Sebagai ibu bapa, kita wajib memantau penggunaan teknologi anak-anak dengan bijak.Teknologi boleh memberi banyak manfaat, tetapi jika tidak diawasi dengan betul, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan.
Berikut adalah beberapa tip penting daripada Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, untuk memastikan anak-anak kita selamat dari pengaruh negatif di dunia maya.
1. Jangan bagi anak tengok sorang² tanpa pantauan & kawalan.. sangat bahaya sebab ‘algorithm’ yt ni jahat..
Better kita duduk sebelah dia tengok sama-sama.
2. Jangan biar anak scroll sesuka hati dia pilih channel, konten dia suka.. tak ada jaminan channel yang dia scroll tu selamat..
Buat selective channel sahaja untuk anak..
Ads
3. Jangan campur aduk satu phone guna semua orang.. bila ‘algorithm’ kita bercampur dengan anak tu yang makin liar konten sampai pada anak..
Baik tengok di tv sahaja.. bukan phone & tablet..
4. Jangan bagi anak unlimited skrin time, bahaya!
Buat had masa, 30 min max satu sesi..
5. Jangan ikut permintaan anak, bila dia nak kita beri sahaja tanpa bebelan..
Ads
Sediakan jadual & waktu untuk skrin time..
Apa yang saya maksudkan rosak?
– pengaruh negatif seperti tingkahlaku melawan ibu bapa, sangat agresif, budaya prank, merosakkan mudah di ikuti anak-anak..
– agenda songsang yang dah ada banyak dalam konten bawah umur seperti lgb*** & seumpamanya..
Ads
– merosakkan pertumbuhan budak bawah umur seperti attention span, kemahiran sosial-emosi, kognitif, speech delay, tantrum & masalah tidur..
– iklan iklan yang tak senonoh seperti judi, pornografi, gaming akan kerap muncul tanpa tapisan..
Anak-anak kecil mereka tak pandai menilai, mereka cuba absorb je semua yang dia nampak., ini bahaya!
Kawal sebelum terlambat..
Anak-anak kecil tidak dapat menilai apa yang mereka lihat; mereka hanya cuba untuk menyerap segala yang mereka tonton. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu bertindak bijak untuk melindungi mereka.
Kawal sebelum terlambat. Pilihlah platform yang lebih selamat untuk anak-anak seperti Durioo Plus, yang menjamin keselamatan mental, emosi, dan tingkahlaku anak-anak.
Sumber: FB Mohd Fhais Salim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu hati melihat ketabahan keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman yang melayan tetamu yang tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai sejak pemergian arwah disifatkan sebagai ‘husnul khatimah’ dan begitu dicemburui ramai.
Namun dalam kesibukan menerima tetamu yang datang dari pelbagai pelusuk negeri, keluarga ini tetap cuba kuat, meskipun hati mereka masih dalam fasa merawat luka kehilangan insan tercinta.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian khurafat dan perbuatan syirik yang berlaku di pusara arwah perbuatan yang cukup mengejutkan dan menyedihkan. Akibatnya, pihak berkuasa negeri Terengganu terpaksa meletakkan garisan penghadang di kawasan perkuburan bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada terus berlaku.
Terbaru, keluarga Allahyarham Nurly Sahirah memaklumkan bahawa mereka akan mula menghadkan waktu kunjungan orang ramai ke rumah mereka. Ini bukan kerana ingin menyombong atau menolak kehadiran mereka yang ikhlas datang menziarah, tetapi semata-mata untuk memberi ruang kepada keluarga ini menjalani kehidupan seperti biasa.
Bermula esok, keluarga ini hanya akan menerima tetamu pada waktu yang ditetapkan sahaja. Harapnya semua pihak dapat memahami dan menghormati keputusan ini demi menjaga emosi dan kesejahteraan keluarga yang sedang berusaha untuk bangkit semula selepas ujian berat ini.
RUPANYA INI SEBAB KELUARGA NURLY HADKAN MASA TERIMA TETAMU
Ibu Allahyarham Kamariah Abdul Latif, 60, berkata selepas mengambil keputusan untuk berehat dari 2 Julai lalu hingga hari ini, mereka bersedia untuk kembali menerima kunjungan tetamu.
Menurutnya, tempoh masa kunjungan dihadkan dari jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
“Justeru, kali ini kami tetapkan selepas jam 9 pagi bagi memberi ruang untuk kami bersiap sedia, mengemas rumah dan menyiram pokok sebelum menyambut kedatangan mereka.
“Sebelum ini kunjungan orang ramai tidak putus-putus bermula selepas Subuh hingga lewat petang.
“Waktu sebelah petang dihadkan hingga jam 6 petang bagi memberi ruang untuk kami bersiap sedia ke masjid,” katanya di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut, di sini, hari ini.
Katanya, kehadiran tetamu ke rumah mereka adalah jemputan daripada Allah.
“Allah jua yang bagi kekuatan kepada saya serta suami untuk melayani tetamu jemputan Allah ini,” katanya.
Terdahulu, kediaman Nurly Sahirah menjadi tumpuan orang ramai dari dari pelbagai lokasi untuk melihat tahriri (al-Quran tulisan tangan) arwah serta menziarahi kuburnya.
Jumlah kunjungan tetamu semakin meningkat pada cuti hujung minggu hingga mencecah ribuan orang.
Sementara itu katanya, keluarganya tidak menghalang orang ramai mengunjungi kubur arwah Nurly, namun perlu menjaga adab serta tidak melakukan perkara tidak sepatutnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Nurly Sahirah dan terus menguatkan hati keluarganya.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Shuib dan Watie yang selamat bernikah semalam. Majlis penuh meriah itu pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak Shuib.
Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
Pasangan raja sehari itu bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Mateen dilihat mengenakan pakaian sedondon berona putih bagi meraikan kehadiran Watie dalam hidup mereka.
Tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam tempoh terdekat ini, akui Watie, Shuib memintanya untuk memberi tumpuan kepada empat cahaya matanya yang kini semakin membesar.
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” kongsi Watie.
Malah kongsi Shuib lagi, dia sudah mempersiapkan beberapa projek perniagaan melibatkan isterinya namun kini mahu isterinya itu fokus pada anak-anak.
“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus fokus pada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.
“Uwais sekarang dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu dan bapa,” kongsi Shuib lagi.
Dikhabarkan Shuib dan Watie akan turut bersama anak-anak untuk bercuti ke Turkiye selepas berbulan madu di Langkawi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Anak Amyza Aznan disahkan alami ketumbuhan di paru-paru lepas jalani ujian CT Scan. Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
Anak Amyza Aznan Alami Disahkan Ketumbuhan Di Paru-paru Lepas Jalani Ujian CT Scan
Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.
“DOKTOR BERITAHU SELEPAS BUAT PEMERIKSAAN X-RAY HANYA ADA SEDIKIT SAJA BENDALIR DI PARU-PARU ANDRE DAN SELEBIHNYA ADALAH KETUMBUHAN.
“Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.
“Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan,” katanya.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza mohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.
“Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail,” katanya.
Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya, Andre Mikhail, 18 tahun yang dirawat di hospital di Ampang.
“Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.
“Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.
“Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.