Siapa tak kenal dengan pasangan romantik, Shuib pelawak dari kumpulan Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, penyanyi terkenal dengan suaranya yang lunak. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan. Nama anak mereka cukup unik iaitu, Uwais Alqarni, Talita Zahra dan yang paling kecil Ariq Matin.
Pasangan romantik ini selalu menjadi perhatian ramai kerana sikap shuib yang romantik dan sentiasa menghargai Siti Sarah dan ibunya.
Menerusi instagram Shuibsepahtu, Shuib telah memuatnaik video kejadian tengahari di mana Sarah kelihatan sedang menghukum anak-anaknya. Nampaknya Siti Sarah lebih garang berbanding Shuib. Iyelah salah tetap dihukum.
“Kejadian ditengahari…. Daddy dgn ibu rasanya ibu lagi garang… Salah mesti dihukum..”
Hampir 400 ribu yang menonton video tersebut. Rata-rata netizen terkejut mendegar suara Siti Sarah marah anak-anak mereka. Tak sangka garang rupanya Siti Sarah.
Cara Siti Sarah menghukum anak-anak dan menyuruh mereka membaca zikir turut mendapat pujian dari netizen dan rata-rata terhibur dengan denda yang dikenankannya. Si kecil yang tak bersalah pun turut dihukum. Barulah adilkan.
Macam kita dulu-dulu kat sekolah kena denda, balik rumah pun mak denda. Takut betul tengok rotan buluh Siti Sarah.
Bagus didik anak cara lama-lama. Teringat zaman mak kita dulu garang macam ni.
Yang kecik pun faham. Well done Sarah!
Terkejut dengar suara Siti Sarah marah, mak-mak punya suara.
Ramai ibu merungut, anak usia 6 tahun masih belum dapat membaca dengan baik. Selain itu, ada lagi yang tertukar suku kata. Dah beli macam-macam buku dari yang murah sampailah yang mahal pun anak tak menunjukkan minatnya.
Jika hanya risau tapi tiada penyelesaian, ia tak akan membantu. Ibu mesti tahu teknik yang betul kerana anak-anak kita sambil bermain dia boleh serap apa yang dipelajarinya. Lagi satu jangan ambil masa yang lama untuk satu slot membaca kerana anak mudah bosan. Nak tahu bagaimana tip yang digunakan oleh Puan Azila Ghani mengajar anak membaca cepat, berikut adalah perkongsiannya.
Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca. Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada benda kita kena buat. Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Kan masuk bab tu sampai esok tak habis..
To be honest, saya ajar anak guna kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni. Tapi jangan bimbang. Kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut. Okay..saya kongsi step-by-step ya.
1) “READ ALOUD”
Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.
“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”
Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Ikut OT yang saya follow pun, tak perlu ajar abc, 123 bawah 2-3 tahun tu. Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.
2) DENGAR LAGU
Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali.
Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”. Ini link video ya kalau mommies nak tengok; https://youtu.be/-FPD_b_Zuik
Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.
3) BERMAIN DENGAN HURUF
Okay yang ni kami buat banyak aktiviti. Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.
Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.
Then, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, then anak cari. Eh, banyaklah game boleh direka.
4)PART GABUNG BUNYI
Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh. Part sini saya diy muka hello kitty tu. Letak huruf satu-satu.
/beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.
Kalau tak nak diy & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.
5) AKTIVITI SUKU KATA
Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka. Contoh ada dekat gambar. Suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.
Da-hi
Pi-pi
Da-gu
………..ka-ki
Ya..belajar dengan buku best. Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok.
Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.
6) MEMBACA DI MANA-MANA
Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?
Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.
7) JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.
Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak. Selalu peluk & puji.
Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain. Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca.
Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya. Terima kasih sudi baca sampai habis.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa bersalah bila kita garang dengan anak tanpa sengaja. Wahai ketahuilah ia berlaku bukan kerana ibu tidak sayangkan kamu.
