hamil selepas haid pertama datang semula.
⚠️ Penting: Jangan keluarkan IUD sendiri di rumah! Prosedur ini mesti dilakukan oleh pakar.
Implan kecil ini dilekatkan di bawah kulit dan melepaskan hormon progestin selama 3 tahun untuk mencegah kehamilan.
Selepas implan dibuang, kesuburan boleh kembali seawal 1 bulan! Jadi, sama ada anda guna sekejap atau lama, masa untuk kembali subur tetap sama.
Inilah kaedah yang paling lama mengambil masa untuk kembali subur selepas berhenti perancang. Depo Provera diberikan setiap 3 bulan, tetapi hormon suntikan ini kekal lama dalam badan.
Walaupun berhenti, hormon masih aktif dalam otot untuk beberapa bulan. Biasanya, wanita akan ambil masa 9 bulan hingga 1 tahun untuk kembali subur sepenuhnya.
Jadi, jika anda merancang untuk hamil, doktor biasanya akan cadangkan berhenti suntikan setahun lebih awal.
Kembali subur selepas berhenti perancang tidak semestinya bermaksud anda akan terus hamil. Ramai wanita ambil masa antara 1 hingga 12 bulan untuk mengandung semula.
Kenapa? Sebab faktor lain seperti umur, tahap kesihatan, berat badan, gaya hidup dan tekanan juga memainkan peranan besar terhadap kesuburan.
“Jangan panik kalau belum hamil selepas berhenti perancang. Tubuh sedang sesuaikan semula hormon semula jadi. Yang penting, jaga pemakanan, elak stres dan kekalkan berat badan ideal,” – Dr. Farah Ain, Pakar Obstetrik & Ginekologi.
Setiap wanita berbeza. Fahami tubuh anda dan berikan masa untuk hormon kembali stabil. Dengan pengetahuan tentang kembali subur selepas berhenti perancang, anda boleh merancang kehamilan dengan lebih yakin dan sihat.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.