
Zaman sekarang, hampir setiap benda ada kaitan dengan screen. Dari belajar, hiburan sampailah komunikasi. Tapi bila anak-anak mula minta smartphone atau tablet, ramai ibu ayah jadi serba salah. “Awal sangat ke?”, “Kalau tak bagi, ketinggalan pula?” Persoalan ini bukan sekadar trend, tapi melibatkan perkembangan mental dan emosi anak-anak.
American Academy of Pediatrics (AAP) menegaskan bahawa kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sepatutnya terdedah kepada skrin langsung, kecuali untuk video call dengan ahli keluarga. Otak mereka sedang berkembang pesat, dan interaksi dunia sebenar jauh lebih penting dari visual digital.
Kalau ibu ayah nak perkenalkan gadget, pastikan penggunaannya tak lebih 1 jam sehari. Pilih kandungan yang interaktif, edukatif dan sesuai umur. Elakkan biarkan anak tengok video tanpa pengawasan. Ibu ayah perlu join sekali untuk bantu anak faham dan belajar.
Anak mula masuk sekolah dan mungkin gunakan gadget untuk pembelajaran. Tapi di sinilah pentingnya had masa dan pantauan ibu ayah. Waktu ni juga sesuai tanam nilai kawalan diri dan peraturan. Ajar anak beza antara hiburan dan tanggungjawab.
Anak makin pandai explore dunia digital. Sebelum beri akses kepada media sosial atau internet, ibu ayah kena pastikan mereka faham tentang keselamatan digital, privasi dan etika online. Buat perjanjian digital bersama anak sebagai panduan.
Mereka mungkin sudah ada smartphone sendiri. Tapi peranan ibu ayah tetap penting. Jadi rakan digital mereka. Berbincang terbuka tentang isu-isu online, seperti cyberbullying atau oversharing. Guna parental control bukan untuk mengintip, tapi melindungi.
Tak ada umur “sempurna” untuk beri gadget pada anak. Yang penting ialah pendekatan bijak, sesuai dengan tahap umur dan kematangan mereka. Jadikan teknologi alat bantu, bukan pengganti kasih sayang dan didikan. Bila ibu ayah bijak mengawal, anak pun akan bijak menggunakan.