Menjadi ibu berdikari kepada dua anak lelaki tentu mencabar buat Intan Saleh. Wanita yang selalu membahasakan dirinya dengan panggilan bonda ini meluahkan rasa bersalahnya gagal mengawal emosi kepada anak lelaki pertamanya, Arish Muqri, 3 tahun kerana marah-marah dan garang.
Semua dilakukan kerana dia terpaksa menumpukan kepada si adik, Ariq Muqri, 1 tahun yang masih kecil dan memerlukan perhatian lebih daripada bonda. Berikut ialah luahan wanita tabah ini di Instagram;
Aish.. Dekmok.. Jadilah anak lelaki yg pantang menyerah, disiplin sabar dan beriman.. Doakan bonda selalu kuat dan ada tuk aish n dekmok… Aishhh… Bonda marah2 or garang ngan aish bukan bermaksud bonda xsyg…
Tapi bonda perlu lebihkan tumpuan kt adik… Bile aish tidoooo bonda peluk aish kuat.. Bonda kiss aish banyak2.. Bonda say sorry kat aish sbb bonda selalu marah aish… Aish kene paham bonda..
Mengajar anak buat kerja rumah di usia awal sangat digalakkan, namun ia perlu mengikut peringkat umur. Dalam tempoh ini ibu bapa tak boleh terlalu menekan anak, cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan-lahan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.
Kadang ibu bapa yang mengajar anak ini bukan saja-saja tetapi mereka hendak mengajar anak tentang skill pengurusan diri dan tidak menjadi seorang anak yang manja.
Sekali-sekala ibu kena jadi ‘malas’. Maksudnya jangan terlalu ikut saja anak, beri juga peluang untuk si kecil buat perkara yang simple mengikut usianya. Untuk permulaan setakat kemas mainan, masukkan baju dalam bakul tak ada masalah.
Perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud ini yang menjelaskan ibu kena juga jadi ‘malas’ ini ada baiknya.
Jadilah ibu yang malas. Mungkin status ini mengundang kecaman. Bukan kecaman ya tapi nak ajar skill survival untuk anak.
Ramai saya tengok ibu bapa buat semua untuk anak. Anak main sepah..mak dia yang kemas. Anak buka baju letak kat lantai…mak yg kutip letak dalam bakul. Anak makan pinggan letak meja..mak ayah yang kutip basuh.
Jadi anak jadi apa?
Anak jadi tuan!
Mak-mak
Seawal anak dari usia 3 tahun dah boleh disuruh-suruh. Mula-mula suruh kemas-kemas mainan. Lepas tu boleh suruh masuk baju dalam bakul. Lepas tu boleh ajar tolong cuci pinggan. Lepas tu sapu lantai, kemas meja makan
Terapkan pada anak tak kira lelaki perempuan kecil besar semua kena sama-sama bertindak sebagai pasukan buat tugasan ikut usia masing-masing. Yelah takkan 3 tahun nak suruh goreng ikan pulak kan?
Pentingnya tugasan ni melatih anak responsibility dan accountability. Dan memahirkan anak untuk buat kerja dan ringan tulang tanpa perlu disuruh. Anak belajar juga rasa empathy dan menghargai orang lain.
Penatkan kemas? Lepas ni nak sepah lagi tak..mesti kurang sepah sebab tahu dia jugak yang kena kemas. Anak belajar menghargai usaha orang lain sebab dia tahu tak mudah nak buat semuanya sendiri.
Lepas ni..jadilah ibu yang malas. Jangan buat semua kerja rumah. Agihkan tugas pada suami dan anak-anak yang mana boleh. Belajar mempercayai mereka. Mungkin tak cantik lipatan baju mereka tapi ingatlah kita pun lipat baju memula pun tak cantik juga.
Mula-mula kerja mungkin tak sempurna. Tapi kita latih supaya semakin lama semakin sempurna. Memang lagi cepat kita yang buat tapi sampai bila semuanya kita nak buat?
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.