
Mak-mak selalu rasa badan tak bertenaga, lesu, lemau malah kerap mengantuk? Apa kata bagi menghilangkan rasa lesu, cuba buatkan resepi air asam kunyit.
Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.
RESIPI AIR ASAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kunyit hidup – sagat/kisar
Segenggam temu kunci – ketuk
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5 liter air
1/3 sudu kecil garam
1. Bersihkan kunyit. Kemudian sagat atau kisar kunyit tadi.
2. Ketuk temu kunci biar sedikit hancur.
3. Masak air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih.
4. Bila sudah pekat, boleh tutup api.
5. Tapis dan bolehlah simpan dalam bekas yang bersesuaian.
Untuk menikmati air asam kunyit, panaskan sekejap dan minum ketika suam.
Paling sesuai untuk lelaki, wanita, ibu pantang bersalin, perempuan yang sedang haid dan keguguran.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit resipi & foto: Ct Mazni
Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan, Penting Jaga Makan & Konsisten Rawat Wajah

Wany Hasrita dikenali dengan suara yang merdu dan bakat vokal yang memukau. Pelantun lagu Menahan Rindu yang merupakan isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun ini selain berbakat dalam bidang nyanyian juga dikenali kerana penampilannya yang menawan.
Ternyata ibu kepada Aishah Al Iman ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan. Tidak dapat dinafikan cuaca yang panas membuatkan kita sering terdedah dengan sinaran ultaungu. Maka sebab itulah rutin kecantikan perlu dilakukan secara konsisten agar kulit wajah kekal terpelihara.
Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan
Tidak terkecuali juga dengan Wany, beliau juga mempunyai rutin penjagaan kecantikan yang diamalkannya setiap hari. Penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkongsi tip untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah, saya memakai krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit wajah. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany, anak kesayangan Norita Jaafar ini.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8.00 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Penting Jaga Makan & Konsisten Rawat Wajah
Elak Makanan Berminyak
Selain amalan penjagaan wajah secara konsisten dan penggunaan produk yang betul, pemakanan juga harus dititikberatkan.
Wany juga akui dia mengelak menikmati makanan berminyak dan coklat dalam kuantiti yang banyak kerana ia adalah salah satu penyebab masalah jerawat. Malah makan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat.
Amal Minum Air Putih
Sementara itu, amalkan minum air putih antara dua hingga tiga liter sehari untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit wajah.
“Atas faktor tersebut, ke mana sahaja destinasi yang ingin saya tuju, wajib membawa satu botol bersaiz besar berisi air putih,” kongsi Wany lagi.
Kredit foto: Instagram Wany Hasrita
Baca artikel yang berkaitan di sini: “Sebelum Ni Satu Bag Je, Sekarang…” Pertama Kali Bawa Anak Bercuti, Wany Hasrita Kongsi Cerita!
Jus Kunyit Remedi Turun Temurun, Amalan Terbaik Dalam Pantang, Minum Pekat Lagi Bagus!

Amalan dan petua menggunakan kunyit sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Kunyit seperti yang diketahui mempunyai banyak manfaat dan khasiat dalam kecantikan dan kesihatan dalaman wanita terutama selepas bersalin. Dan inilah rahsia kecantikan wanita dulu-dulu.
Malah amalan minum jus kunyit di dalam pantang begitu sinonim dengan kita masyarakat Melayu. Paling menarik, cara nak sediakan jus kunyit ini cukup mudah. Hanya perlu dikisar, ditapis dan kemudian boleh terus diminum.
Boleh cuba amalan jus kunyit seperti yang dikongsikan oleh May Vo Dyakonov ini.
Saya cuci bersih dan rendam semalaman, pagi cuci lagi baru blend.
Kunyit blend dengan air masak.
Air agak-agak je, lagi pekat lagi bagus. Kunyit ni mungkin hampir setengah kilo atau 400gram.
Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit.
Resepi senang je budak kecik pun boleh buat. Kunyit hidup basuh bersih-bersih, blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus.
Dalam pantang minum sehari 2 kali. Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. Tapi awas, jangan minum selalu jika bukan dalam pantang.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot.
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit. Betul kan kalau saya salah. Sebab mak saya dah tua pun period elok je. Mak saya dalam pantang lagi ganas minum dalam 4 5 kilo kot.
Botol. Redbull kosong saya isi air kunyit.
Letak dalam peti sejuk, nak minum panas kan dalam microwave. Sekali minum je.
Sudu Boleh Diguna Urut Wajah, Kulit Jadi Anjal, Kedut Hilang, Nampak Awet Muda

