
Acara yang ditunggu-tunggu ibu bapa, Baby Merangkak Race 2025 (BMR 2025) kini kembali dengan konsep lebih meriah dan unik! Tahun ini, perlumbaan si comel bakal berlangsung pada 28 September 2025 di Central i-City bersempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025. Dengan tema Jungle Adventure, suasana perlumbaan dijanjikan penuh warna-warni, menyeronokkan dan pastinya akan mencuit hati para penonton.
100 Bayi Comel Bakal Berentap
Sebanyak 100 bayi berusia 6 hingga 13 bulan bakal menyertai perlumbaan istimewa ini. Setiap langkah merangkak mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi memori indah buat ibu bapa yang hadir memberi sokongan. Gelagat polos bayi yang cuba mencapai garisan penamat pasti akan membuatkan suasana riuh dengan sorakan dan gelak tawa.
Banyak Hadiah Menarik Menanti!
Selain pengalaman berharga, para pemenang juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000. Malah, semua peserta akan menerima goodies istimewa daripada Simpan SSPN dan Pa&Ma, menjadikan penyertaan ini lebih bermakna.
Menariknya, dengan hanya RM30, setiap peserta akan diberi pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM30 sebagai langkah awal menyemai tabiat menabung untuk pendidikan masa depan mereka.
Hadiah yang ditawarkan untuk Juara adalah RM300 yang dikreditkan ke dalam akaun, barangan Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma manakala Naib Juara pula akan memenangi RM200 yang dikreditkan ke dalam akaun, barangan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Bagi pemenang tempat ketiga juga akan membawa pulang hadiah yang sama beserta wang tunai RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN. Untuk dua pemenang saguhati pula akan menerima RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun barangan Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Juga terdapat anugerah Baby Merangkak WOW! yang bakal membawa pulang RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun, barangan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Aktiviti Keluarga Penuh Warna
Bukan sekadar perlumbaan, acara ini turut menjadi medan pertemuan ibu bapa untuk berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak. Dengan tema Jungle Adventure, pasti penampilan para peserta comel-comel dengan pakaian berkonsepkan renjer atau haiwan di hutan.
Penganjuran BMR 2025 ini bukan hanya sekadar aktiviti menyeronokkan, malah memberi pendedahan awal kepada ibu bapa tentang pentingnya menyimpan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Jangan Lepaskan Peluang!
BMR 2025 bukan sekadar pertandingan biasa namun menjadi simbol kasih sayang keluarga, gelagat polos bayi yang mencuit hati dan usaha membina masa depan lebih cerah melalui tabiat menyimpan demi masa depan pendidikan anak-anak. Jadi, jangan lepaskan peluang menyertai dan menyaksikan acara penuh meriah ini di Central i-City pada 28 September 2025 dan nantikan siapakah yang bakal menjadi Juara Baby Merangkak Race 2025!