“Baby Nangis Dia Senyum Je.” Kisah Seorang Bapa Penyayang Ini Buat Ramai Tersentuh

Share

Kasih seorang bapa kepada anak, sanggup lakukan apa sahaja. Perkongsian ibu ini tentang seorang ayah membuatkan ramai tersentuh hati.

Tugas membawa anak mendapatkan pemeriksaan kesihatan lazimnya dilakukan oleh ibu, jarang sekali kaum bapa melakukannya. Memang ada bapa yang turut serta membawa anak ke klinik tetapi selalunya hanya menemani bersama isteri.

Namun, apa yang ibu ini ceritakan pula sebaliknya. Dia telah menyaksikannya sendiri bagaimana seorang bapa yang membawa anak ke untuk pemeriksaan kesihatan di klinik. Paling respek, bapa ini sangat cool dan sangat penyayang kepada bayinya.

Bapa itu membawa anaknya berusia 3 bulan. Belajar menggunakan penimbang untuk menimbang bayinya. Walau pun tidak tahu tidak menggunakannya tetap belajar.

Rupa-rupanya sudah sediakan lengkap semua kelengkapan bayi dalam beg. Bayi menangis tapi bapa berkenaan senyum je.

Allahu penyabar lelaki ini. Bukan semua lelaki boleh uruskan anak kecil seorang. Sungguh kasih sayang seorang ayah itu terserlah. Tabiklah sebab tak pegang handphone seperti kebanyakan parents nowadays.

Respect betul dengan bapa ini, boleh urus sendiri bayi kecil dengan tenang, bermanis muka & senyum. 

Hargailah suami yang tidak lupa membantu dalam menguruskan anak dan rumah tangga. Setiap suami ada kelebihannya. 

Kebanyakan ibu-ibu memberikan reaksi positif kepada perkongsian ibu ini dengan menghargai kaum bapa. Tidak kurang juga yang tersentuh hati.

Sumber: Ayu Narisyah

IKLAN