Siapa tidak kenal dengan pemilik nama, Dian Pelangi, perancang busana muslim dan designer yang cukup dikenali di Indonesia. Wanita cantik ini kini sudah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak pertamanya pada 16 Ogos lalu.
Dian selamat melahirkan puteri sulungnya di RS Brawijaya, Ahad, 16 Agustus 2020. Buah hati cintanya dengan Sandy Nasution ini memberikan nama dengan panggilan Rumi buat puteri kesayangan mereka. Indah sekali.
Dian berkongsi berita gembira itu melalui akaun instagramnya yang menerima jutaan tahniah daripada seluruh peminatnya, baik di Indonesia dan juga Malaysia. Katanya inilah kurniaan terindahnya bersama suami sambil mengucapkan rasa syukur kerana telah dipermudahkan kelahirannya.
“Hadza min Fadhly Rabbi — This is by the grace of my Allah. Alhamdulillah.. Assalamu’alaikum world, Please say salaam to baby Rumi,” tulisnya berkongsi.
Sebelumnya, Dian turut memuat naik dua keping gambarnya saat menghadapi detik getir kelahiran bayi Rumi.
“16 Agustus 2020, 6.30 am, saat ketuban pecah dan pembukaan dimulai. Alhamdulillah sampai RS tepat waktu,” ujarnya.
Suaminya, Sandy Nasution menjadi peneman setianya sepanjang detik indah ini. Malah turut berkongsi beberapa keping gambar menemani sepanjang detik menghadapi kelahiran di comel mereka.
Ads
“Assalamualaikum, dunia. Tolong beri salam untuk baby Rumi. Dia lahir pada 16 Agustus 2020 pada pukul 14.19. Alhamdulillah ibu dan anak insyaAllah sehat. Mohon doanya selalu. #Alhamdulillah #Imafather,” tulisnya.
Rumi secantik ibunya
Benar bayi comel ini cukup menenangkan. Sungguh Rumi secantik ibunya, malah menyenangkan sesiapa yang melihat wajahnya. Comel sekali. Kulitnya putih gebu serta kemerah-merahan. Ditambah dengan bibirnya yang kemerah-merahan. Cute!
Ads
Semoga anak ini terus menjadi permata hati dan menyinari hari-hari indah ibu dan ayahnya.
Dian tidak henti-henti menerima ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya di instagram. Juga tidak ketinggalan ucapan daripada beberapa selebriti baik di Malaysia mahupun di Indonesia.
Tahniah!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercerita mengenai anak, bukan soal makan dan sakit anak sahaja ibu bapa perlu titik beratkan. Gigi juga amanah Allah yang perlu dijaga oleh kita. Anak tak pernah tahu mengenai giginya, kita sebagai ibu bapalah yang bertindak menjaga dan memegang tanggungjawab ini.
Perkongsian bapa yang juga seorang doktor gigi ini boleh dijadikan panduan buat semua. Satu kesilapan besar kerana terlepas pandang untuk menjaga gigi anak sulongnya, Umar dan kini, Dr Abdul Rahman Fauzi daripada Klinik Pergigian Al-Huda Balok ini menebus kegagalannya buat anak keduanya, Hanan. Jadikan tip yang dikongsikan beliau sebagai panduan kita dalam menjaga gigi si comel kita.
JANGAN BIAR ANAK TERDERA KERANA GIGI!
Ini gambar anak sulung saya Umar dan adiknya Hanan. Apa yang berbeza tentang dua² anak saya ini? Muka? Kening? Hidung? Rambut? Mata? Jawapannya terang lagi bersuluh! Gigi! ?
Gigi Hanan adalah manifestasi usaha saya menebus semula kesilapan saya semasa membesarkan Umar. Sewaktu Umar lahir, saya masih belajar dalam tahun 3 ijazah. Isteri pun sama. Kehidupan kami sangat sibuk dengan pelajaran dan tidak dapat menumpukan perhatian pada penjagaan makanan dan gigi Umar.
Kesannya, pada usia setahun lebih, gigi depan Umar mula menjadi warna coklat kekuningan dan rapuh. Sedikit demi sedikit gigi mereput dan patah. Dan beberapa kali juga bengkak bernanah kerana dah agak teruk. Akhirnya selepas Umar dah masuk 5 tahun, gigi susu pertamanya telah dicabut.
Dan masuk 6 tahun, semua gigi susu kacip atas terpaksa dicabut kerana sudah bernanah. Walaupun Umar nampak tak kisah, tapi nampak kesukarannya untuk makan dan bercakap. Dan saya berdoa moga kawan-kawannya di sekolah tidak mengejeknya kerana tiada gigi. Kesian. Disebabkan kecuaian saya, gigi susunya terpaksa dicabut lebih awal daripada waktu sepatutnya. Saya bernasib baik kerana gigi belakang dan gigi bawah lain tidak ada yang rosak.
Apabila Hanan lahir, sudah tentu antara azam saya untuk jaga giginya sebaik mungkin. Lebih² lagi saya sudah bekerja sebagai doktor gigi. Urusan penjagaan gigi anak², saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya tidak harapkan isteri saya untuk buat. Kerana bagi saya, kalau tak jaga gigi anak, adalah seperti menzalimi anak sendiri.
Kerana kita yang beri mereka makan. Kita yang perkenalkan mereka makanan dan minuman manis. Tapi kenapa apabila bab memberus gigi, kita nak salahkan anak kita yang malas?
Anak² kita masih terlalu kecil untuk memberus gigi sendiri. Umar umur 6 tahun pun belum mampu pegang berus gigi dengan betul. Apa yang boleh kita harapkan daripada anak sekecil 2 tahun untuk jaga giginya?
Susah memang susah. Semua ibu bapa akan lalui. Umar dan Hanan, mula² nak gosok memang meraung menangis. Tapi apabila dah terbiasa, mereka akan tawarkan diri, ambil berus dan ubat gigi sendiri untuk saya berus gigi mereka. Saya tabik pada ibu bapa yang begitu konsisten menjaga gigi anak² mereka. Anda memang terbaik!
Apa tips terbaik untuk latih anak berus gigi?
1) Mulakan dari awal. Sebelum gigi tumbuh, biasakan lap gusi guna kain. Apabila gigi anak mula tumbuh, boleh bersihkan guna berus jari atau kain. Biasanya gigi susu akan mula tumbuh pada usia 6 bulan. Anak yang hanya menyusu memadai hanya dilap dengan kain. Nak berus pun biasanya saiz gigi terlalu kecil.
2) Guna berus gigi dan ubat gigi apabila mereka sudah pandai meludah. Tapi kalau keadaan gigi anak sudah ada warna coklat kekuningan(tanda² awal karies), boleh mula guna ubat gigi untuk kanak² lebih awal. Kalau risau tertelan, guna yang rendah kandungan fluorida. Jangan guna yang tiada langsung fluorida kerana ia tidak banyak membantu. Saya guna Kodomo Lion untuk Hanan dan Colgate kanak² untuk Umar. Dah habis gosok, suruh anak ludah. Kalau anak tak pandai ludah, lap sikit.
3) Berus 2 kali sehari. Semasa mereka mandi pagi sekali dan sebelum tidur. Anak saya Hanan biasa tidur dengan botol susu. Saya akan pastikan sedaya upaya untuk gosok giginya juga sebelum tidur. Kalau dia dah minum susu dulu, ambil botolnya dan gosok giginya sebelum bagi dia minum susu balik. Dan sebaiknya, apabila dah tertidur, tarik botol daripada mulutnya. Jangan bagi anak gonggong puting botol susu masa tidur kerana ia akan meningkatkan risiko karies gigi.
4) Pergi ke mana-mana, jangan lupa bawak berus dan ubat gigi. Ini kena disiplin. Kita kadang² bila balik kampung dan melancong kita tidak disiplin dengan penjagaan gigi anak². Kalau 10 orang anak, bawaklah semua 10 berus gigi tu. Kalau tertinggal, beli je baru.
5) Anak saya juga makan dan minum yang manis. Tak salah tapi kena kawal. Bagi mereka banyak air masak. Yang penting gosok gigi tu wajib.
Ada yang tanya kalau gigi anak saya dah teruk macam mana? Tak sampai 4 tahun lagi.
Tak perlu rasa down. Anggaplah semua tu kekurangan kita. Mula² bawak lah anak le klinik gigi untuk buat pemeriksaan menyeluruh. Mungkin ada yang patut dirawat. Dapatkan nasihat tentang penjagaan gigi anak kita daripada doktor gigi yang bertauliah.
Tahukah anda gigi kekal pertama akan tumbuh sekitar umur 6 tahun? Berazamlah untuk jaga gigi kekal anak kita sebaik mungkin. Ini masanya untuk betulkan balik kesilapan kita.
Yang dah rosak macam mana? Teruskan jaga seperti biasa. Kalau ada masalah, jumpa doktor segera. Rajin² lah periksa gigi anak anda sendiri.
Tengok gigi anak lengkap, bersih, tiada lubang merupakan satu anugerah tak ternilai. Mulakan dari sekarang. Biarlah gigi kita sendiri mungkin tak sempurna, tapi jangan biarkan anak kita mewarisinya.
Kerana kita mampu mengubahnya. Saya sertakan jadual pertumbuhan gigi susu, waktu gigi susu patut luruh dan jadual pertumbuhan gigi kekal untuk rujukan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Azwan Kombos menerusi perkongsian di laman instagram menjelaskan bagaimana dia kekal tenang ketika anak keduanya yang berusia 1 tahun 3 bulan jatuh dari kerusi di kediamnya.
Suami kepada pelakon, Izzaty Abdullah turut berkongsi rakaman CCTV yang ketika itu hanya ada Azwan, anak sulung serta anak kedua yang sedang menonton TV.
Ketika anak keduanya sedang memanjat kerusi, dan bermain, kerusi tersebut terjatuh dan menghempap bayi berkenaan. Namun reaksi tenang Azwan mengawal situasi ketika itu mendapat perhatian warga maya.
‘This is how i handle situation like this. Kekal tenang, jangan terus nak angkat anak, biar dia buat sendiri dulu’
‘Dengan cara tu kita boleh tahu apa yang sakit. Kalau semua nampak okay, baru la kita pujuk dia. Never panic.’
Reaksi tenang Azwan menjadi perdebatan ramai. Ada yang bersetuju dan ada juga yang meminta agar Azwan segera memeriksa tubuh badan anak sekiranya terdapat kecederaan.
mizzachoice’s profile picture Sy tak setenang awk kalo ank jtuh mcm tu mmg x tenang silap2 bapak pn kena mrh klo biarkan ank nangis mcm ni 😂 gosok la kpla ank tu dl jtuh telentang skit tu
fify_sufiana’s profile picture bg sy xde la truk sgt anak tu jth.. kita kne rilek jgn kalut,tgk mne yg ptt..kdg2 diowg nges sbb terkejut tu yg nges lalak.. kne rilek kawal keadaan..
e_lasuhaila’s profile picture Trus angkat anak cek kepala takut ada ap2 cedera atau bengkak😢
nnurainabila’s profile picture Watch out for symptoms of cerebral concussion🥺 bcs i nampak kepala dia terhentak jugak di lantai tu🥺
Disebabkan ramai yang risau dengan keadaan bayi tersebut, Azwan menjelaskan lantai di rumahnya dilapisi dengan vinyl yang agak tebal.
“Btw. Lantai tu ada vinyl yang agak tebal juga la”
Sebuah buku cerita atas talian baharu telah dihasilkan bertujuan untuk membantu kanak-kanak memahami tentang wabak COVID-19. Pengisiannya telah disusun khas dengan kerjasama lebih daripada 50 organisasi yang bekerja di sektor kemanusiaan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tabung Kanak-kanak PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian, Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Menceritakan bagaimana dengan bantuan makhluk fantasi, Ario, dalam buku cerita “Engkaulah Adiwiraku, Bagaimana anak-anak boleh melawan COVID-19!” memberi ilmu kepada kanak-kanak untuk melindungi diri mereka sendiri, keluarga dan rakan mereka dari koronavirus dan bagaimana menguruskan emosi yang sukar ketika berhadapan dengan virus ini.
Buku ini dihasilkan terutamanya untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun – adalah projek Kumpulan Rujukan Jawatankuasa Tetap Antara Badan mengenai Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial dalam Tetapan Kecemasan, kerjasama unik agensi PBB, organisasi bukan kerajaan nasional dan antarabangsa dan agensi-agensi antarabangsa yang menyediakan sokongan mental dan psikososial.
Semasa peringkat awal projek, lebih daripada 1,700 orang kanak-kanak, ibu bapa, pengasuh dan guru dari seluruh dunia berkongsi bagaimana mereka menangani wabak COVID-19. Input itu sangat berharga bagi penulis skrip dan ilustrator Helen Patuck dan pasukan projek untuk memastikan bahawa cerita dan mesejnya ‘sampai’ kepada anak-anak dari pelbagai latar belakang dan benua.
Untuk mencapai seberapa banyak kanak-kanak yang mungkin, buku ini akan diterjemahkan secara meluas, dengan enam versi bahasa yang dikeluarkan hari ini dan lebih daripada 30 yang lain dalam perancangan. Ia dikeluarkan sebagai produk dalam talian dan buku audio.
Bagus juga pada dalam tempoh PKP ini, kita berikan kesedaran kepada anak-anak untuk memahami tentang bahaya COVID-19 selain lebih menyanjungi tugas barisan frontliners yang bertugas memeranginya. Bagi ibu bapa yang berminat mengajak anak-anak anda membaca buku cerita ini dalam versi Bahasa Melayu, sila KLIK SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pola tidur bayi sering membuat ibu bapa risau apabila anak sukar tidur malam. Ketahui tempoh tidur bayi mengikut usia serta cara melatih pola tidur bayi supaya anak tidur lebih lena.