Bila arahan diberi, anak seoalah-olah macam tak dengar dan buat tak tahu. Diusia anak kecil, bukan hanya arahan dari mulut sahaja, mak ayah tambahkan dengan bahasa tubuh yang baik-baik kerana anak kecil menerima mesej ini melalui bahasa tubuh mak ayah.

Menurut perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, anak hanya memahami 7 peratus sahaja arahan yang diberikan padanya, selebihnya adalah bahasa tubuh mak ayah. Jadi hati-hati, jangan lepaskan emosi pada anak.


Kadang kita tak perasan kerana ego punca anak makin keras hatinya. Segala nasihat kita langsung tak di dengari dia.

Pakar komunikasi bernama Mehrabian’s katanya,

Perkataan yang keluar dari mulut kita hanya menyumbang 7 peratus dalam komunikasi.

93 peratus lagi datang daripada bahasa tubuh kita iaitu pandangan mata, posisi tangan, postur tubuh, nada suara dan mimik muka kita.

Bahasa Tubuh Mak Ayah Buat Anak Lagi Senang Faham, Bukan Arahan!

Macam mana baik sekalipun meseg yang kita cuba sampaikan tapi jika bahasa tubuh kita JAHAT maka jahat la meseg yang anak terima di otak dia.

Saya yakin tak ada mak ayah yang berniat jahat. Cuma bila kita ego, anak pun akan ego. Sungguh!

IKLAN

Bahasa Tubuh Mak Ayah Buat Anak Lagi Senang Faham, Bukan Arahan!

Sebab itu la, tolong seimbang mesej yang nak di cakap dengan bahasa tubuh.

– Tak salah pun tunduk sedikit masa bercakap dengan anak

– Sentuh bahu atau ubun kepala anak sebelum bercakap

– Eye-contact kena ada masa bercakap

IKLAN

– Bahu longgar jangan terlalu tegang baru suara tak tegang

– Marah macam mana sekalipun, paksa muka senyum

– Nada suara bagi lembut selembut lembutnya baru senang meseg tu nak masuk ke hati anak

– Selit sedikit humor, anak suka kalau kita buat dia gelak

Bahasa Tubuh Mak Ayah Buat Anak Lagi Senang Faham, Bukan Arahan!

IKLAN

Dari bahasa tubuh juga anak belajar untuk feel kasih sayang dan cinta dari ibu ayahnya.

Sedikit pelukan dan senyuman sudah mampu buat anak yang keras hati jadi cair bair macam air.

Ibu ayah yang pandai komunikasi berpengaruh adalah ibu ayah yang akan di hormati sampai bila-bila…

Wallahu A’lam,

Menarik: 10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang Je, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri!

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI