“Dia lambat cikgu. Saya suapkan je. Cepat.” “Sepah nanti. Nak kemas lagi.”
“Dia memang macam itu. Tak pandai lagi.”
Inilah andaian ibu bapa dan pemahaman kita untuk tak bagi anak makan sendiri. Sebenarnya hanya dengan mengizinkan anak kita makan sendiri dan bersepah itu adalah normal.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Apatah lagi anak kecil yang baru faham tangan boleh digunakan untuk suap makanan ke dalam mulut.
Persoalannya peluang diberi ke tidak?
Ya kita benar. Jika ke majlis atau keramaian bagi bantu Tuan Rumah logik juga untuk kita bantu. Tapi jika di rumah juga kita suapkan atau orang lain suapkan.
IKLAN
Mari saya kongsikan 3 jenis salah faham yang selalu kita dengarkan.
1. Anak tidak pandai.
Dulu kita juga tidak lah sebijak sekarang pakai fork and spoon kan? Kita sudah beribu kali ulang pergerakan itu dan memori untuk pergerakan itu sudah disimpan di otot kita. Our muscle memory help us to do the movement as smoothly as possible.
Tapi untuk anak umur 2 atau Umur 2 atau 3 atau 4?
IKLAN
2. Anak makan bersepah.
Pernah atau tidak kita dewasa kadangkala makan nasi jatuh luar pinggan?
Atau nasi melekat di pipi? Ha biasalah tu bagi anak kecil baru hendak kumpul pengalaman makan dan suap sendiri.
Eye hand coordination baru hendak praktis. Lepas makan minta anak kemas sama sama.
Lama sedikit time bonding kan. Dengan peluang yang diberi, maka bila anak sudah mahir pembinaan new neuron pathway untuk kemahiran baru ini akan tercipta dengan jayanya.
IKLAN
3. Anak makan lambat.
Ini tidak pelik. Kebanyakan anak hendak makan warming up lama sedikit. Macam nombor 1 dan 2, anak baru ada pengalaman ini sudah pasti fasa cuba jaya gagal dan cuba lagi berulang kali berlaku. Inilah proses kemenjadiaanya.
Ibu ayah perlu sabar. Sambil anak cuba jaya ibu ayah jemput makan sekali kan.
Ini antara 3 salah faham jika kita mahu anak kita makan berdikari perlu mulakan di rumah.
Belajar konsep duduk untuk makan bersama-sama. Bukan bersama-sama telefon ya.
Siapa ada berderet anak lelaki tentu biasa dengan situasi mereka kerap bergurau, bergaduh dan berbaik semula sampai ibu ayah pun habis idea untuk menangani situasi tersebut.
Anak-anak lelaki memang terkenal aktif dan tak tahu duduk diam. Mereka gemar bermain, bergurau, ketawa tetapi akan berakhir dengan pergaduhan di mana salah seorang akan menangis.
Puas ditegur, dimarahi dan dinasihat tetapi ragam tersebut tetap akan berulang setiap saat dan hanya berhenti apabila mereka tidur. Lebih merisaukan bila anak-anak lelaki buat perangai sama ketika di luar rumah atau di rumah orang.
Menurut Pakar Kekeluargaan & Keibubapaan Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, nasihat ini hanya sesuai untuk anak-anak yang usianya antara 5 hingga 7 tahun. Anak-anak yang kecil daripada itu atau lebih besar daripada itu memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza.
Pertama, anak-anak memang suka berseloroh, bermain-main bersama dan adakalanya akan berakhir dengan perkelahian dan jerit-pekik. Ini adalah biasa bagi kanak-kanak yang sedang belajar bertolak-ansur. Jika tidak keterlaluan, tidak perlu untuk campur tangan setiap keadaan.
Namun, jika nampak mereka bertumbuk dan mula fizikal, maka perlu dileraikan dan dihukum jika sudah diberi amaran. Bila menjalankan hukuman, jalankanlah dgn menjelaskan kepada mereka apa kesalahan mereka. Elakkan daripada terus menghukum. Saya tidak menggalakkan memukul untuk anak yang di bawah 10 tahun, anda boleh menggunakan hukuman lain seperti ‘REflection Stool’, taking away privilage atau marah yang membina.
Di masa lain, ambil masa untuk menerangkan pentingnya mereka bermain bersama dan tidak berkelahi. Ambil masa untuk mengajar mereka erti bertolak-ansur. Jangan hanya mengatakan mereka perlu bertolak ansur itu sahaja. Jelaskan, apa erti perbuatan itu, apa natijahnya dan sebagainya.
Beri mereka faham, jika mereka bergaduh di rumah atau terutamanya di rumah orang lain, anda tidak akan membawa mereka ke rumah orang lain. Mereka perlu belajar bermain dengan baik dan bertolak-ansur, share and take turn. Sebelum membawa mereka ke rumah org lain, pastikan anda telah memberi mereka boundaries.
Ajar anak tahu boundaries
Boundaries sangat perlu supaya mereka tahu apa yang mereka boleh buat dan apa yang tidak. Jadi bila mereka melanggar boundaries itu, anda tidak perlu banyak bercakap, anda boleh terus jalankan hukuman yang telah anda beritahu hendak anda jalankan.
Contoh boundaries – Mereka boleh ikut anda ke rumah kawan anda dan bermain dengan baik. Jika mereka bergaduh dan menjerit-jerit. Anda akan ambil mereka dan terus bawa balik dan tidak akan bawa mereka lagi sehingga mereka belajar untuk behave.
Contoh bounderies – Kita nak pergi kedai. Setiap orang hanya boleh beli satu toy yang harganya dibawah RM10. Jika mahu lebih, kena guna duit sendiri. Kita hanya akan berada di kedai itu sampai pukul 4 ptg atau 1 jam. Tunjukkan jam untuk mereka faham. Jika mereka akur, mereka boleh pergi lagi lain kali. Jika mreka tidak akur, maka mereka tidak akan merasa pergi ke kedai itu lagi.
Yang penting, bila sudah set boundaries, kita juga mesti ikut. Jika mereka melanggarnya, maka anda perlu mengambil hukuman yang telah dipersetujui. Anak-anak perlu diajar kesan perbuatan dan pilihan mereka. This teach them to be responsible and learn to take ownership.
Seperkara yang perlu ibu ingatkan di sini. Bila kita tidak mahu anak-anak bergaduh, janganlah pula expose mereka kepada suasana bergaduh. Contohnya di TV, atau game atau kita suami isteri sendiri, janganlah bergaduh di hadapan anak-anak. Ibu harap ini membantu.
Gentle parenting – atau Keibubapaan Lembut dan berhemah bukan bermaksud lembik dan mengikut sahaja kehendak anak. Tetapi memberi anak-anak rasa dihormati dan dikasihi, kerana cara kita menegur dan membetulkan mereka itu penuh kasih dan tegas.
Jika dikira setiap satu, tak terkira banyaknya hutang masa kita dengan anak-anak. Cuma anak kecil mereka belum faham dan tak pandai nak menuntut. Bayangkan kalau setiap hari anak kecil ditinggalkan kepada pengasuh atau taska manakala anak besar bersekolah sampai petang, hanya waktu malamlah peluangnya.
Bagaimanapun bagi ibu ayah waktu malam adalah masa nak berehat setelah seharian penat bekerja sehingga ada yang tertidur dulu daripada anak-anak. Masa ni anak-anak terpaksa bawa diri dan bermain dengan adik, abang atau kakak.
Mungkin ibu bapa tak perasan pun masa ni. Namun bila anak dah besar baru kita tersedar dan ia pasti tak boleh berulang lagi kerana waktu anak kecil hanya sekali sahaja.
Perkongsian yang sangat bermakna dari Sahrol Lagiman sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada kita yang dah bergelar ibu ayah kerana kesibukan bekerja.
Bukan jarang, tapi selalu kita memarahi mereka apabila terasa penat. Kita memarahi mereka padahal mereka belum benar-benar mengerti kesalahan yang telah dilakukan.
Tetapi, seburuk mana pun kita buat pada anak, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.Menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya, seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.
Anak suka bercerita untuk kita, meskipun seringkali kita bersikap tidak acuh terhadap mereka dengan kasih sayang.
Kita sentiasa mengatakan bahawa diri kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka semua tetapi kenyataannya merekalah yang sentiasa membahagiakan kita diketika penat lelah selesai bertugas.
Kita merasakan bahawa kita bangga dengan menghiburkan kesedihan mereka atau menghapuskan linangan air mata dari pipi-pipi comel mereka. Sebenarnya diri kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Anaklah yang menghilangkan kepenatan kita, menghapuskan air mata kesedihan kita.
Percayalah kita terhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama kita meluangkan waktu untuk berbicara, mendengar, memeluk, mendakap dan bermain bersama-sama dengan mereka?
Dari anak lahir ke dunia mereka sentiasa ceria, tersenyum manis dan menghormati diri kita..
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu “lebih dewasa” dan “bijaksana” daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.
Seburuk apapun kita sebagai ibu bapa, mereka selalu bersiap sedia untuk menjadi anak-anak terbaik. Dakaplah anak-anak kita, tataplah mata mereka dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Sahrol Lagiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham. Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji. Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak, setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka sahaja. Kita harus memikirkan keseluruhan penyelesaian untuk masalah itu demi anak-anak juga.
Sekiranya pergaduhan sering berlaku di hadapan anak, ia bukanlah pemandangan sihat untuk mereka. Emosi mereka akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Dalam pada kita memperjuangkan apa yang betul (bagi kita), anak-anak yang menanggung akibatnya.
APAKAH KESAN TERHADAP ANAK-ANAK JIKA IBU AYAH MEREKA SELALU BERGADUH?
1. Keyakinan Diri Terganggu
Anak-anak yang sering diabaikan kerana kemelut yang emlanda kedua ibu bapanya akan sering merasakan merelah punca kejadian itu. Kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan mereka selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu untuk menyelesaikan perkara itu.
Kerana tekanan itu mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kekeliruan. Apabila kerap berlaku, ia boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.
2. Emosi Tercalar
Tekanan melihat pergaduhan ibu bapa di depan anak menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain. Segala kata cacian dan perlakuan ketika sedang bergaduh akan menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan tantrum kerana ia ibarat mimpi ngeri buat mereka.
Kemurungan ini akan menjadikan mereka menjadi anti sosial dan kerap menjauhkan diri dai persekitaran yang sihat dan tidak mahu disayangi sesiapa kerana rasa khuatir diabaikan.
3. Tidak Menikmati Kehidupan Yang Bahagia
Memandangkan ibu ayah yang selalu bergaduh, anak-anak terbentuk menjadi dewasa sebelum usia mereka. Apatah lagi jika selalu ditinggalkan, mereka dilatih dari awal untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.
4. Tidak Menunjukkan Emosi
Apabila terlalu kerap mendengar pergaduhan ibu ayah menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak mahu memihak kepada sesiapa. Ini adalah kesan daripada kejadian terpaksa mendengar dan berada dalam situasi di mana ibu dan ayah bergaduh teruk. Setiap apa yang mereka rasakan akan dipendam dan menjadikan mereka orang yang mempunyai krisis dengan emosi dan identiti sendiri apabila meningkat dewasa.
5. Tingkah Laku Bermasalah
Ketika membesar, anak-anak memandang ibu ayah mereka sebagai idola. Setiap perlakuan ibu ayah akan menjadi ikutan. Jika sering berdepan dengan keadaan yang tidak baik ketika mereka membesar, itulah yang akan mereka ikuti. Mereka cenderung untuk bertindak kasar. mereka juga sukar menilai kasih sayang sebenar kerana tidak pandai menilainya.
6. Cenderung Untuk Mengalami Gangguan Pelajaran
Apabila selalu melihat pergaduhan yang berlaku, anak-anak akan mengalami gangguan emosi sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Bukan sahaja mengalami masalah disiplin, anak-anak ini juga akan mengalami kesukaran memahami pelajaran dan hilang semangat untuk belajar kerana tekanan yang dihadapi.
7. Kesihatan Terjejas
Bukan sahaja emosi, tetapi kesihatan anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan. Biasanya anak-anak ini akan mengalami sakit kepala, sakit perut, serangan lelah atau penyakit yang berulang.
8. Gangguan Tabiat Makan
Beberapa kajian mendapati anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan antara ibu ayah mereka akan berkait dengan masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Ketika marah, macam-macam boleh terjadi. Kita cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat yang memberi impak bukan kepada pasangan tetapi anak-anak juga. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, carilah penyelesaian yang terbaik dalam keadaan emosi yang stabil.
Capailah kata sepakat dengan cara yang baik supaya tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anak-anak yang disayangi.