Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di Central i-City, Shah Alam, pada 28 September 2025 yang lalu.

Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu bapa membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Baby Merangkak Race adalah inisiatif Pa&Ma bersama Simpan SSPN untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan membuat simpanan demi masa depan pendidikan anak-anak

Dengan tagline Jadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN untuk masa depan pendidikan anak-anak.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan.

Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut ialah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, En. Shahir Rahim Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta sekali lagi tahun ini menampilkan Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Emy Haznida, Editor Pa&Ma sebagai emcee Baby Merangkak Race 2025.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Bell Ngasri sekali lagi menjadi emcee untuk Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN tahun ini bersama Emy Haznida

Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!

Ads

Suasana riuh-rendah apabila pertandingan Baby Merangkak Race bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.

Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam (6) hingga tiga belas (13) bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Antara peserta yang mendaftar untuk Baby Merangkak Race tahun ini

Gelagat Lucu Peserta Raih Perhatian Ramai

Dengan tema Jungle Adventure, kesemua peserta tampil comel dengan pakaian ala renjer hutan dan haiwan. Lebih meriah apabila pertandingan bayi merangkak bermula, bayi-bayi comel ini  merangkak mengikut kumpulan masing-masing tetapi tak kurang juga ada yang hanya menangis atau tidak bergerak di garisan pelepasan dan ada juga yang tertidur. Sungguh lucu dan menghiburkan aksi mereka.

Ads
Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Ibu ayah berusaha ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka
Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Antara gelagat para peserta sepanjang berlangsungnya Baby Merangkak Race

Baby Merangkak Race terbahagi kepada 10 pusingan ‘kalah mati’ dan seramai 10 orang bayi akan merangkak pada satu masa. Bayi pertama yang menyentuh reben ketika pusingan mereka terpilih sebagai peserta akhir.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Foto candid bayi yang menyertai pertandingan tahun ini

Seramai 10 bayi dibawa ke pusingan akhir dan pada ketika inilah catatan masa diambil bagi menentukan Juara, Naib Juara, Pemenang Tempat Ketiga serta dua pemenang Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Merangkak WOW!

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Debaran para peserta sebelum pertandingan bermula

Tahniah Kepada Para Pemenang

Ads

Sebelum pengumuman pemenang dibuat, Pa&Ma turut mengadakan slot Cabutan Istimewa dan seramai lima ibu bapa telah membawa pulang hamper.

Pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2025 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Zayn Zaquan, Bayi Naib Juara, Tengku Muhammad Seth Ibrahim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Aisy Hamzah, manakala dua Bayi Saguhati adalah Muhammad Aisy Uqayl dan Arralyn Laya Marissa. Bagi anugerah khas Baby Merangkak WOW! pula menjadi milik Ayleen Aleera.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Bayi Juara – Zayn Zaquan

Bayi Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, piala, hamper istimewa serta sebuah stroller manakala Bayi Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, piala, hamper istimewa serta sebuah stroller. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, piala, hamper istimewa serta sebuah stroller.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Bayi Naib Juara – Tengku Muhammad Seth Ibrahim
Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Bayi Tempat Ketiga – Muhammad Aisy Hamzah

Untuk dua Bayi Saguhati membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50, piala, hamper istimewa dan barangan bayi setiap seorang. Penerima anugerah Baby Merangkak WOW! Juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, piala, hamper istimewa beserta high chair untuk bayi.

Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Bayi Saguhati 1- Muhammad Aisy Uqayl
Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Bayi Saguhati 2- Arralyn Laya Marissa
Baby Merangkak Race 2025 Gamat, 100 Bayi Berentap Merebut Gelaran Juara
Baby Merangkak WOW! – Ayleen Aleera

Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2025. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan daripada ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads