Kelahiran cahaya mata sememangnya membawa kebahagiaan yang sukar digambarkan buat setiap pasangan yang bergelar ibu dan ayah.
Detik inilah yang sering dinanti penuh debar, doa dan harapan. Perasaan itu jugalah yang kini dirasai oleh Wanna Ali apabila selamat menyambut kelahiran zuriat pertamanya.
Aktres dan penyanyi tersebut kini sah bergelar ibu selepas melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Khabar gembira itu dikongsikan oleh ibunya yang juga produser terkenal, Ayu Puteh menerusi Insta Story miliknya.
Ads
Menurut Ayu, Wanna melahirkan bayi lelaki seberat 3.7 kilogram pada Subuh Isnin secara pembedahan. Berita tersebut nyata mengundang rasa syukur dan kelegaan apabila segala urusan dipermudahkan.
“Syukur Alhamdulillah,” luahnya ringkas, namun cukup menggambarkan rasa bahagia yang melimpah.
Ads
Ads
Untuk rekod, Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 29, mendirikan rumah tangga bersama Khairul Amri Khalid pada 9 Februari 2025 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Pelakon jelita, Fasha Sandha menjadi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana apabila kekal langsing biarpun sudah bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata selepas menimang cahaya mata berat badannya bertambah dan dinasihatkan oleh doktor untuk mengubah cara pemakanan yang betul.
Katanya lagi, dia memilih untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang demi menjaga kesihatan secara menyeluruh.
“Saya kurangkan pengambilan gula, jaga makan dan kurangkan pengambilan nasi.
“Dalam sehari, saya hanya makan dua sudu nasi sahaja bukan dua senduk iaitu pada waktu pagi. Kalau saya makan lebih daripada itu, saya akan rasa menyesal.
“Selepas melahirkan anak, saya mudah naik badan tapi tipulah jika saya tak ambil sumplemen macam detox keluaran saya dan jaga makan buatkan saya lebih ringan dan yakin,” kata Fasha.
Gemar tampil sederhana
Walaupun bergelar selebriti popular, Fasha lebih selesa memilih gaya hidup yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menjelaskan dirinya lebih gemar tampil sederhana menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.
“Saya merupakan orang yang sederhana, tidak meletakkan diri saya sebagai selebriti. Gelaran itu saya hanya guna bila bekerja sahaja.
“Jika tidak bekerja, hidup saya umpama orang biasa sahaja. Saya mengemas, bawa kereta, pergi pasar jadi mungkin perkara itu yang membuatkan saya lebih dekat dengan orang sekeliling.
“Saya hanya mengekalkan apa yang ada terus jadi diri sendiri terus merendah diri supaya orang dekat dengan kita tapi tidaklah terlalu sempurna, ada juga kekurangan,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.
Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, berkata, anak bongsunya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, meninggal dunia pada jam 10.24 pagi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas bertarung nyawa sejak 13 Februari akibat kemalangan yang menimpa keluarga mereka.
“HARI INI GENAP SEBULAN TRAGEDI ITU BERLAKU, DAN ANAK SAYA TELAH PERGI MENYUSUL IBU SERTA KAKAKNYA. SEPANJANG BERADA DI HOSPITAL, DIA KOMA DAN TIDAK SEDARKAN DIRI.
“Namun, ada satu ketika dia sempat membuka mata dan mengalirkan air mata. Ketika itu, saya berharap dia akan pulih, tetapi akhirnya saya terpaksa reda dengan ketentuan Allah. Saya yakin Allah lebih menyayanginya, dan pemergiannya pada bulan yang mulia ini pasti ada hikmah,” katanya.
Menurut Tun Mohd Khairul, apa yang lebih memilukan adalah hakikat bahawa mereka sepatutnya berpindah ke rumah baharu sempena Aidilfitri tahun ini, namun impian itu tidak kesampaian.
“PERASAAN SEDIH MEMANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN, LEBIH-LEBIH LAGI APABILA MENGENANGKAN SAMBUTAN AIDILFITRI TANPA ISTERI DAN ANAK-ANAK. RUMAH BAHARU YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT KAMI BERSAMA KINI HANYA TINGGAL KENANGAN.
“Namun, saya tetap reda dengan ujian ini. Saya berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan semoga arwah isteri serta anak-anak saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.
Jenazah Tun Nur Ufaira Afifa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang selepas solat Asar.
SEBELUM INI, MEDIA MELAPORKAN BAHAWA KEMALANGAN TRAGIS ITU BERLAKU DI KILOMETER 13, JALAN GAUNG – KUALA PING – TERIS, KAMPUNG KEPAH. INSIDEN TERSEBUT MENGORBANKAN ISTERI TUN MOHD KHAIRUL, NURSAIDATUL AISHAH, SERTA ANAK SULUNG MEREKA, WAN NUR IZARA AINA, 12, MANAKALA TUN NUR UFAIRA AFIFA MENGALAMI KECEDERAAN PARAH.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar jam 11.55 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai di Kampung Kepah menuju Kampung Tengkawang.
Siasatan mendapati sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima pelajar hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.
Kini, Tun Mohd Khairul hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang dalam masa yang singkat ini.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, “Bonus raya ada ke tahun ni?”. Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan bahawa bonus raya 2025 akan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam yang berkhidmat dengan dedikasi.
Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada penjawat awam Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pemberian bantuan itu membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam negeri itu dengan implikasi kewangan berjumlah RM8 juta.
Katanya, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
“Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri.
“Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan mengadakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025, iaitu program jualan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri bermula 22 hingga 27 Mac ini.
Tak dinafikan, bonus raya ni lebih dari sekadar duit tambahan. Ia adalah penghargaan dan suntikan semangat untuk semua yang telah berkhidmat penuh dedikasi. Semua tu bukan sedikit jumlahnya! Sebab tu, bonus ini ibarat penyelamat untuk banyak keluarga penjawat awam yang dah mula rasa beban kewangan sejak awal tahun. Tahniah rakyat Pahang.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.