Sebut je telur, rata-rata anak semua suka. Tak kisahlah cara masakan macam mana sekalipun, dapat makan lauk ni pun dah boleh bertambah nasinya.

Bukan anak je suka, telur yang digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan juga sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur.

Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.

Bagus Anak Suka Telur! Lauk Simple, Khasiatnya Banyak Terutama Untuk Otak

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.

IKLAN

BACA [Nak Anak Umur 4-6 Tahun Laju Baca, Ini Tekniknya. Lebih Berkesan & Mudah Ingat!]

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.

Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).

Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.

IKLAN

Bagus Anak Suka Telur! Lauk Simple, Khasiatnya Banyak Terutama Untuk Otak

Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.

Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.

IKLAN

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

ARTIKEL MENARIK [Masak Nasi Cepat Basi, Dalam Rumah Tak Selesa & Anak Kerap Menangis, Bacalah Ayat 9 Surah Yasin]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI