Ads

Bahaya Ke Kalau Baby Tak Merangkak? Ini Penjelasan Terapis Cara Kerja Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Ramai ibu ayah mula risau bila tengok anak terus berdiri atau berjalan tanpa melalui fasa merangkak seperti bayi lain. Lagi-lagi bila baca perkongsian di media sosial, makin timbul persoalan, normal ke sebenarnya?

Ada juga yang mula rasa bersalah, takut terlepas sesuatu dalam perkembangan anak. Jadi, baby tak merangkak ini bahaya atau tidak?

Jom kita faham dengan lebih jelas menerusi perkongsian Terapis Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli supaya ibu ayah tak perlu panik tanpa sebab.

Bahaya Ke Kalau Baby Tak Merangkak? Ini Penjelasan Terapis Cara Kerja Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Kenapa Isu Baby Tak Merangkak Selalu Jadi Kebimbangan?

Baca dekat thread haritu, memang ramai young parents risau bila anak skip merangkak. Tapi sebenarnya, bila baby dah mula pandai bergerak, kita memang tak boleh “control” dia.

Tak boleh nak bincang dengan dia:

“Baby… nanti merangkak lama sikit ya, jangan cepat sangat jalan…”

Memang tak jalan. Baby tak faham.

Yang baby tahu cuma satu… bila dia ada motivasi, contohnya nak capai sudip mak dekat dapur, dia akan buat apa saja untuk sampai ke situ. Termasuk terus bangun dari fasa merangkak.

Sebenarnya, fasa baby adalah fasa manusia yang paling tinggi motivasinya. Mereka ada intrinsic drive untuk explore dan berkembang. Sebab tu kita selalu nampak baby jatuh, tergolek, terhantuk… lepas nangis sikit, dia buat lagi. Tak serik.

Bahaya Ke Kalau Baby Tak Merangkak? Ini Penjelasan Terapis Cara Kerja Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Milestone Penting Perkembangan Bayi

Sebelum tentukan sama ada baby tak merangkak itu bermasalah atau tidak, kita kena faham milestone asas perkembangan bayi:

Ads
  • Baby boleh meniarap dan terlentang (sekitar 6 bulan)
  • Baby boleh duduk (sekitar 7 bulan)
  • Baby boleh bergerak di lantai seperti merayap, mengesot, merangkak dan capai objek (sekitar 6 bulan, fasa ini kadang lama)
  • Baby mula berdiri dan bertatih (sekitar 9 bulan)

Ini asas sahaja, tapi sangat penting.

Bila kita bawa baby check up, biasanya paediatrician akan perhatikan juga cara pergerakan baby sama ada normal atau tidak. Ini penting kerana cara baby bergerak adalah indikator perkembangan otot, otak dan keseluruhan kesihatan.

Jadi, jangan skip check up bulanan ya.

Adakah Baby Tak Merangkak Itu Bahaya?

Kadang-kadang sebenarnya baby kita tak skip pun. Cuma cara dia bergerak nampak berbeza.

Semasa fasa merangkak, baby sebenarnya belajar:

  • Menggunakan tangan dan kaki secara bergantian (alternate movement)
  • Menguatkan otot utama badan seperti tangan, kaki, perut dan trunk
  • Menggunakan mata untuk koordinasi pergerakan

Ini antara perkara penting yang berlaku dalam perkembangan mereka.

Bentuk Pergerakan Lain Selain Merangkak

Macam mana kalau baby tak merangkak cara “biasa”?

Ads

Cuba tengok dulu, baby kita ada jenis pergerakan lain tak:

  • Army crawl (merayap macam askar)
  • Mengesot punggung (bum shuffling)
  • Seret sebelah kaki
  • Merangkak mengundur
  • Tiba-tiba duduk dari posisi lain

Semua ini sebenarnya dipanggil floor mobility.

Kalau baby ada mana-mana bentuk pergerakan ini, maksudnya dia tetap mendapat rangsangan koordinasi tangan, kaki dan badan.

Cuma, kenapa tak merangkak cara “classic”? Sebab perkembangan otot baby boleh berlaku pada kadar yang berbeza. Itu yang menyebabkan variasi pergerakan.

Bahaya Ke Kalau Baby Tak Merangkak? Ini Penjelasan Terapis Cara Kerja Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Apa Kata Kajian Tentang Baby Tak Merangkak?

Pada tahun 2021/2022, CDC di Amerika Syarikat telah mengeluarkan “merangkak” daripada senarai milestone wajib. Ini kerana kajian mendapati ramai baby yang tidak merangkak masih membesar secara normal tanpa masalah fizikal.

Maknanya, pelbagai bentuk floor mobility masih dikira normal.

Ads

Kenapa Terapis Masih Ambil Kisah?

Walaupun baby tak merangkak tidak semestinya bahaya, terapis masih akan bertanya kerana:

  • Ramai kanak-kanak kurang rangsangan motor kasar
  • Perlu menilai kekuatan otot dan koordinasi
  • Membantu merancang intervensi jika ada kelewatan perkembangan

Contohnya:

  • Jika baby merangkak lama tetapi masih ada masalah koordinasi, perlu cari punca
  • Jika baby skip merangkak dan ada masalah koordinasi, perlu nilai kekuatan bahagian atas badan

Apa Ibu Ayah Perlu Buat Jika Baby Tak Merangkak?

Yang paling penting, pastikan anak mendapat rangsangan motor kasar yang mencukupi.

Anak perlu banyak pergerakan yang melibatkan seluruh badan. Ini penting untuk semua anak, sama ada dia merangkak atau tidak.

Realitinya, ramai kanak-kanak yang sudah masuk tadika masih lemah dari segi otot dan koordinasi. Ini boleh menyebabkan mereka:

  • Susah duduk lama
  • Sukar pegang pensel dengan baik
  • Kurang fokus dalam kelas

Bahaya Ke Kalau Baby Tak Merangkak? Ini Penjelasan Terapis Cara Kerja Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Kesimpulan: Perlu Risau Atau Tidak?

Tidak semua kes baby tak merangkak akan membawa kepada masalah perkembangan. Apa yang lebih penting adalah sama ada anak mempunyai peluang yang cukup untuk bergerak, meneroka dan menguatkan koordinasi badan mereka.

Ibu ayah tak perlu terlalu risau jika anak tidak merangkak seperti bayi lain, selagi mereka menunjukkan perkembangan pergerakan yang aktif dan seimbang.

Namun, jika ibu ayah perasan anak sukar mengawal pergerakan, kurang aktif atau nampak ketinggalan berbanding usia, sebaiknya rujuk kepada pakar.

Occupational therapist dan physiotherapist kanak-kanak boleh membantu menilai dan menyokong perkembangan anak dengan lebih tepat.

Berikan anak ruang untuk bergerak, bermain dan belajar dengan cara mereka sendiri. Dari situlah asas perkembangan yang kuat akan terbina.

Kredit: Terapis Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Puteri Diraja Johor Selamat Dilahirkan, Berita Gembira Agong & Raja Permaisuri...

Puteri Diraja Johor selamat dilahirkan, membawa kegembiraan kepada Agong dan Raja Permaisuri yang kini menimang cucu ketujuh dalam suasana penuh syukur.