Urutan harian pada wajah amat berkesan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan tekanan pada tisu otot. Sudu boleh dijadikan medium untuk mengurut wajah. Urutan juga membantu untuk membuang toksin, membantu menenangkan kulit wajah dan meningkatkan peredaran darah.
Di samping itu juga, mengurut wajah juga dapat memberikan melegakan emosi. Menambahkan rutin urutan ke dalam rejim penjagaan kulit wajah membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang awet muda.
Sudu Boleh Diguna Urut Wajah
Tidak dapat dinafikan, apabila meningkat usia, mulalah muncul garis-garis halus dan kulit kendur. Malah lingkaran hitam dan bengkak mata mula terjadi. Ini adalah tanda-tanda penuaan yang biasa, kerana ketika kita menjadi tua, keanjalan kulit mula menurun.

Ahli kosmetik pakar perubatan Jerman mencadangkan, urutan wajah dengan sudu mampu mengekalkan kecantikan kulit.
Apa yang membuatkan urut muka dengan sudu ini begitu berkesan?
1. Dapat membantu menyingkirkan cecair berlebihan yang terdapat di dalam tisu.
2. Meningkatkan peredaran darah.
3. Mengurangkan garis halus dan kedutan.
4. Meningkatkan keanjalan kulit.
Kulit Jadi Anjal, Kedut Hilang, Nampak Awet Muda
Paling menarik, menurut kajian keberkesanan dapat dilihat dalam masa 12 hari ke 15 hari secara konsisten. Sehari boleh amal pagi dan malam.
Teknik urut wajah ini agak mudah. Anda hanya perlu:
1. Dua sudu besar.
2. Satu mangkuk kecil minyak minyak zaitun dan alovera gel.
3. Sedikir air sejuk dan beberapa kiub ais. Boleh tambah love potion miracle
oil untu kesan yang lebih baik.
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐀:
1. Bersihkan muka.
2. Sapu pelembap (DIY tadi).
3. Bersihkan sudu dan letakkan di dalam gelas berisi sedikit air sejuk dan ais kiub.
4. Setelah sudu disejukkan, letakkan pada kulit wajah, bolehlah mula mengurut wajah.
𝟓 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐃𝐔
Sila rujuk anak panah di gambarajah.
1. Mulai dengan dahi.
2 Urut pada kelopak mata dan bawah mata.
3. Urut di hidung.
4. Urut di pipi.
5. Urut di leher.
Setiap gerakan dilakukan sebanyak sepuluh kali. Boleh tambah minyak sekiranya sudu tidak jalan dengan betul. Selesaikan urut boleh cuci wajah dan cuci muka dengan air biasa.
Selalu amal kulit pun tegang
Jika diamalkan mengurut wajah selama 12 hari berturut-turut dengan sudu, hasilnya kulit wajah akan jadi tegang, anjal dan lembut.
Sumber kredit: Sarifa Redzuan II
Artikel berkaitan: Tak Perlu Letak Sudu, Ini Cara Cepat Empukkan Daging, Senang!
“Tak Payah Marah” Sudut Mainan Buat Mak Ayah Tenang, Anak Pula Makin Cintakan Masjid!
Geli, Kotor, Bahaya! Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu