Kalau duduk di rumah saja, anak-anak akan merasa bosan. Sudah menjadi lumrah untuk mereka suka bergerak aktif dan bermain di luar rumah. Banyak kebaikan apabila kita menggalakkan anak-anak bermain di luar, selain bagus untuk kemahiran sosial ia sebenarnya membantu anak menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.

Bagus Anak Suka Messy Play Tapi Jangan Abaikan Soal Kebersihan!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Antara aktiviti yang boleh ibu ayah lakukan bersama anak-anak di luar rumah adalah messy play. Ia adalah aktiviti bermain secara aktif dengan mengeksplorasi pelbagai jenis alatan atau bahan. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang deria anak kerana mereka akan menyentuh, melihat, mendengar serta merasa semasa melakukannya.

Manfaat Bila Anak Messy Play

Apabila anak messy play adalah ia dapat membantu sensori anak kerana banyak rangsangan terhadap deria sentuhan mereka ketika bermain.

Selain itu, ia dapat membantu anak untuk menggunakan kemahiran deria badan dan ia adalah langkah pertama untuk mereka menguasai akademik. Tanpa kemahiran deria badan, anak mungkin mempunyai masalah untuk membaca dan menulis.

Kemahiran deria badan yang perlu dikuasai oleh si manja adalah:

* Deria auditori – telinga

* Deria visual – mata

* Deria gustatori – mulut

* Deria olfaktori – hidung

IKLAN

* Deria sentuhan

* Deria keseimbangan tubuh

Kotor Tapi Bagus

Sama seperti namanya, messy play akan menyebabkan keadaan bersepah dan anak menjadi comot. Namun, ia bukanlah situasi yang tidak baik kerana pada waktu inilah anak belajar untuk mencuba banyak perkara baharu.

Bagus Anak Suka Messy Play Tapi Jangan Abaikan Soal Kebersihan!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Antara aktiviti yang boleh dibuat bersama anak ketika berada di luar rumah adalah seperti bermain tanah membuat lukisan menggunakan warna air, membina istana pasir, mengutip batu atau ranting kayu, menghasilkan tanah liat dengan tepung dan banyak lagi. Memang comotlah bila anak main tu!

Anak Tak Selesa Main Luar Rumah

IKLAN

Bila dah main di luar rumah, kotor-kotor pula tu dah tentulah anak akan merasa tak selesa. Dibiarkan tanpa penjagaan diri yang betul juga merisikokan anak untuk jatuh sakit. Nak buat messy play tak salah, tapi kena ajarkan anak-anak tentang kebersihan dan galakkan mereka mandi sebaik saja selesai bermain.

Biarpun anak mempunyai sistem imun tubuhnya sendiri yang dapat melawan penyakit, ibu ayah tetap perlu ambil berat tentang kesihatan mereka. Anak yang bermain kotor dan tidak mengamalkan rutin penjaaan kebersihan berkemungkinan akan mengalami sakit perut dan cirit-birit, demam, batuk, selesema dan banyak lagi.

Sebab itulah penting sangat penting untuk ibu ayah mengajar anak untuk sentiasa mengamalkan kebersihan apabila sudah bermain di luar rumah.

Syoknya Mandi Dengan Johnson’s Baby®

Ibu ayah tak perlu risau lagi bila anak merasa tidak selesa akibat berpeluh yang menyebabkan tubuh melekit dan mengalami kegatalan. Itulah yang membuatkan anak-anak hilang mood untuk bermain, sudahnya merengek kerana tidak selesa!

IKLAN
Bagus Anak Suka Messy Play Tapi Jangan Abaikan Soal Kebersihan!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Oleh itu, mandikan anak-anak dengan Johnson’s® Active Fresh Bath yang akan membersihkan 99.9% kuman secara lembut pada kulit *seperti yang dapat dilihat melalui ujian anti-microbial dengan e-coli.

Bagus Anak Suka Messy Play Tapi Jangan Abaikan Soal Kebersihan!

Bukan nak bersihkan badan sahaja, pastikan anda gunakan Johnson’s® Active Fresh Shampoo dengan teknologi anti-statik yang menghalang kekotoran dan habuk melekat pada rambut dan memberi rasa segar berpanjangan pada si manja.

Bagus Anak Suka Messy Play Tapi Jangan Abaikan Soal Kebersihan!

Diformulasikan dengan teknologi PlayProtect, Johnson’s® Bath and Shampoo mengandungi bahan semula jadi yang membersihkan 99.9% kuman tanpa merengsakan kulit si manja. Produk ini juga menggunakan Active Fresh Technology yang telah diuji dan terbukti kekal harum sehingga 12 jam.

Bagus Anak Suka Messy Play Tapi Jangan Abaikan Soal Kebersihan!

Sekiranya anak kuat berpeluh, gunakan Johnson’s® Blossoms Baby Powder yang mempunyai 2x kuasa serapan peluh. Sangat sesuai digunakan selepas waktu mandi bagi memelihara kelembutan kulit serta memberi keharuman berpanjangan.

Bila badan bersih, anak pun selesa. Nak bermain pun rasa teruja! Untuk mendapatkan produk-produk berkualiti dari Johnson’s Baby®, klik SINI

**Sumber foto: www.shutterstock.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI